MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Mac 2009

Kenapa Anwar tidak hantar surat desakan undur tentera Amerika di Afganistan ?



WASHINGTON - Seramai 15 anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan dan Demokrat menulis sepucuk surat untuk menggesa Presiden Barack Obama mengkaji semula penghantaran 17,000 askar lagi ke Afghanistan.

"Kami menggesa anda mengkaji semula rancangan untuk meningkatkan jumlah tentera (di Afghanistan)," kata mereka.

"Kami juga bimbang bahawa sebarang tanggapan kejayaan ketenteraan di Afghanistan mungkin mencetuskan tekanan untuk meningkatkan kegiatan tentera di Pakistan. Ia akan mencetuskan suasana berbahaya di rantau itu dan meningkatkan permusuhan terhadap AS."

Bekas calon presiden, Ron Paul (Republikan) dan Dennis Kucinich (Demokrat) memberitahu pemberita bahawa pentadbiran Obama perlu menjelaskan dasar-dasarnya di Afghanistan.

Paul berkata surat itu bertujuan untuk menggesa Obama berhati-hati dalam pendekatannya untuk menangani konflik di Afgha-nistan.

"Tindakan menghantar 17,000 askar ke sana dan meneruskan pengeboman di Pakistan bukanlah satu perubahan dasar.

"Langkah menambah jumlah askar juga bukan satu penyelesaian," kata Kucinich.

Menurut mereka, rakyat Afghanistan tidak memerlukan lebih banyak kemusnahan dan keganasan.

"Mereka memerlukan rumah, pekerjaan dan pendidikan. Mereka memerlukan keselamatan, keamanan dan peluang," kata mereka.

sumber - sinar harian

artikel berkaitan :

. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

. Anwar Ibrahim & Zainah Anwar (SIS) tandatangan surat sokong Presiden Barack Obama

Tiada ulasan: