Kumpulan Muslim Moderat yang berkumpul dalam CSID (Center for Muslim and Democracy), Amerika Syarikat. Dari kiri, Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Saad Eddin Ibrahim (Mesir) dan Anwar Ibrahim (Malaysia)
UNTUK EDARAN SEGERA
Kumpulan cendekiawan terkenal dari dwi-partisan (Demokrat dan Republikan) mendesak Presiden Obama untuk melaksanakan demokrasi di Timur Tengah sebagai suatu keutamaan dalam misi pentadbirannya.
Washington – Lebih daripada 80 cendekiawan dan pakar- termasuk aktivis demokrasi Mesir, Saad Eddin Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim – mendesak Presiden Obama untuk melaksanakan dasar yang konsisten dan boleh dipercayai yang menyokong demokrasi di dunia Muslim dan Arab. Kumpulan tersebut secara rasmi akan mengeluarkan satu surat terbuka kepada presiden tersebut di satu sidang media pada 10 Mac 2009, pada jam 2.30petang di Kelab Media Kebangsaan di Washington.
“Selama berdekad-dekad, Amerika Syarikat dan Eropah telah memanja dan menyokong diktator di dunia Arab, ini telah membawa mala petaka untuk rantau tersebut dan untuk hubungan Amerika – Islam,” kata Radwan Masmoudi, Presiden Center for the Study of Islam and Democracy -CSID (Pusat Kajian Islam dan Demokrasi) dan penganjur bersama surat tersebut.
Surat tersebut menyatakan bahawa selama berdekad-dekad Amerika Syarikat telah “menyokong rejim yang menindas di mana secara rutinnya mencabuli hak asasi manusia, dan juga menyeksa dan memenjarakan mereka yang berani mengkritik mereka (rejim)”.
Tandatangan tersebut menyeru pentadbiran Amerika Syarikat untuk melaksanakan sokongan kepada demokrasi di Timur Tengah sebagai suatu keutamaan tertinggi dalam dasar luar Presiden Obama, juga di negara-negara yang menjadi sekutu Amerika seperti Mesir, Jordan, dan Arab Saudi.
Pengarang surat tersebut menyeru Amerika Syarikat untuk “menggunakan pertimbangan ekonomi dan diplomatik untuk menekan sekutunya di dalam rantau tersebut apabila mereka gagal untuk memenuhi standard asas hak asasi manusia.”
“Kerana kaitan dengan pentadbiran Bush, terdapat cubaan mereka untuk melarikan diri daripada sebarang perbincangan untuk mempromosikan demokrasi di Timur Tengah,” kata Shadi Hamid, Pengarah Penyelidikan Project on Middle East Democracy (Projek Untuk Demokrasi Timur Tengah) dan penganjur bersama surat tersebut.
Surat tersebut memuji usaha awal Presiden Obama dalam bersahabat dengan dunia Muslim dan Arab, tetapi memberikan amaran bahawa Amerika mesti menunjukkan komitmennya kepada perubahan demokratik melalui perubahan dasar yang sebenar.
Surat tersebut menunjukkan sokongan yang kuat merentasi spektrum idealogikal untuk satu komitmen bagi menyokong perubahan yang demokratik di rantau tersebut, dan untuk menyokong penyertaan politik kumpulan Islam moderat.
Antara mereka yang menurunkan tandatangan adalah: Francis Fukuyama dari Johns Hopkins University; Morton Halperin, former director of policy planning at the State Department (bekas pengarah perancangan dasar Jabatan Negara); Jennifer Windsor, executive director of Freedom House (pengarah eksekutif Rumah Kebebasan); Peter Beinart, contributing editor at The New Republic (editor penyumbang The New Republic); John L. Esposito, Professor di Georgetown, dan pakar demokrasi, Larry Diamond dari Stanford University; Matt Yglesias, pengarang dan blogger dan Robert Kagan dari Carnegie Endowment for International Peace (Pusat Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa).
Beberapa penandatangan akan hadir pada sidang media untuk menjawab soalan daripada wartawan tentang cadangan dasar yang terdapat di dalam surat terbuka tersebut, termasuk Saad Eddin Ibrahim, Radwan Masmoudi, Jennifer Windsor, Larry Diamond, Geneive Abdo, dan lain-lain.
AIDC menterjemah kenyataan media CSID, Bi-Partisan Group of Prominent Scholars and Experts Urge President Obama to Make Democracy in the Middle East a Top Priority. Kenyataan asal klik di sini.
Artikel berkaitan :
1. Betulkah Anugerah Muslim Moderat, Anwar Ibrahim, kaedah Yahudi meliberalkan Islam ?
2. Anwar Ibrahim & Zainah Anwar (SIS) tandatangan surat sokong Presiden Barack Obama
3. Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim
4. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama - bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..
5. Obama harapan baru dunia Islam - Ucapan Anwar di Doha, Qatar
1 ulasan:
ha ha ha surat lobi barua-barua Amerika untuk minta projek atas nama Demokrasi..
saat terbaik kumpulan barua ini menawarkan diri agar khidmat ejen bawa demokrasi ke dunia Islam disambung semula..
ni bukan soal demokrasi sangat..tapi bila obama dan beri perhatian maka banyaklah peruntukan disalurkan atas nama demokrasi..bolehlah saad addin salurkan untuk yayasannya di mesir dan anwar untuk 'yayasan aman' di malaysia.
anwar pun dah kencang kaut duit projek demokrasi atas nama foundation for the future..untuk projek demokrasi timur tengah konon..anwar jadi pengerusi..duit disalur ke yayasan aman untuk projek liberalisme di malaysia...bila duit foundation for the future kering, anwar pun letak jawatan..hahaha..bijak2
sekarang obama baru naik, apa lagi, hantar surat la kpd obama pula..demokrasi di tumur tengah kena beri perhatian..
lepas ni obama akan tubuhkan apa2 yayasan, anwar pun jadi pengerusi untuk lesapkan duit kat situ pula..
lepas habis duit, hantar surat lagi..hahaha
demokrasi oh demokrasi..
Catat Ulasan