MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Jul 2008

Debat : Tanda Anwar tak layak jadi PM ?


"Biasa sahaja",begitulah komen sahabat penulis yang merupakan seorang penganalisis politik semasa tentang Debat Anwar-Shabery Cheek. Maknanya, kalau ada pun tidak apa, tidak dianjurkan pun tidak apa. Ia tidak memberikan extra political mileage kepada Anwar seperti yang diharapkan khalayak ramai.

Brother Anwar Bin Ibrahim sepatutnya boleh membelasah Shabery Cheek dengan 8-0. Sama seperti team bola Jerman mengganyang Arab Saudi semasa Piala Dunia di Korea Selatan. Itulah makam Anwar.

Sepatutnya, tiada masalah. Inilah peluang terbaik bagi Anwar menutup mulut penyokong kerajaan. Anwar tidak menggunakan kesempatan itu. Penulis tidak keseorangan. Ini disokong oleh Malaysiakini yang mengulas perdebatan tersebut sebagai "it was not quite a walkover by PKR de facto leader Anwar Ibrahim".

Hujah pertama yang dibawakan Anwar adalah untuk memperbaharui perjanjian dengan IPP (independent power producer) dan menggunakan RM 2 billion yang didapati dari usaha tersebut untuk subsidi minyak.

Menurut Datuk Shahrir Samad (dalam artikel Malaysiakini yang sama), ini bukanlah tindakan yang bijak. Tindakan ini hanya menguntungkan TNB semata-mata dalam perjanjian baru tersebut dan bukannya kerajaan. Ini tidak membantu dalam mengurangkan harga minyak dan juga menambahkan nilai subsidi seperti yang diharapkan.

Selain itu, Anwar gagal menaikkan kemarahan rakyat dan gagal menunjukkan pemimpin negara tidak kompeten dalam menguruskan sumber seperti yang diharapkan penyokongnya yang tegar. Malahan, Brother Anwar Bin Ibrahim memberi ekspresi bahawa kemungkinan di bawah pentadbirannya juga harga minyak tidak dapat dipertahankan berikutan kenyataannya, yang meminta agar dilihat apa akan terjadi dalam tempoh percubaan jikalau harga minyak diturunkan. Anwar tahu perbendaharaan kerajaan akan bertambah gersang jika hendak menjadi kerajaan popular tanpa melihat kebajikan negara pada jangka masa yang panjang.

Rakyat yang melihat perdebatan itu mungkin melihat tidak ada pendekatan yang konklusif dan konstruktif yang mampu menyelesaikan terus masalah kenaikan harga minyak. Benar.Negara perlu berjimat dan perlu menyelesaikan ketirisan wang seperti yang dikatakan oleh Anwar.

Namun, negara telah mengambil langkah ini, pelbagai langkah penjimatan yang diambil.Tetapi kesannya kepada ekonomi negara mungkin menakutkan jika pendekatan Anwar untuk terlebih jimat diambil. Kesannya, industri perhotelan, perbekalan dan pelbagai lagi boleh lumpuh kerana mereka ini hidup atas kebergantungan terhadap kerajaan. Dengan ini, pengangguran akan meningkat lebih jauh dari yang dikatakan oleh Anwar di zaman dia memerintah. Rakyat mungkin akan mula makan pasir di bawah pentadbirannya.

Datuk Shabery Cheek ada menyebutkan bahawa kenaikan harga minyak tidak berlaku sahaja di Malaysia, ia adalah fenomena antarabangsa. Malahan, idea Anwar untuk menurunkan harga minyak kepada RM 2.20 sendiri merupakan suatu peningkatan sebelum pilihanraya. Harga minyak sebelum itu adalah RM 1.92. Oleh itu, Brother Anwar Bin Ibrahim gagal menyangkal bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga minyak jikalau dia menjadi Perdana Menteri selepas keputusan PRU 12 yang lepas. Malah, jikalau diamati apabila dia naik sebagai Perdana Menteri, harga minyak akan tetap dinaikkan.

Kegagalan Anwar untuk berhujah dapat dilihat lagi apabila ditanyakan apakah strategi Anwar jikalau negara menjadi pengimport bersih minyak dunia selepas kehabisan minyak. Sekali lagi Anwar mengelak dan mengeluarkan kata-kata retorik lagi. Apakah strateginya dan metodologinya? Cukupkah sekadar berjimat cermat?

Jikalau hendak dikorek minyak di negara asing, tidakkah kita terpaksa membayar negara pengeluar tersebut degan harga pasaran yang dipersetujui? Mungkinkah akan dikenakan tambahan cukai dari negara tersebut mengambil kesempatan dari kesempitan negara kita dalam krisis bahan bakar tersebut? Maka, harga minyak tetap akan dinaikkan walaupun pelbagai penjimatan dirancang dan dicadangkan.

Dari situ, Anwar gagal menyakinkan umum bahawa esok memerintah, harga minyak akan turun. Tetapi, yang lebih menyedihkan penyokongnya, keinginan dan impian mereka melihat Shabery Cheek diganyang tidak kesampaian.

Mimpi mereka untuk mengulangi Insiden di DECTAR tahun 1998 selepas kes pemecatan Brother Anwar Bin Ibrahim yang mana wakil UMNO, sdr Zain Isma diboo oleh khalayak mahasiswa, tidak kesampaian.

Oleh itu, penulis mengucapkan syabas kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana dapat mempertahankan maruah kerajaan dan mampu memberi pandangan kedua kepada penyokong pembangkang terutamanya aparat Anwar dalam PKR agar lebih memandang jauh ke hadapan dan tidak khayal dengan fantasi sebaliknya berpijak di alam realiti.

baca artikel asal di maharaja zhou

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

debat Anwar-shabery kat dbp malam tadi betul2 anwar gelabah..sampai tepuk2 dahi. Dia dok bangga masa jadi menteri kewangan dulu, harga minyak tak naik..huhu..tu dulu

memang dulu harga minyak tak naik..tapi ekonomi teruk..inflasi meningkat hingga terjadi kegawatan ekonomi 1997/98..

hah, pandai sangat ekonomi, masa jadi menteri kewangan negara hampir bangkrap dilanda krisis ekonomi..jadi apa solution anwar masa jadi menteri ekonomi masa tu..

solutionnya tunduk kepada US dgn minta pinjam IMF ? hebatkah anwar dlm ekonomi kalau nak selesai masalah kena pinjam sana..pinjam sini..kalau pinjam kat negara Islam tak per la pulak..ni nak mintak kat dana Yahudi..ish..ish teruknya strategi ekonomi Anwar.

Anwar memang hebat..hebat pinjam meminjam..sebab tu hujah debat Anwar malam tadi, cara nak turunkan harga minyak dengan korek dari petronas, korek dari TNB., korek dari KWSP..lepas korek sana korek sini masih tak cukup nak korek kat mana pula? Harga minyak tak ketentuan, mungkin naik lagi..lepas tu nak korek kat mana lagi???

Jawabnya Anwar akan guna pendekatan lamanya pinjam sana, pinjam sini. Kat World Bank dan IMF!

Betul kata Shabery, Anwar guna pendekatan 'popular', dia hanya nak jadi PM..dia nak dapat undi rakyat sahaja..dia sanggup buat sahaja untuk bahagiakan rakyat dlm jangka pendek dengan pinjam meminjam dari dana Yahudi. Asal sahaja rakyat bahagia dan dia dapat jadi PM sampai mati..Lepas tu rakyat yang terpaksa menanggung hutang membayar bunga bank IMF..rakyat akan menderita seperti Indonesia gara2 cengkaman dana IMF.

Anwar peduli apa, rakyat menderita, ketika itu dia boleh tidur lena kat mahligai putrajaya. Dia akan guna polis untuk tenteramkan rakyat. Tak cukup polis, dia akan import CIA, FBI dari US..

Bayangkan apa terjadi kat Malaysia, jika terima idea Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika menghadapi krisis ekonomi 1997. Bayangkan Malaysia terima idea Anwar, terima dana IMF ketika itu.

Rasanya sampai hari ini rakyat belum habis lagi membayar bunga2 IMF yang Anwar pinjam dulu..

Anwar bukan pakar ekonomi.kena terima hakikat itu. Dia hanya lulusan sastera dan sains sosial UM. itupun general degree sahaja. Sebab itu akalnya pendek dan senang ditipu oleh Yahudi dan IMF.

Sebab tu mana2 Yahudi US, Wolfowitz, Gershman, Cohen, Albright etc suka berkawan dengan anwar, kerana anwar tak berapa cerdik ekonomi dan mudah dibeli. Lagipun Yahudi memang suka 'orang Islam' yang banyak skandal macam anwar (termasuk liwat) kerana orang macam ni mudah ikut telunjuk dan mudah diblackmail

kepada rakyat jelata, jangan mudah termakan dengan gula2 anwar nak turunkan harga minyak. Tu cakap politik murahan. Mana tau masa dia jadi PM, harga minyak lagi meningkat kerana terlalu tunduk kpd US. Selangor di bawah PKR pun dah tunjuk bukti, apabila menang bukan kebajikan rakyat yang dijaga, tetapi kebajikan penernak babi yang diutamakan..

Dalam manifesto PKR tak ada 100 juta utk ladang babi. PKR hanya janji nak turunkan minyak, tetapi bila menang 100 juta dilulusakan serta merta utk ladang babi..

Selangor banyak duit, kenapa Anwar tak korek duit dari Selangor utk beri subsidi kepada rakyat Selangor untuk menurunkan harga minyak?. Tak kan tak boleh kot..kena bukti kat Selangor dulu..baru pengundi percaya.

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Shabery Cheek yang saya kenal

Oleh Zulkifli Sulong


"Menyesal sungguh ana kahwin lewat. Kalaulah ana tahu seronoknya kahwin, dari tahun satu lagi ana kahwin."


Itulah kata-kata Ahmad Shabery Cheek (kini Datuk) kepada rakan-rakannya tahun 1982 lalu di kampus UM. Ketika itu penggal kampus Universiti Malaya (UM) baru dibuka. Ahmad Shabery, semasa cuti penggal itu telah melangsungkan perkahwinannya dengan teman sekampusnya, Puan Syarifah (hingga kini saya hanya ingat sebagai Kak Pah sahaja).


Kata-kata itu beliau lafazkan di depan isterinya kepada kami para junior beliau di kampus. Ia semacam dorongan kepada kami agar berkahwin cepat-cepat walaupun masih belajar lagi.

Shabery dengan Kak Pah telah kahwin semasa cuti penggal tahun dua untuk masuk tahun tiga (tahun akhir pengajiannya di UM).


Kini, Shabery baru sahaja dilantik menjadi Menteri Penerangan menggantikan Datuk Zainudin Maidin.


Ketika di kampus UM, Shabery adalah aktivis kampus. Yang menariknya, rakan-rakan beliau kini juga mendapat tempat yang baik dalam dunia politik Malaysia. Mungkin hasil dari didikan politik ketika berada di kampus ketika itu.


Anwar sertai Umno


Zaman awal 80an adalah era menarik dalam politik Malaysia. Ketika itulah politik pelajar bangkit kembali dan menghadapi kemelut yang hebat. Ia bergerak sekitar kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno. Kini Anwar juga adalah tokoh penting politik tanah air.


Di UM, Shabery, sebelum peristiwa penting itu berlaku adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Kumpulan beliau, yang pro pembangkang ketika itu berjaya menubuhkan kerajaan di PMUM hasil gabungan dengan mahasiswa bukan Malayu iaitu India dan Cina.


Saya masin ingat lagi, Setiausaha Agung PMUM ketika itu adalah Muhamad Fuad Zarkashi. Kini Fuad adalah Ketua Penerangan Umno Johor.


Apabila Anwar menyertai Umno, berlaku perpecahan hebat dalam kem Islam di kampus UM. Namun Shabery tidak terlalu menunjukkan sikapnya. Lalu beliau ditolak masuk dalam kumpulan 'tidak jelas'.


Rumah sewa kami adalah di Conchita, rumah sewa yang menjadi markas pergerakan pelajar Islam di UM. Di Conchita inilah berdebatan hari-hari berlaku.


Ketika itu kumpulan pro-Anwar dikenali dengan nama Anwariyyun. Yang paling ketara memimpin kumpulan ini adalah Saifudin Abdullah, Presiden Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) ketika itu. Baru-baru ini Saifudin menjadi calon BN di Pahang dan memenangi kerusi yang ditandinginya itu.


Ketika Shabery tidak menunjukkan sikapnya yang jelas, Muhamad Husin memimpin kumpulan yang menyokong PAS secara langsung. Dalam kumpulannya termasuknya Husam Musa, Taib Ahmad, Mohamad Zainal Abidin Husien, Takiyudin Hassan, Zulkifli Yusof, Azmi Mohamad Ali, Syed Putra Syed Ahmad dan lain-lain lagi.


Husam ketika itu aktif dalam PBMUM di bawah Saifudin. Muhamad Husin kemudiannya menjadi Presiden PMUM. Selepas itu, Takiyudin Hassan pula menjadi Presiden PMUM. Dan seterus selepas itu, Zulkifli Yusof juga menjadi Presiden PMUM.


Mereka berjaya menjadi presiden PMUM kerana kejayaan golongan pro-PAS ketika itu menguasai kampus selepas keluarnya golongan yang lebih liberal dari kampus, termasuk Shabery.


Kesemua nama yang disebut diatas kini menjadi orang penting. Husam Naib Presiden PAS dan juga Exco kerajaan negeri Kelantan. Begitu juga Takiyudin, Exco Kelantan. Muhamad Husin baru menang parlimen Pasir Puteh di Kelantan.


Angkatan Perpaduan Ummah

Walaupun liberal, Shabery tetap masih dalam lingkungan kumpulan aktivis Islam pro PAS dalam kampus menghadapi golongan nasionalis yang menjadi proksi Umno di kampus UM. Ketika itu, golongan ini tidak boleh angkat muka dan sentiasa tewas dalam pilihan raya kampus.

Selepas tamat belajar, Shabery pulang ke negeri asalnya Terengganu dan bergiat aktif dalam PAS. Tapaknya adalah Institut Berakan. Beliau aktif di Terengganu dan cuba menerapkan beberapa elemen baru dalam politik PAS di Terengganu. Namun, setelah beberapa tahun mencuba, Shabery gagal untuk menyesuaikan dirinya, lalu menyambungkan pelajaran dan seterusnya menjadi pensyarah Sains Politik di kampus asalnya iaitu UM.

Dari situlah, Shabery kelihatan mula mendekati politik Umno, namun masih bukan mainstream Umno. Beliau bersama dengan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah. Apabila Ku Li menubuhkan Semangat 46, beliau bersama Ku Li dalamnya.


Shabery mempunyai saham yang besar dalam mencantumkan PAS dan Semangat 46. Ia berlaku dalam pilihan raya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989. PAS dan S46 yang bersatu atas banner Angkatan Perpaduan Ummah melalui calon mereka Harun Taib (kini Datuk) menang dalam pilihan raya itu mengalahkan calon Umno, Abdul Rahman Mohamad.


Isu calon PAS tidak mahu bersalam dengan calon Umno sebagaimana berlaku di Marang baru-baru ini sudah berlaku dalam pilihan raya kecil Teluk Pasu ini. Media BN melaporkan calon PAS tak mahu bersalam dengan calon BN. Tidak sebagaimana di Marang, gambar gelagat calon PAS tidak mahu bersalam itu disiarkan sekali.


Namun, di edisi Kuala Lumpur, akhbar The Star telah menyiarkan gambar calon PAS bersalam dengan calon Umno ini. Apa yang berlaku adalah calon PAS tidak mahu berlakun sekali lagi bersalam dengan calon Umno apabila diminta wartawan berbuat demikian.


Inilah isu yang dimainkan Shabery dengan baik. Beliau mengeluarkan satu poster bertajuk "Siakap senohong gelama ikan duri, Cakap bohong lama-lama mencuri". Beserta dengan simpulan bahasa itu, beliau meletakkan gambar calon PAS dan Umno bersalam yang disiarkan akhbar The Star itu.


Hasilnya, di samping lain-lain faktor, calon PAS menang dalam pilihan raya kecil Teluk Pasu itu dan kemudiannya membolehkan PAS bergabung dengan Semangat 46 secara rasminya, walaupun agak sukar sebelumnya.


Kini Shabery Cheek adalah Menteri Penerangan. Janji awal beliau adalah untuk membolehkan media kerajaan yang dipimpinnya lebih berwibawa berbanding dengan sekarang.

Beliau akan diperhatikan secara 'close-up' oleh rakan-rakannya seperti Husam, Takiyudin dan Mohamad Husin dan juga tenaga media PAS yang menjadi rakan beliau dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Shabery,

Debat semalam telah membogelkan siapa sebenarnya anwar yang sebelum ini menjadi pujaan melayu aparat PKR (dua tiga kerat), hindu HINDRAF spt manoharam,Xavier Jayakumar, chauvanis cina exp Tian Chua, Tresa Kok n Elizabert Wong etc.

Kena terima hakikat, anwar bukan lagi pujaan peminat Islam atau pejuang Melayu. Tetapi Anwar sudah jadi pujaan caunivis India dan Cina yang pro-US.

Aura Anwar utk masyarakat Islam kian luntur kerana sikap sesumpahnya itu. Dari Utra-Islam, bertukar kulit menjadi Utra-Melayu dan kini bertukar kulit lagi jadi utra-US.

Lepas ni, kalau cita2 anwar nak jadi PM tak tercapai, jawatan paling sesuai kepadanya Duta Khas Amerika ke Malaysia.

Itupun kalau Amerika nak bagi, rasanya tak bagi kot, sebab Amerika nak peralat Anwar jer..

Jadi kalau tak bagi dan tak ada harapan nasib di Malaysia, rasanya Anwar akan habis saki baki hidupnya di Amerika kerja di bawah Jabatan Negara US.

Sudah terbukti Anwar ni bukan patriotik kepada negara, apabila rasa macam ditimpa mussibah, terus berlindung di kedutaan asing. Itu bukti.

Kata nak perjuang rakyat marhaen..pooorah..pembohong..nak perjuangkan rakyat marhaen apa, kalau dia sendiri reject brand tempatan. Dia sendiri berubat pun kat Munich Jerman. Anak-anak semua dihantar mengaji di Amerika. Jadi mana patriotiknya Anwar.

Kata simpati pada stinggan..pooorah..rumah dia sendiri macam mahligai bernilai 7 juta beb..tak bolehkah anwar tiru bina rumah macam nik aziz..itu baru betul pejuang stinggan

kata anti kronisme...pooorah..pembohong..tengok PKR parti anak beranak. Belum cukup 100 hari PKR perintah selangor, abang Anwar dimasuk dalam kerajaan Selangor..dapat gaji buta abang Anwar..masa Anwar jadi TPM & Menteri Kewangan tak payah cerita, semua anak beranak anwar kenyang sampai nak meletup perut..

Kesimpulannya Anwar tak layak berdebat semalam, kerana dia mempunyai rekod 'jenayah korporat' yang sangat teruk.

1. pernah menentang penubuhan PETRONAS tetapi apabila PETRONAS dah dapat untung sokong pula. Ni la sikap Anwar, pukul ibu ayam tapi telur mau

2. pernah menentang Tun Dr Mahathir yang memajukan negara, kembangkan petronas labur ke luar negara, menubuhkan penswastaan termasuk TNB. Anwar tak kenal jasa, dia masuk UMNO pun kerana pelawaan Tun. Kalau tidak kerana jasa TUN, dia tak merasa jadi menteri, TPM dan Menteri Kewangan. Tapi tengok apa yang dilakukan kpd TUN selepas dia dipecat dari UMNO. Tengok sekrang, dia nak ambil dana TNB dan PETRONAS pula. Cakap tak serupa bikin..

3. Apa jasa Anwar kepada rakyat ketika berada dlm kerajaan. Semua yg kononnya Anwar buat semuanya restu dan persetujuan TUN. UIA. Idea Tun..Anwar buat Petronas..TNB..hahahaha kelakar kalau Anwar mengaku dia buat..nak jahanamkan duit rakyat adalah..buktinya beri idea kpd kerajaan supaya pinjam duit IMF..supaya Yahudi terus kaya dan rakyat terus derita

4. Anwar tak pernah berubah. Dia masih rasa dia Menteri Kewangan, TPM dan PM Malaysia..perasan dia tu masih tak habis2. Hidupnya penuh retorik n tak berpijak bumi nyata. Sbelum PRU cakap nak turun harga minyak. Lepas PRU cakap nak turun RM0.50 sen. Maknanya kalau PKR perintah harga minyak tetap naik. Dlm ceramah kpd rakyat kata nak ambil duit petronas. Masa cakap kat debat DBP, duit petronas nak nak usik, nak ambil duit TNB pula..cakap berpusing2 macam keling cirit birit..

5. Depan orang PAS keluar ayat Quran n hadis, depan orang Kristian, kata nak perjuangkan semua agama. Tengoklah apa jadi kat Selangor, exco PKR Xavier Jakumar lebih power dari dr Hassan Ali, exco agama. Xavier boleh tuntut setiap ada masjid, mesti ada kuil..huhuhu..tengok apa terjadi di Penang..Majlis Silaturahmi antara Agama (IFC) ditubuhkan..semua ni menggalakkan rakyat malaysia jadi murtad..sesiapa nak murtad tukar ic penang..apa Anwar buat..sedangkan kerajaan Penang campuran DAP + PKR..wakil PAS disepak tepi longkang...huhu

Jadi tahniah shabery kerana telah berjaya buka mata rakyat Malaysia yg selama ni tak kenal siapa sebenar anwar aljub.

Tanpa Nama berkata...

I still think that this debate would be a pointless exercise. But somehow, I had this sliver of hope that the debate will turn out to be an informative and an engaging one. Hopefully it will not be a platform for either one of the politicians to push for their own personal and selfish agenda.

In other words, any political rhetorics will surely defeat the objective of this debate. As I recall, Anwar wanted to challenge the government on the decision of rising the fuel prices. Now this is where we can see how Anwar can offer his thoughts on how to decrease the fuel prices.

I sure hope he can say that he has the ability to decrease the price of fuel back to what it was 2 months ago.

But knowing Anwar, I am sure he will take this opportunity to stamp his presence in the mainstream media with a barrage of incessant and irrelevant issues at hand. That is why I thought this debate is going to be pointless.

Diverting attention would be his greatest ploy to gain popularity. Take this Newsweek article for example. Anwar was interviewed by the magazine’s reporter, Jonathan Kent. An interesting question by the reporter somehow peaked my interest. It goes like this;

Kent: The government has again made allegations of sexual misconduct against you. What is your response?

Anwar: It’s disgusting of them to repeat this, but there is a difference from last time. [Now] I don’t cast aspersions on the entire government machinery or on the prime minister. I’ve no evidence to link him to fabricating evidence, but [Najib's] office appears to be involved. I also have evidence on the fabrication and suppression of evidence in my 1999 trial involving the current Inspector-General of Police and the Attorney-General.

Now this is why I dub Anwar as ‘Darling of the Western Media’. See how the US based magazine worked hand in hand with Anwar in diverting his current sexual charges? They just love him to death!

Firstly, it was not the government who made the allegations. It was HIS OWN AIDE. And see how Anwar here did not link Najib to the so called conspiracy simply because he has no evidence of it. But, he managed to create an insinuation that Najib appears to be in cahoots with Saiful over a mere happenstance (Saiful took picture with Najib’s aide and Saiful went to see Najib to complain about Anwar). In fact, I am surprised that the reporter did not do his homework. Should I start relegating Newsweek to the same level as our mainstream media?

Then follows the second question;

Kent: So you believe the charge against you was prompted by the fact that you are about to make public new evidence against these officials?

Anwar: Yes. The sodomy allegation may have been prompted because the police chief and the Attorney-General are privy to my initial complaints against them [from 1999]. The former volunteer in my office who made these latest sodomy allegations has been part of Najib’s apparatus, and we have evidence to that effect.

Huh? As far as we know, Anwar had no inclination to make public any of this so called new evidence. He was so busy dealing with PKR’s nepotisme issues at that time. In fact, a day before Saiful made the police report on 28th June 2008, Anwar’s blog posted a rather mild article about ‘pantun Melayu’. There were no announcement regarding any ‘new evidence’ anywhere in all the articles concerning him prior to the 28th June . And we all know how Anwar will rant and shout about something new he just stumebled upon. But in this case, there was none.

As a matter of fact, if the AG and the IGP were so afraid of Anwar and they had to resort to create the trumped up charges through Saiful, why would Anwar dragged Najib into this whole mess?

Maybe because Najib was a convenient target? We now venture into the realm of conspiracy theories. Cooked up by Anwar himself.

Okay then. All these conspiracy theories will absolve Anwar from any sodomy charges in the eyes of his loving supporters.

You’re clean Anwar. No need to investigate you further. You are the cleanest, the most ethical and the most unselfish politician in the world.

Nevertheless, Anwar should not even be this panicky. He should just emulate and learn from what the veteran singer Datuk M. Daud Kilau had gone through. At least the singer came out more dignified than Anwar.

Can’t wait to watch them on the telly tonight. I wanna see how both politicians outwit each other in this possible pointless exercise.

http://jebatmustdie.wordpress.com/

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulan ANWAR TAK LAYAK JADI PM BERDASARKAN DEBAT SEMALAM:

1. Tak ada idea bernas

2. Idea lama 10 tahun dulu.tak relevan sekarang

3. Idea Anwar tak sihat cenderung mengorek apa yang ada. Cenderung Pinjam????. Sepatutnya menjana sumber kewangan lain selain Petronas & TNB

4. Anwar tak pandai ekonomi. Lebih penting pendekatan populis, turunkan harga minyak (sebab UNDI????) tetapi tak fikir soal INFLASI..Macam mana Anwar nak pandai ekonomi sebab lulusan sastera..buat master pun hal perbandingan agama & hubungan antarabangsa..bukannya ekonomi

5. Retorik anwar tak mampu selesai masalah..seronok didengar, tetapi maslah tak selesai

KZSO berkata...

for me both have failed!

shabery by diverting the topics to personal attack ie baling issues, demonstration, former finance minister etc;

anwar speaks more on populist, rhetoric and assumptions.

they should come out on the cause and effect on how the "esok turun harga minyak", the effect of the price increase and then the solution to solve the problems from the price hike.

the topic itself " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" is childish.... look at selangor, for them to lower down the 1st 20liter water usage, takes some time especially on the agreement agreed and to achieve the free 20liter of water usage, kdeb need to pay 10-11million per month (1 year : 120 - 121million) and it's a big chunk for kdeb..

both are failure... next time let's get economist to debate on this!

alfirdauz berkata...

Aku xreti brpolitk,tp bila mlihatkn debat ni,wakil UMNO ckp mcm no point.xde idea nak mematahkn hujah2 dan fakta D.S Anwar.xbersikap profesional.nampak sgt xbrkaliber nya dia.D.S Anwar lebih mnyebut tentang kajian beliau,fakta,hujah yg relevan brbanding dgn wakil UMNO,tiada fakta,hanya ungkitan yg lame dan ulang berkali2,bercakap brdasarkn pndapat sndiri je,dan berulang2 guna serangan peribadi..xprofesional.xmembincangkan topik sebenar debat..nak jd wakil kerajaan tp tunjuk sikap yg memalukan..

Tanpa Nama berkata...

Pemenang debat isu minyak ialah...
Jul 16, 08 2:49pm
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV. lalalalall

Tanpa Nama berkata...

anwar xde modal..soklan xjawab..jauh melencong..kata nak beri formula berkesan..hampehh. ngan shabery tu pon xdpt nak balas hujah,ade hati nak jadi pm..baik nik aziz jadi pm lagi bagus..at least nik aziz x liberal.. perjuang hak melayu and islam

Tanpa Nama berkata...

anwar ni kelulusan lebih kurang dgn pak lah aje...terror ke sangat dia ni dalam ekonomi? masa jadi tpm dulu nyaris malaysia ni dijual kepada IMF.itupun melayu yg nyokong anwar ni tak sedar sedar lagi...Soalan shabery pada anwar masa debat tu pasal "kalau minyak dah habis 2015 berapa sen lagi anwar ni nak kurangkan harga minyak?" aljuburi jawab "minyak akan habis 2015 tu hanya kebarangkalian"....bodoh ke apa...kebarangkalian? tak baca paper ke? satu dunia tgh krisis minyak

Tanpa Nama berkata...

astaf... anda2 yang kata shabree ni menang buta ke hapa?!!!
sy masa first2 tgk debat tu mmg la nmpk shabree tu menang... pasal point dia bnyk membogelkan anwar.. pastu kata2 dia sedap didengar...

tp bila tgk 2nd time, sy perati betul2 point2 depa... anwar menjawab semua soalan y diungkitkan... memberikan kaedah penurunan... shabree pulak langsung x nak dgr apa y orang lain tanya... tgk je masa encik zul tu tanya soalan... masa tgh tanya soalan muka shabree mcm x ambil perhatian, malah macam memandang rendah kat si zul tu... tu sbb straight je pas si zul tu tanya, shabree terus ckp " sy igt awak x ambil pusing harga minyak la"... dah tu salah faham soalan plak....

y penting, shabree nmpk lemah n sy x yakin dirinya sbg pemimpin...