Bukankah Wolfowitz terkenal sebagai seorang yang sangat anti-Islam melalui Doktrin Wolfowitz yang menggunakan kuasa senjata untuk menakluk negara Islam ?
Carl pula dilihat tidak sejahat Wolfowitz tetapi tanpa disedari dengan 'dana NED" yang dikuasainya, beliau secara diam-diam menakluk dunia melalui agenda tersirat "Demokrasi".
Jadi apakah agenda tersirat Carl menaja dana kepada Anwar ?
Video Siapa Anwar siri 6 paparkan empat segmen iaitu 1. Peranan Anwar dalam CFR (Council on Foreign Relations), New York 2. Kaitan Anwar dengan Paul Wolfowitz 3. Hubung kait Anwar dengan Neocon (Neoconservative) 4. Kaitan Anwar dengan dana NED (National Endowment for Democracy)
Sebenarnya keempat-empat segmen itu boleh digabungkan menjadi satu melalui perantaraan Anwar Ibrahim dengan Paul Wolfowitz & Carl Gershman.
Wolfowitz dan Carl, kedua-duanya Yahudi, merupakan rangkaian pemikir neocon yang berpengaruh di dalam CFR dan NED.
Hubungan Anwar dengan Wolfowitz sudah diketahui umum. Seperti yang sering didakwa Anwar, beliau berjumpa dengan Wolfowitz (di Pentagon) semata-mata untuk desak Amerika keluar dari Iraq.
Betulkah Anwar desak Wolfowitz undur tentera US dari Iraq ?.
Kalau betul sekalipun, adakah Wolfowitz (ketika itu, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) mendengar nasihat Anwar ? Bukankah selepas kunjungan Anwar, Amerika tidak sekali-kali mengundurkan tentera di Iraq malah menambahkan bilangan tentera hingga Iraq hancur!
Tambah meragukan, kedatangan Anwar ke Pentagon ditemani oleh tokoh-tokoh penting PKR. Kalau mahu membela negara Islam Iraq, kenapa tidak bawa tokoh-tokoh parti Islam Malaysia (PAS) yang sebelum ini dilihat amat lantang sokong Iraq.
Kenapa tidak bawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi atau sekurang-kurangnya Mohamad Sabu. Adakah PAS tidak layak untuk bercakap soal Islam di peringkat antarabangsa ?
Apa pula stand Azmin Ali dan Khalid Jaafar terhadap Islam dan Amerika ? Bukankah semasa Anwar menjawat TPM mereka berdua menjadi pegawai paling rapat Anwar yang sering diajak berkunjung ke Amerika.
Khalid ketika itu Setiausaha Akhbar Anwar, manakala Azmin pula Setiausaha Sulit Anwar. Anwar, Azmin dan Khalid berhubung dengan Amerika bukan hanya ketika bertemu Wolfowitz di Pentagon, malah sejak Anwar jadi TPM lagi.
Bukankah stand Khalid terhadap Amerika sangat jelas melalui penerbitan majalah SIASAH (sekarang dah tiada) terbitan IKD. Ketika umat Islam marahkan Amerika kerana serang Iraq, Khalid melalui terbitan SIASAHnya sokong Amerika!.
Bukankah itu satu stand yang amat jelas.
Apa pula stand Khalid dan IKD terhadap IFC (Interfaith Council). Bukankah Khalid dan IKD (Think tank Anwar) merupakan pendokong kuat IFC yang ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF)?.
Malah lebih tragis lagi, Khalid & IKD didakwa sarang Islam Liberal Malaysia..
Bukankah Khalid Jaafar pernah berkata "Nabi Muhammad s.'a.w. setaraf dengan DO Bukit Beruntung", jika masih hidup.
Jadi apakah pegangan Khalid terhadap Islam ?
Kalau Khalid orang paling dipercayai Anwar, dianggap think tank melalui IKD dan dibawa bersama-sama berjumpa Wolfowitz di Pentagon, boleh mempersendakan Nabi Muhamad s.a.w dan menghalalkan murtad, apa pula stand Anwar terhadap Islam dan Amerika ?. Lihat video Siapa Anwar (5)
Jadi banyak keraguan kenyataan Anwar dan Azmin mengenai pertemuan mereka bersama Wolfowitz di Pentagon.
Malah seseorang yang ikhlas membawa usul desak Amerika dari Iraq, sepatutnya bersih daripada habuan dan sogokan.
Tetapi selepas pertemuan itu (Wolfowitz di Pentagon), Anwar menerima tiga 'sogokan' jawatan : 1)Pensyarah pelawat di John Hopkins University 2)Konsultan Bank Dunia (balas budi Anwar melobi Wolfowitz jadi Presiden Bank Dunia) 3. Pengerusi Foundation For The Future (FFF).
Semua jawatan-jawatan Anwar ini ada kaitan dengan Wolfowitz. Jadi adakah Anwar seorang yang bersih, menolak sogokan dan kronisme ?.
Semua ini dipaparkan secara jelas mengikut tarikh-tarikh pertemuan Anwar & Wolfowitz dan video Siapa Anwar (Siri 6)
Akhirnya Anwar dicalonkan antara 100 berpengaruh dalam majalah TIME.
Siapakah yang menulis biodata Anwar dalam pencalonan itu. Bukankah Wolfowitz? Bermakna dalam dunia ini, hanya Wolfowitz seorang sahaja yang amat mengenali Anwar?
Kalau begitu amat malang seorang 'pejuang Islam' bernama Anwar dinilai kehebatannya dari kaca mata seorang Yahudi!
Tambahan pula, Wolfowitz kemudiannya dipecat dari Bank Dunia kerana terbukti korup dalam urusan pentadbiran. Kajian kes Wolfowitz boleh dibaca di sini
Jadi kalau Wolfowitz korup, Anwar pula bagaimana ?
Anwar agent of United States foreign policy
Anwar Ibrahim sendiri mengakui bahawa beliau adalah Diplomat Jemputan Council on Foreign Council New York.
Pengakuan itu dibuat sewaktu memperkenalkan identitinya dalam writ samannya kepada Chandra Muzaffar.
Sejarah membuktikan Chandra Muzaffar adalah penyokong tegar Anwar dan pernah menjawat Timbalan Presiden Keadilan.
Chandra sekarang Presiden JUST yang mengkhususkan kajiannya di peringkat antarabangsa.
Jadi, Chandralah,orang yang sepatutnya paling mengetahui siapakah Anwar khususnya dalam konteks hubungan Amerika.
Sebab itu Anwar saman Chandra, untuk menutup mulutnya dengan ugutan mahkamah!
Bagaimanakah Anwar boleh terpilih sebagai Diplomat Jemputan CFR sedangkan CFR dianggap sebagai badan ekslusif Amerika.
Malah kebanyakan ahli di dalam CFR adalah pemikir rangkain Yahudi daripada neocon.
Semua ini hasil hubungan baiknya dengan Paul Wolfowitz dan Carl Gershman. Mereka berdua merupakan rangkaian neocon yang turut berpengaruh dalam CFR.
Rangkaian neocon mempunyai 'tangan-tangan hitam' di dalam CFR dan NED.
Guru Wolfowitz dan Carl adalah Vin Weber yang memegang jawatan sebagai chairman of the NED dan Director of the CFR
Akaun Citybank
Seorang lagi rangkaian neocon adalah Robert E Rubin, berjawatan sebagai Co-Chairman of the Board CFR. Dalam video itu jelas menunjukkan Anwar bergambar dengan Robert E Rubin selepas pertemuan dua mata.
Persoalannya, apa pula isi kandungan perbincangan antara Anwar dengan Robert E Rubin yang lebih dikenali sebagai Chairman of Citigroup.
Citygroup merupakan badan induk yang menaungi semua operasi Citybank di seluruh dunia.
Persoalan ini timbul kerana dalam pengakuan Lokman Noor Adam (bekas penolong Setiausaha Pemuda Keadilan), beliau mendedahkan (dengan bukti slip bank) bahawa Keadilan menerima wang Amerika melalui akaun Citybank.
Dakwa Lokman, beliau tahu duit Amerika disalurkan kepada Keadilan pada PRU 1999 menggunakan syarikat Seloka Gelora, kepunyaan Khalid Jaafar melalui akaun Citybank.
Khalid adalah orang yang diajak Anwar berjumpa Wolfowitz di Pentagon seperti foto di atas.
Rangkaian neocon inilah yang mencadangkan proposal Project for the New American Century (PNAC) iaitu menjadi Amerika sebagai kuasa tunggal dunia.
Betulkah Wolfowitz & Carl benar-benar ikhlas membantu Islam, sedangkan kedua-dua mereka adalah Yahudi (neocon) yang mempunyai sejarah hitam memusnahkan negara Islam di Afganistan dan Iraq ?
Atau Wolfowitz & Carl mencari seorang Islam yang boleh menjustifikasikan agenda mereka merosakkan Islam dan negara Islam ?
Siapa lebih cerdik antara Wolfowitz, Carl dan Anwar ?
Bukankah Wolfowitz dahulu bekas CIA, manakala Carl dikaitkan dengan USAID. Atau mereka bertiga sama-sama dalam satu rangkaian direkrut oleh CIA & USAID ?
Melihat kepada kronologi hubungan Anwar dan Wolfowitz, jelaslah semua percaturan dan posisi Anwar ditentukan oleh Wolfowitz.
Persoalannya siapakah Paul Wolfowitz ? Dan apakah agenda Wolfowitz merekrut Anwar sampai ke tahap itu ?
Bukankah Wolfowitz terkenal sebagai seorang yang sangat anti-Islam melalui Doktrin Wolfowitz yang menggunakan kuasa senjata untuk menakluk negara Islam ?
Carl pula dilihat tidak sejahat Wolfowitz tetapi tanpa disedari dengan 'dana NED" yang dikuasainya beliau secara diam-diam menakluk dunia melalui agenda tersirat "Demokrasi".
Jadi apakah agenda tersirat Carl menaja dana kepada Anwar ?
Semoga video siapa Anwar (6), membuka satu lagi ruang untuk kita mengenali siapakah Anwar yang bakal menjadi PM Malaysia!
Anwaribrahim dot com
25 Mei 2008
10 ulasan:
anwaribrahimdotcom...
salam aku gap kembali..aku merasakan kita sehaluan maka dengan itu aku telah link kan kau punyan blog dalam aku punya blog.tq
http://gerakan-anti-pas.blogspot.com
gap kembali..
salam.
tq bro..aku juga pernah melawat blog anda..good luck bro!
Semoga usaha2 anda dirahmatiNYA...:)
anwaribrahimdotcom
Itu sebabnya mantan PM kita cakap Anwar ni manusia yang tak bermoral... Banyak penipuan yang dilakukan tak Mahathir tak nak cakap sebab kesian kat anak bini Anwar....
Sanggup jadi tali barut Amerika/Israel untuk diri sendiri...Orang PAS tak diajak ke bersama jumpa Wolf ni (serigala )?
pogadai..
salam
terima kasih. semoga kebenaran akan mengalahkan kepalsuan...:)
bagus2 korg buat blog ni..mgg sgt penting utk telanjangkan anwar dan rakan2! ya Allah selamatkanlah M'sia, umat islam n org2 melayu..
mmg anwar ni bapak petualang penderhaka laknat pd bangsa melayu
Nyemah Mulya..
Salam
Terima kasih....:)
A good one here:
http://www.theage.com.au/news/world/did-mahathir-pay-16m-to-meet-bush/2006/02/15/1139890806086.html?page=2
salam..apa kata pihak korg mintak share ruang utk buat link di blog chedet..hits kt sana ramai tu..saya sangat menyokong usaha korg ni..please la mintak chedet letak korg kat pautan link dia...
sbb ada bbrapa org yg masih taksub dgn anwar yg tak tahu apa anwar buat..jadi tempat terbaik utk promosi blog ni adalah kat blog chedet..
nyemah mulya
Dear all,ada Ceramah Khas Untuk Masyarakat
Tajuk : “Deception in the New World Order”
( Pemutar-belitan dalam Orde Baru Dunia )
Tarikh & Masa : Selasa, 1/7/2008, 8.00 malam
Tempat : Auditorium Bangunan MPSJ, USJ5
Penceramah : Sheikh Dr Abdullah Hakim Quick
Pensyarah Kanan (Islam in Africa)
International Peace University of South Africa, Cape Town
ANJURAN BERSAMA :
BIRO DAKWAH PERKIM SELANGOR
dan MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ), SELANGOR
Terbuka kepada orang ramai, Islam dan bukan Islam. Datang ramai2.
Hj.Headir 012-221 3477 / Dr Haji Syed Haleem 013- 2044 818.
May truth prevail.
aku benci blog ni.bodoh
Catat Ulasan