MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jun 2008

Serang Iran : Serampang dua mata Israel


Shaul Mofaz (bertanda bulat) bersama dengan Wolfowitz (bekas Presiden World Bank dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) yang bertanggungjawab menyerang Iraq dan Afghanisthan. Jika dahulu, Wolfowitz serang Afghanistan dan Iraq. Apakah kali ini Wolfowitz (yang juga berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan membantu negaranya iaitu Israel menyerang Iran pula ?

baca artikel ini sepenuhnya..



Shaul Mofaz,Timbalan Perdana Menteri Israel, isytihar sedia perang Iran

Harga minyak mentah dunia naik lagi pada 7 Jun. Tertinggi dalam sehari sebanyak AS$10.75 (RM34.93) untuk mencatat rekod baru AS$138.54 setong (RM450.25).

Punca harganya naik ialah disebabkan kenyataan Shaul Mofaz (Timbalan Perdana Menteri Israel) yang menyatakan secara terbuka akan menyerang Iran untuk menghentikan aktiviti nuklear Iran pada hari Jumaat, 6 Jun.

Sehari selepas itu, harga minyak melambung naik.

Serampang dua mata. Dalam suatu masa, kenyataan Shaul Mofaz ini akan menaikkan imejnya di kalangan pengundi di Israel dalam usahanya untuk melawan kepimpinan Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) yang dituduh terlibat dalam skandal rasuah sejumlah $500,000.

Dalam suatu masa yang lain, kenyataan Shaul Mofaz ini telah menyebabkan keadaan dunia menjadi kaget akibat kenaikan minyak. Pada tengahari 9 Jun 2008 , pasaran saham di Asia telah pun diserang. Indeks saham di Taiwan, Jepun, Singapura dan Korea Selatan telah jatuh.

Dua dalam satu. Gergaji dua mata. Inilah cara zionis mencaturkan langkah mereka. Perkara yang sama pernah dilakukan oleh Ehud Olmert ketika mula menjadi Perdana Menteri Israel, yang menjadi mangsanya ialah Lebanon.

Amerika menyerang Afganistan pada 7 Oktober 2001. Selepas Afghanistan hancur lebur dengan bom akibat mencari Osama Ben Laden, Amerika terus melancarkan lagi serangan ke atas sebuah lagi negara Islam. Targetnya ialah Iraq. Amerika menyerang Iraq pada 19 Mac 2003, selepas itu minyak naik kepada USD$ 41.75 setong berbanding USD$34.70 setong pada 1 Mac 2003.

Apakah Shaul Mofaz akan menyerang Iran sebaik sahaja dapat menjadi PM Israel nanti. Ehud Olmert menjadi PM Israel pada 14 April 2006, kemudian pada 12 Julai 2006, Lebanon diserang oleh Ehud Olmert. Apakah serangan ini dibuat sekadar untuk populariti ?


Pecah pekung. Jimmy Carter (bekas Presiden Amerika Syarikat) sendiri mendedahkan bahawa Israel ada 150 senjata nuklear. Shaul Mofaz mahu menyerang Iran kerana menuduh Iran ada reaktor nuklear. Siapa yang lebih banyak nuklear sebenarnya ? (Harian Metro, Rabu, 28 Mei, m/s 34)

Ehud Barak (Menteri Pertahanan Israel) menyatakan dalam Jerusalem Post bahawa pilihan raya umum di Israel mungkin akan diadakan pada hujung tahun 2008. Jika ditakdirkan Shaul Mofaz menang, apakah Iran akan benar benar diserang ? Jika Ehud Olmert pun menang, apakah misi Shaul dapat diteruskan juga ?

Selepas Iran, mana lagi negara Islam yang kuat dan mampu menjadi target seterusnya pemimpin pemimpin Israel ini ? Apakah medan pertempuran lama kelamaan akan beralih ke Asia Tenggara ?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber asal : klik blog anginperubahan.blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gambar super imposed....


FITNAH LEBIH TERUK DARIPADA MEMBUNUH!!!

Tanpa Nama berkata...

lawati blog saya

http://umnomuda.wordpress.com

baru mula berblog...