Anwar ditahan polis
16/07/2008 1:20pm
KUALA LUMPUR 16 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berhampiran kediamannya di Segambut dekat sini pukul 1 tengah hari ini.
Difahamkan sepasukan anggota komando lengkap dengan topeng dan jaket memintas kereta Anwar di simpang berdekatan rumahnya sekembali beliau daripada memberi keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. - Utusan.
Anwar tiba di IPK KL pukul 1.15 tengah hari
16/07/2008 2:02pm
KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan kenderaan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini untuk memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkannya tepat pukul 1.15 petang ini.
Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar untuk hadir memberi keterangan di IPK sebelum pukul 2 petang ini atau berdepan dengan tindakan ditahan selepas polis mengeluarkan waran tangkap.
Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat beberapa kali oleh bekas majikannya itu termasuk kali terakhir dua hari sebelumnya.
Anwar adalah suspek dalam kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
Isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama anak bongsunya menyusul kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.
Peguam Anwar, Sankara Nair tiba kira-kira 10 minit sebelum itu. Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ahli Parlimen PKR mula tiba secara berasingan selepas itu.
Pagi ini, Anwar memberi keterangan ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam laporan 1 Julai lalu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani memalsukan bukti penyiasatan insiden “mata lebam” melibatkannya pada 1999.
Musa merupakan pegawai penyiasat manakala Abdul Gani mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Musa dan Abdul Gani telah memberi keterangan kepada BPR pada 11 Julai lalu. – Utusan.
baca artikel asal di Utusan Malaysia online
5 ulasan:
Kecik-kecik taknak mampus, dah tua menyusahkan org je...
Anwar saja je nak suruh polis pergi tangkap dia.Lepas tu ada peluang nak buat demonstrasi.
Come on lah Anwar... ini tahun 2008bukan 1998.Rakyat dah kenal siapa kau yang sebenarnya.
Banyak2 bertaubat sebelum terlambat Nuar oiiii
Aku hairanlah bini dia x tahu ker...yang Anwar ini kaki gay!!!!
Dengan pompuan pun boleh...
Dengan jantan lagi boleh....
Dua2 pun boleh...Fleksibal betul Anwar ini. Umur 60 pun masih power lagi....mesti minum Kopi Cap Harimau...
Apasal pula yang tangkap Anwar komando lengkap bertopeng...
Takut ke...smpi pakai jaket kalis peluru...Anwar tu org biasa jer bukannya PM / TPM..
siapa kata bini dia tak tahu? tah tah cover line aje...muka dah makin hitam...tak reti sedar lagi ke
Catat Ulasan