Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz berkata, negara Yahudi akan menyerang Iran sekiranya republik Islam itu meneruskan program senjata nuklearnya dalam akhbar Yediot Aharonot dua hari lepas
baca artikel sepenuhnya..
Pendapat TPM Israel itu sama dengan alasan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2002 dengan menuduh Iraq memiliki senjata WMD (Weapons of Mass Destruction) yang sangat bahaya kepada dunia.
Tetapi sehingga Iraq dan Sadam Hussein mati digantung senjata WMD yang didakwa Amerika itu tidak ditemui.
Sebaliknya Amerika menjumpai telaga minyak dan berjaya mengawal pasaran antarabangsa hingga ke hari ini.
Walau pun gesaan serangan ke atas Iran itu daripada Timbalan Presiden Israel, tetapi peranan Israel amat berpengaruh di Amerika Syarikat khususnya Jabatan Pertahanan Negara.
Dick Cheney, Naib Presiden Amerika juga berbangsa Yahudi yang amat bersimpati dengan Israel. Malah Presiden Bush sendiri secara terang-terangan menyokong Israel melalui AIPAC(American Israel Public Affairs Committee)
Ekoran ancaman Israel itu harga minyak mentah dunia kembali melonjak mencatat rekod baru AS$138.54 setong (RM450.25) sejak semalam
Iran merupakan negara pengeluar minyak mentah keempat terbesar di dunia.
Adakah ancaman Israel itu tanda-tanda awal sebuah lagi negara Islam (Iran) akan ditumbangkan ?
Klik video-video di bawah;
AIPAC control America
Rice Rejects Talks With Iran At AIPAC
Olmert at AIPAC: United with Bush on Iran
Obama courts Israel lobby
Iraq WAR and AIPAC
AIPAC, Israel, Iran and the candidates
Who does AIPAC represent?
Iran War Is Next
2 ulasan:
Mungkin Iraq yg serang Iran.
Muqtada Al Sadr dibiarkan hidup, dan didakwa berada di Iran.
Berita kekacauan Syiah & Sunnah diperbesarkan termasuk oleh Utusan Malaysia yang cedok bulat2 berita CNN/AFP.
Iraq akan jadi sunnah dominant. Pastinya penakluk minyak tak mahu melabur banyak (utk satu lg perang). Biar Iran& Iraq bergaduh sesama sendiri.
Yg paling utama, end of war- Bisnes. Diorang akan kira berapa dia invest & berapa dapat balik. Bush & gang yg untung, bukan Amerika (rakyat diperalat).
Tak ramai yg boleh nampak ini. Minyak naik bukan masa perang. Tp lepas diorang control minyak pd Perang Teluk 1 & 2005 konsesi 30 tahun. Kini lepas, China & India isytihar jadi pengeluar kereta no 1. minyak teus cecah 100 USD.
minyak naik ini angkara amerika dan yahudi ...orang yg untuk dengan kenaikan harga ini adalah orang pasaran minyak la ...
tanda2 akhir zaman adalah perebutan emas hitam (minyak) dan ia jelas berlaku skrg ini .
Catat Ulasan