Dalam video ini terdapat dua lambang PAS di kiri dan kanan tetapi tidak ada pun kelihatan seorang pemimpin utama PAS. Lim Kit Siang, Pemimpin de facto DAP turut kelihatan. Wan Azizah, Presiden PKR juga turut kelihatan tetapi Nik Abd Aziz Nik Mat, Muryidul Am PAS dan Haji Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di barisan hadapan. Yang berada di barisan hadapan mewakili PAS ialah Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat. Beliau begitu khusuk mendengar ceramah Anwar. Tetapi apabila Anwar enggan bersumpah, beliau berkata sesuatu kepada Lim Kit Siang. Presiden PAS sebelum ini anggap kes liwat Anwar isu peribadi yang perlu diselesaikan sendiri, tanpa perlu bersandarkan kepada pihak lain. Apa agaknya yang dibisikkan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat kepada Pengerusi de facto DAP itu ?
Dato' Seri Najib telah bersumpah. Sumpah tersebut telah dilakukan dengan hukum syara' seperti yang disebut oleh pihak Mufti Perlis. Sepatutnya tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang mengaitkan Dato' Seri Najib sebagai orang yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
Tetapi, kita dapat melihat kupasan sumpah Dato' Seri Najib tidak mendapat kupasan meluas melainkan daripada mykmu.net. Maka, terbungkamlah aparat-aparat PAS. Mereka menjangkakan bahawa Dato' Seri Najib bersalah lantas tidak berani bermubahalah tetapi akhirnya, dengan sumpah tersebut, menjawab persoalan dan teka-teki yang sengaja ditimbulkan oleh penyokong-penyokong Anwar yang cuba lari dari isu sebenar iaitu tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim oleh Saiful Bukhari Azlan.
Brother Anwar Bin Ibrahim dengan sedaya-upaya dan sesungguh-sungguh iltizamnya cuba lari dari menjawab dari isu tuduhan ini. Selepas cubaan untuk mengenakan Dato' Seri Najib gagal, muncung senapangnya dihalakan pula terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tujuannya adalah jika produk keputusan tidak menyebelahi Brother Anwar Bin Ibrahim, yang boleh disalahkan adalah proses. Proses yang tidak mampan dan penuh keraguan kononnya. Dan rakyat diminta agar percaya tentang hakikat tersebut.
Untuk mengalihkan tumpuan rakyat, usul tidak percaya dilakukan dengan tergesa-gesa. Sokongan bulat PAS diabaikan dan dikatakan PAS lebih gemar kepada pembubaran Parlimen daripada usul tidak percaya. Puncanya, PAS lebih yakin parti tersebut akan memenangi lebih banyak kerusi, tetapi PKR tidak pula berani kerana kes tuduhan Brother Anwar Bin Ibrahim dan kes berebut harta rampasan perang (ghanimah) PKR di Selangor serta rakyat yang semakin kembali kepada akal waras masing-masing akan menyebabkan PKR barangkali akan hilang separuh dari kerusi yang dimilikinya.
Maka, usul tidak percaya kepada Dato' Seri Abdullah Badawi dijadikan wacana untuk mencapai matlamat ini. Usul ini telah dijangkakan akan ditolak. Oleh itu, kenapa isteri Brother Anwar Bin Ibrahim kekal bersusah-payah mengemukakan usul ini? Ini tidak lain untuk mencemar nama Parlimen dan juga sistem yang ada di Malaysia.
Jangkaan bahawa usul ini akan ditolak diharapkan boleh menjana sokongan rakyat terhadap mereka. Diberitakan bahawa PKR tiada campurtangan dalam mengorganisasikan rapat umum di hadapan parlimen. Anwar berkata kerajaan berbohong dan pihak keselamatan termakan bohong.Hasilnya, sekatan jalanraya yang menyusahkan rakyat.
Secara logiknya, adakah kerajaan sanggup membuang masa dan wang untuk satu perkara yang hanya fatamorgana? Tentulah sekali, tuduhan bahawa ada demonstrasi ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Namun, sekarang kita beroleh jawapannya, perhimpunan haram ini tidak mendapat sambutan dan sebab itu, dengan mudah sekali Anwar mengatakan ia satu pembohongan.
Tetapi, jika kita lihat laman-laman dan blog-blog pimpinan PKR, perancangan dan seruan untuk rakyat berhimpun itu memang wujud. Ini dibuktikan oleh Azrinizam Ibrahim yang membuktikan Ginie Lim (Koordinator Media Parti Keadilan Rakyat) pernah mengajak penyokong PKR untuk menyatakan sokongan terhadap undi tak percaya di hadapan Parlimen.
Sebagai Muslim yang percaya dengan hukum-hakam Islam, saya sepatutnya percaya kepada Anwar. Tetapi, Anwar perlu mengatakan dengan tegas bahawa koordinator media itu yang memandai-mandai mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa pengetahuannya.
Nasi sudah menjadi bubur. Adakah Ginie Lim sanggup mengaku dirinya berbohong untuk menjaga air muka Anwar? Ataupun Anwar mungkin mengaku bahawa dirinya terlupa dan menjilat ludah dan kahak hijaunya kembali?
Kesudahannya, pihak keselamatan dan rakyat menjadi mangsa. Namun, untuk mengatakan PKR tidak terlibat adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Anwar ataupun Ginie Lim mesti berkata benar!
baca artikel asal di maharajazhou.blogdrive.com
Artikel berkaitan
1. Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?
2. Konspirasi Anwar & Saiful : Perebutan Diari Merah Anwar
7 ulasan:
PKR
Parti Kacau Rakyat.
Kerja takde duit nak. rakyat jadi mangsa.
Hari2 demo apa ni.
Buatla lain2 aktividi amalke? baca yasin ke, minum ramai2 ke, sukaneka piala nuar ke.
bagi kerja kosong kat penganggur hindraf & melayu2 graduan, mat rempit, mat pet, brikfiedl girl
itu baru membela rakyat..banyak lagi..kalau ikhlas la. Tapi kalau mabok kuasa paling mudah
"kacau orang".
Cakap Anwar
...macam orang dari ipoh nak pegi kl...selalu ikut highway, 3 jam dah sampai..tapi anwar bercakap...macam dari ipoh nak pegi kl, tapi ikut jalan pasir mas kelantan, turun ikut kuala terengganu, naik balik ikut karak! baru sampai kl..!
berbelit macam ularrrrrrrrr!
www.pilihananda08.blogspot.com
Hehhehe..cakap si NO war tuh memang berbelit2 kona baring...jelak dah dengar cara dia kona baring mengelak....apa hal pulak si Sepul yg kena bawak 4 saksi,bukan dia tuduh No war liwat buntut orang, dia tuduh No war liwat buntut dia..mana nak cari 4 saksi..poorahhhh!!
sape liwat sape..
org tua sakit pinggang tu nak liwat budak muda tinggi 6 kaki?
lu ada otak, lu pk lak sendiri.. bodo!!
Entahlah gua pun sakit kepala dengan kes ni....
tak habis2 kes liwat Anwar, macam tak der orang lain je...
Lepas ni siapa pulak mangsa seterusnya?????
Bersama-samalah kita menentang kegiatan yang tak bermoral ini sampai ke akar umbi...
Bersama-samalah kita menentang Anwar hingga ke hujung nyawa....
Bersama-samalah kita menolak pemimpin homoseksual dari memimpin negara....punah ranah semuanya.
"sape liwat sape..
org tua sakit pinggang tu nak liwat budak muda tinggi 6 kaki?
lu ada otak, lu pk lak sendiri.. bodo!!"
Kalau dah nafsu kuda tak kira umur berapa.Nafsu lebih muda drpd usia!!
Catat Ulasan