MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jul 2009

Pendakwa cuba sorok bukti - Anwar

KUALA LUMPUR 8 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa wujud cubaan untuk menyembunyikan bukti berhubung kes liwat bekas pembantunya apabila pihak pendakwaan masih gagal membekalkan dokumen yang dipohon dibekalkan kepadanya.



Menurut beliau, kegagalan membekalkan dokumen itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang serta tidak adil, malah ia turut menimbulkan persoalan tentang niat sebenar pihak pendakwaan.

Katanya, walaupun permohonan telah dibuat, hanya sebahagian daripada salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara yang diserahkan berbanding bukti-bukti yang ada pada pihak pendakwaan.

''Dalam kes perbicaraan jenayah, perlukah beberapa permohonan dibuat hanya sekadar untuk mendapatkan dokumen yang sepatutnya diperolehi mengikut Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah.

''Malah sebelum permohonan dibuat, mereka menyatakan telah menyerahkan CCTV, foto pertama dan CCTV dengan foto. Ia adalah penyalahgunaan semua proses. Mereka arif tentang undang-undang, bermakna banyak perkara yang disembunyikan. Mereka tidak telus dan tidak menghormati dokumen perundangan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik permohonan untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwat bekas pembantunya ditangguhkan.

Sehingga kini, permohonan Anwar mendapatkan dokumen terbabit telah empat kali ditangguhkan sejak 22 Jun lalu, kali terakhir pada Jumaat lalu apabila peguam yang mengetuai barisan pembelaan mengadu tidak sihat.

sumber - utusan malaysia


Tiada ulasan: