MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Okt 2009

Barack Obama sepatutnya terima Hadiah Nobel Perang

Oleh Suhaimi Mokhtar

Era Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Hussien Obama belum pun sampai setahun jagung, tetapi pemimpin AS berkulit hitam itu telahpun diberi anugerah Nobel untuk keamanan bagi tahun ini.

Dengan anugerah itu, meletakkan kedudukannya sama setaraf dengan penyandang-penyandang anugerah Nobel keamanan dunia yang lain seperti Nelson Mandela (Afrika Selatan), Jimmy Carter dan beberapa pemimpin AS yang lain serta ramai lagi pemimpin dunia.

Kalau penerima anugerah sebelumnya menerima anugerah Nobel kerana sumbangan kepada keamanan dunia seperti Nelson Mandela yang menerimanya kerana penderitaan yang dialaminya berada dalam penjara Aparteid Afrika Selatan selama 27 tahun, di zaman perjuangannya membebaskan negaranya sehinggalah akhirnya mencapai kemenangan dan membebaskan Afrika Selatan dari belenggu Aparteid dan menjadi Presiden kulit hitam pertama bagi Afrika Selatan.

Jimmy Carter, bekas Presiden AS dan beberapa orang presiden dan pemimpin AS kerana sumbangannya memateraikan perjanjian yang membawa antara Palestin dan Rejim Zionis Yahudi perdamaian sementara dan bergerak ke arah mewujudkan negara Palestin dengan terbentuknya apa yang dipanggil Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Di samping itu ia juga meneutralkan beberapa buah negara Arab seperti Mesir dan Jordan yang berperang beberapa kali dengan rejim Zionis, sehingga akhirnya mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis Yahudi. Sehingga kini Jimmy Carter dalam inisiatifnya sebagai bekas presiden menganjurkan supaya Hamas dibawa bersama dalam sebarang rundingan keamanan bagi mencapai matlamat konsep dua negara bagi bumi Palestin.

Tetapi anjuran Jimmy Carter yang pernah mengadakan pertemuan dengan pimpinan politik Hamas tidak didengari dan dipedulikan. Jimmy Carter menerima anugerah bersama dengan pemimpin rejim Zionis Yahudi, Shimon Peres yang ketika itu menjadi Perdana Menteri (PM) rejim Zionis dan kini presiden rejim itu. Turut mendapat anugerah ialah pemimpin Palestin Yasser Arafat yang memimpin Fatah dan PLO sebagai wakil yang diiktiraf oleh AS dan barat mewakili rakyat Palestin.

Hadiah Nobel keamanan dunia itu telah dipolitikkan sebegitu rupa sehingga ia telah menjejaskan reputasi anugerah keamanan itu yang telah berusia beratus tahun. Penganugerahan kepada Presiden Obama yang setakat ini hanya beretorik dan belum memberi sumbangan yang konkrit kepada keamanan dunia, telah diterima dengan pelbagai reaksi dan Obama sendiri menerimanya dengan rasa rendah diri sambil menyifatkan penganugerahan itu sebagai galakan untuknya bertindak membawa keamanan kepada dunia.

Jawatankuasa Penganugerahan Nobel ini mempertahankan pemilihannya dengan hujah bahawa Obama telah membawa dunia kepada situasi baru setelah berada dalam suasana 'war on terror' selama lapan tahun berada di bawah era presiden AS George W Bush yang gila perang.

Obama dikatakan telah meredakan ketegangan dunia apabila pemimpin AS berkulit hitam itu bercakap untuk berunding dengan negara-negara seperti Iran, Syria dan Korea Utara. Obama juga telah membatalkan cadangan penempatan sistem pertahanan peluru berpandu di Eropah yang mahu ditempatkan di Poland setelah mendapat bantahan dari Rusia.

Obama juga bercakap tentang pengurangan senjata nuklear di dunia, kepanasan global dan alam sekitar yang sekali gus dikatakan telah menyumbang kepada situasi harapan baru bagi dunia.

Tetapi pihak Taliban di Afghanistan menyifatkan anugerah itu tidak tepat. Obama sepatutnya diberikan hadiah Nobel perang dan bukan hadiah Nobel untuk keamanan. Obama tidak dapat memisahkan diri dari warisan perang yang ditinggalkan Bush selama lapan tahun pentadbirannya.

Sebaliknya Obama meneruskan peperangan yang dimulakan oleh Bush kononnya untuk menyelamatkan AS dan barat dari serangan pengganas atau apa yang dislogankan oleh Bush sebagai 'war on terror'.

Bush memusatkan peperangan di Iraq sehingga berjuta telah terbunuh dan berjuta yang lain menjadi pelarian dan apabila Obama mengambil alih, dia mengubah keutamaan peperangan ke Afghanistan dari Iraq.

Obama telah menambahkan tentera AS ke Afghanistan seramai 21,000 orang menjadikan tentera Nato di Afghanistan berjumlah hampir 70,000 orang bagi memerangi pejuang Taliban dan Al-Qaeda yang bersembunyi di kawasan-kawasan gua dan pergunungan di sempadan Pakistan-Afghanistan.

Para pejuang sering melakukan serangan nekad dengan bom kereta dan pengebom berani mati yang meninggalkan kesan yang menyebabkan ramai rakyat awam turut terkorban selain dari unit-unit keselamatan Afghanistan dan Pakistan termasuk juga tentera-tentera AS dan sekutu Natonya yang lain.

Obama telah menggalakkan rejim baru yang memerintah Pakistan, Presiden Asif Ali Zardari menyerang kedudukan para pejuang di Lembah Swat di wilayah North West Frontier (NWF) dan di wilayah Wazirstan di Pakistan. Serangan-serangan udara telah membunuh ramai rakyat awam dan bukan para pejuang, sehingga menimbulkan kemarahan dan simpati kepada pejuang Taliban yang terus mendapat sokongan rakyat.

Brig General Mark Kimmit yang baru bersara dan pernah berkhidmat di Afghanistan dan bekas penolong setiausaha negara AS menyatakan dalam satu interviu dengan saluran TV bahawa AS tidak akan mencapai kemenangan melalui ketenteraan dalam peperangan di Afghanistan. Ia memerlukan strategi lebih dari itu kerana selain peperangan di Afghanistan dan Pakistan terpaksa diambil secara bersama ia juga tidak dapat dipisahkan antara kedua bumi yang bersempadan itu di samping wujudnya persamaan situasi di kedua wilayah negara umat Islam itu.

Ketika Obama menerima kejutan sebagai penerima hadiah Nobel, pemimpin itu sedang mengadakan rundingan dengan anggota pentadbiran dan pembantunya bagi menentukan sama ada akan menambah lagi atau tidak kekuatan tentera Nato yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh AS kerana anggota Nato lain agak keberatan untuk menghantar tentera ke zon barisan hadapan.

Dalam keadaan bagi membuat ketentuan dan pertimbangan itu, pentadbiran Obama terus menerima kejutan apabila satu pengeboman berani mati berlaku dekat kedutaan India di Kabul yang membunuh 17 orang dan berzon lagi yang cedera. Satu lagi kejutan ialah apabila pengeboman juga turut mengambil tempat di Peshawar, NWF yang dikatakan telah dibebaskan dari anasir-anasir pejuang Taliban.

AS dan sekutu Natonya tidak sahaja akan mampu memusnah dan memecahkan organisasi para pejuang kerana ia melibatkan perjuangan yang bersendikan ideologi jihad yang kental dan kukuh.

*Penulis ialah Perunding Media di Kuala Lumpur.

sumber - sinar


Tiada ulasan: