MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Sep 2008

Kisah 'coffee boy’ bernama Saiful dari kaca mata Pak Habib


15 Ogos 2008, menerusi jendela bilik Royal Executif Suite, Royal Pacific Hotel & Tower, Kowloon, Hong Kong yang terletak di tingkat 18, saya melemparkan pandangan jauh ke Victoria Harbour, kawasan perairan air dalam yang memisahkan antara pulau Hong Kong dan Kowloon serta Wilayah Baru, New Territories.

Sesekali pandangan tertumpu juga pada Pengkalan Feri China dan Macau yang ada jauh dibawah tingkap, feri-feri berulang alik dari Hong Kong ke Lembah Sungai Mutiara dan Xiamen membawa mereka yang berkerja di Hong Kong, Kowloon, Macau dan Wilayah Baru pulang ke rumah masing-masing di kawasan pinggiran yang taraf kehidupannya lebih murah.

Memandang laut mengingatkan saya pertemuan Nabi Allah Khidir a.s. mentor kepada Nabi Musa a.s yang dihanyutkan ke sungai, gagal dibunuh oleh Firaun yang membunuh setiap anak lelaki yang lahir akibat takut dengan bayang-bayang sendiri, takut kehilangan kuasa, berlagak dan mengaku diri tuhan akhirnya dia dan tentera-tenteranya yang angkuh, kejam, zalim ditelan oleh lautan. Satu-satunya bumi yang pernah menerima pancaran matahari, kemudiannya bumi yang ditutupi lautan tidak lagi merasakan sinaran matahari.

Memang pelik memikirkan apakah seorang yang tinggal di bilik sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan di tengah-tengah kotaraya termahal di dunia perlukan seorang ‘coffee boy’ untuk menyediakan kopinya? Biasanya bilik semahal ini turut disediakan dengan seorang ‘butler’ yang bukan sahaja boleh membuat kopi tapi boleh mengadakan apa juga keperluan tetamu yang menginap di bilik semahal ini, USD1000 atau RM3,200.00.

Pelik... belum jadi Perdana Menteri sudah mesti ada ‘coffee boy’. Ke mana Anwar pergi dan berapa ramai ‘coffee boy’ Anwar ada? Bawa ‘jambu’ di istana hinggap begini macam bawa ‘nasi bungkus’ untuk makan ‘nasi bungkus’ dalam bilik hotel. Senang cakap, tak ada standardlah. Penasihat Parti Keadilan yang didewa-dewakan oleh mereka hingga ada yang sanggup cium ‘bontut Anwar’, membodek Anwar tanpa memikirkan perasaan Wan Azizah.

Ketika sedang berada di bilik ini, saya menerima panggilan telefon dari Azlan bapa Saiful yang baru saja selesai melakukan angkat sumpah di sebuah masjid di Kuala Lumpur, Saiful telah melakukan sumpah laknat dengan al-Quran yang dia dibuntuti oleh Anwar.

Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja.” - Al-Bukhari
Macam-macam ‘benda’ timbul dalam ingatan saya terutama mengenai Dr. Wan Azizah. Biar hebat macam mana pun dia selaku seorang ahli politilk, seorang doktor, apakah Dr. Wan Azizah tidak merasa kecewa dengan suaminya yang dituduh meliwat Saiful?

Apakah Anwar tidak pernah ‘ditarbiah’ ketika dihukum oleh Allah SWT dalam penjara atas kesilapannya yang lampau? Kenapa Anwar tak serik-serik? Kenapa pula apabila Anwar ke luar negara tak bawa Azizah dan anak-anak? Kenapa Anwar bawa Saiful atau ‘coffee boy’? Kenapa tak bawa anak isterinya bersama, isteri tahu ke Anwar bawa Saiful bersama?

Dr. Wan Azizah adalah seorang doktor pakar, bukan sekadar isteri dan ibu kepada anak-anak Anwar. Masakan selaku seorang doktor dia tak dapat membaca perwatakan seorang ‘homoseksual’? Inikan pula suaminya sendiri yang dituduh melakukannya, apakah jika dia tahu dia tak suruh Anwar pergi buat ‘kauselin’?

Tiba-tiba saya teringat wanita yang paling setia dengan Anwar. ‘Sabar betul’ wanita yang bernama Wan Azizah, boleh tak mengamuk, tak lari meninggalkan suami yang bila sudah senang lupa anak isteri, yang dibawa ke luar negeri ‘coffee boy’. Sama ada dia meliwat atau tidak, itu cerita lain.

Apakah kerana Anwar tak mahu bersumpah dan tak mahu bertaubat maka Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Dan apakah tak mungkin Wan Azizah serah kerusi Presiden PKR dan mungkin akhirnya lari ke luar negara kerana hilang sabar dengan perangai buruk Anwar yang tak kenang jasanya?

“If a small thing has the power to make you angry, does that not indicate something about your size?" - Sydney J. Harris

Anwar atau ‘Pak Sheikh’ selaku ketua keluarga dan tokoh yang dihormati oleh orang kampung yang tak tahu hubungannya dengan Amerika dan tokoh-tokoh Yahudi menganggap Anwar bersih, manusia yang baik, alim dan ‘waraq’. Mereka tak percaya Anwar mengambil kesempatan atas kelemahan anak muda yang mendewa-dewakannya. Bagaimana dengan cerita yang dia tak kenang budi bila sudah bebas merdeka tak peduli perasaan anak isteri?

Selaku seorang statesman pemimpin Melayu ‘glokal’ bertaraf dunia siapa yang mahu percaya Anwar mengutamakan kehendak nafsu hingga dia terlupa yang dia telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri, kepentingan peribadi apatah lagi untuk kepentingan dalam karier politik hanya untuk merebut kerusi Perdana Menteri.

Adakah kerana kopi yang dibancuhnya sedap sangat? Atau Azizah sudah tak pandai bancuh kopi sehebat Saiful? Isteri mana tak mengamuk, tak kecewa atau tak melenting, kalau setakat si suami gatal nak kahwin satu lagi atau suami ada girlfriend baru ke, boleh tahanlah lagi, tapi kalau laki ada hubungan sulit dengan jambu, dengan kaum sejenis, nak sabar juga ke?

Saya teringat filem Midnight Cowboy yang dibintangi oleh Dustin Hoffman dan Jon Voight yang ditayangkan pada awal 1970-an. Cerita mengisahkan macam mana seorang remaja lelaki dari sebuah desa di Texas berhijrah ke New York dan bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk dan terpaksa menjadi pelacur lelaki untuk lelaki. Tapi Saiful bukan pelacur lelaki, dia bukan jantan yang memperniagakan diri, tak macam watak dalam cerita ‘Brokeback Mountain’ arahan pengarah Taiwan.

Ada kawan saya mempersoalkan mentang-mentanglah filem ini memaparkan kisah sex luar tabiee, ia dicalonkan untuk lapan anugerah Academy Awards dan memenangi tiga daripadanya dan diberikan publisiti meluas. Nampaknya apa juga filem Hollywoods, Amerika mengenai seks luar tabiee seperti The American Beauty, Alexander dipopularkan dan dicalonkan untuk anugerah Academy Awards.

Bagaimana kalau kisah Anwar, Wan Azizah isteri yang tabah dan Saiful yang jadi mangsa liwat ini difilemkan? Berapa Academy Award agaknya? Mungkinkah Anwar sendiri dipilih sebagai pelakun utama kerana dia adalah seorang pelakon yang hebat? Kalau tak hebat masakan berjuta manusia tak percaya dia ‘meliwat’ seperti yang didakwa? Kenapa dia takut bersumpah? Betul ke disebabkan kesnya tidak dibawa ke mahkamah syariah?

Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar. Allah tahu niat kita. Apakah tak mustahil kisah Saiful dibuntoti ini akan menyebabkan kejatuhan Anwar? Apa pun orang hendak kata nama Mahathir jadi busuk akibat buku ‘Shit’ hasil karya Shahnun Ahmad. Apakah kes ‘liwat’ dengan Saiful ini tidak akan membusukkan nama Anwar?

Tahukah anda sebatang paku punya pasal boleh menyebabkan kereta yang tayarnya terkena paku mengalami kemalangan jalanraya yang amat dahsyat dan boleh mengorbankan beberapa banyak nyawa? Tahukah anda kapal yang besar boleh tenggelam akibat buntut kapalnya dibocorkan oleh satu lubang saja? Cerita lubang buntut ini tak boleh dibuat main-main. Siapa yang telah terlibat melakukannya pasti akan mendapat pembalasan dari Tuhan. Kalau tak buat kenapa takut bersumpah? Ramai yang mempersoalkannya.

Kita tidak hidup dikelilingi orang buta yang melihat gajah dengan meraba-raba, tak guna mata dan mata kepala, apa lagi mata hati seperti dalam cerita Sufi, terpegang kaki dikata batang kelapa, terpegang ekor dikatakan tali, terpegang belalai dikatakan ular sawa biarpun ramai yang pekak dan bisu dalam masyarakat kita termasuk mereka yang mengaku intelektual dan ulama.

Kita hidup dalam negara di mana manusia sentiasa melihat dan memastikan hak asasi dilaksanakan dengan berpegang kepada konsep ‘hak berserta tanggungjawab.’ Apakah Anwar telah melakukan tanggungjawab terhadap anak isteri? 6 tahun dalam penjara, anak isteri menderita, bila keluar dari penjara ‘pembuat kopi’ yang dibawa ke mana-mana, apakah Wan Azizah tak pandai buat kopi lagi? Jadi apalah gunanya kita bercakap tentang ‘hak’ tapi tak sedar yang tanggungjawab amar makruf nahi mungkar itu sendiri adalah ‘hak’ yang perlu dilaksanakan. Sudahkah kita melakukannya? Sudahkah kita bertanya betul ke Anwar ini seorang yang bermoral?

Hanya Wan Azizah saja yang boleh menceritakan apakah dia menyesal bapanya Wan Ismail tak mahu terima Anwar sebagai menantu? Betulkah Anwar bawa Azizah lari bernikah di luar negara? Anwar memang pandai memujuk rayu dan mempermainkan kata-kata. Apakah tak mustahil kerana ‘pujuk rayu’ dan ‘ayat power’ Saiful terpedaya? Ada orang kata kena ‘ayat power’, mangsanya akan berpantun kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya berikan, jika betul bagai dikata, takkan seluar saya tak boleh tanggalkan.

Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Anwar kepada kerajaan kononnya beliau telah diseksa dan diracun ketika di tahan di dalam lokap polis dan pelbagai lagi dakwaan sehingga memaksa kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat segala aduan dan pertuduhan tersebut masa tuduhan kes ‘liwat’nya dulu. Hasilnya seperti orang buta melihat belalai gajah dikata ular sawa.

Kini sejarah yang sama seolah-olah berulang lagi - menghadapi tuduhan meliwat, perbuatan luar tabii yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Anwar bersandiwara. Apa pun kes tersebut sudah ke mahkamah menunggu pembicaraan, Anwar diberi peluang bebas bertanding pilihanraya dengan diikat jamin. Pengikut Anwar masih ingat Anwar saja yang betul. Mereka terlupa pemimpin apa namanya kalau tak pandai berterima kasih dan bersyukur? Apa rahsia yang menyebabkan Anwar mencari perlindungan di Kedutaan Turki, di Kuala Lumpur?

Apa hubungan Anwar dengan pemimpin negara di mana terdapat undang-undang membolehkan jantan kahwin sama jantan? Kenapa Anwar tak bawa ‘nasi bungkus’ ke Istanbul saja, kat Turki boleh ‘bol’? Betul ke Anwar berbohong dengan mengatakan Kedutaan Turki membenarkan beliau berlindung kerana bimbang tentang keselamatannya terancam termasuk akan dibunuh? Siapa yang hendak bunuh Anwar? Untuk apa mereka bunuh Anwar? Kalau mahu menunjukkan kepintaran pun biar kena cara, ‘auta’ jangan lebih-lebih, orang tahu ‘nasi tambah’ saja.

Penipuan sebenarnya tak ujud didalam dunia manusia pembohong. Yang ada siapa yang lebih pintar? Bila mana dia mengadu tentang dakwaan tersebut kepada Amerika Syarikat, ramai yang tersenyum sinis. Anwar pintar orangnya. Dalam seronok berbohong dalam kes liwat itu, secara tidak langsung Anwar juga telah memberitahu kepada dunia bahawa beliau sebenarnya adalah alat dan tali barut Amerika Syarikat dan sanggup jadi ‘puppet’.

Apabila muslihat pertamanya gagal dan ditertawakan rakyat, Anwar cuba pula mengalih perhatian dengan membuat dakwaan bahawa Ketua Polis Negara, (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menyembunyikan fakta sebenar dalam kejadian kes liwat pada tahun 1998. Musa dan Ghani kini sedang disiasat oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Bagi menutup kes dakwaan liwat beliau yang kini sedang disiasat pihak polis, Anwar juga dengan menggunakan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam cuba mengheret Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya.

Apakah perbuatan ini tidak menampakkan bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk membiarkan dirinya dijadikan alat kuasa asing untuk berkuasa, walaupun perbuatan beliau itu akan menghancurkan negara? Pemimpin Melayu jenis apa ni? Kalau anak isteri tak dipedulikan selepas keluar dari penjara, kalau kawan-kawan yang sabung nyawa dia boleh lupa, tinggalkan macam itu saja, apa lagi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara? Itukah sebabnya dia tak peduli, apa yang hendak diherankan dengaan dosa al-liwati? ‘Go to hell’ apa orang ramai hendak kata.

Setiap yang bermula pasti berakhir. Semakin hari semakin terbongkar cerita-cerita siapa Anwar sebenarnya? Penasihat Umum PKR itu sudah menghampiri detik-detik kehancuran di dalam perjuangan politiknya. ‘You can cheat everybody one time, somebody sometime, you cannot cheat everybody everytime’.

Bila kes meliwat Saiful terbukti di mahkamah, terbongkarlah semua kes liwat yang dulu orang tak percaya, orang mula percaya, berkecai harapan Amerika dan Yahudi yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi ‘badutnya’ sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sampai bila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bersabar? Mungkin dia boleh sabar dan turut menafikan sambil menyifatkan kes liwat suaminya sebagai satu ‘konspirasi’. Apakah hati kecilnya tak terluka suaminya sanggup menghancurkan hidupnya yang telah berkorban segala-galanya untuk Anwar mengulangi kisah lama? Apa perasaan anda selaku isteri bila terbukti suami anda pelihara ‘jambu’ untuk dijadikan ‘pembancuh kopi’?

Pertanyaan spontan di kalangan rakyat ialah jika benar seperti yang didakwa apakah Anwar tidak pernah serik-serik dari melakukan perbuatan terkutuk itu? Sampai bila mahu meneruskan perbuatan yang bercanggah dengan normal manusia dan bertentangan dengan hukum syarak? Apakah layak Anwar menjadi suami wanita sebagai Wan Azizah? Apa komen ‘sister in Islam’ terhadap suami seperti Anwar yang simpan ‘pembacuh kopi’ sebagai ‘jambu’?

Cuba anda lihat di atas langit. Matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi yang kita huni ini yang jauh lebih besar dari seorang Perdana Menteri ataupun seorang Raja tidak boleh ‘merdeka’ dan boleh bergerak-gerak sendiri-sendiri ataupun keluar dari orbit yang telah ditentukan oleh Allah yang Maha Kuasa.

Kemerdekaan manusia menurut Islam dihimpunkan ke dalam kekuasaan Allah. Oleh kerana itu maka, merdeka dengan tidak ada himpunan, merdeka mengikut kepala sendiri, tidak memperdulikan orang lain, tak peduli anak isteri, tak pedulikan perasaan manusia disekeliling tidak disukai oleh Allah. Sepatutnya bertambah lanjut usia manusia itu, bertambah lanjutlah lagi kematangan fikirannya. Dan mereka yang telah matang sentiasa dalam perjalanan mencari kebenaran bukan menolak kebenaran.

Kita bukan tak kenal Anwar. Sikit-sikit nak buat report ke luar negara. Sudah tak percaya pada suratan takdir ke? Iman letak kat mana? Apa yang Anwar buat ni? Mengelabah tak tentu pasal. Kalau tak salah nak buat apa takut? Saiful sudah bersumpah, Dato Sri Najib sudah bersumpah, bersumpah sajalah... Takut kena sumpah kot?

Terbaru dilaporkan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey memberitahu, AS menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotif politik terhadap Anwar. Apa motif Anwar buat macam ni? Sengaja nak melaga-lagakan Malaysia dan AS ke? Ini sekali gus membuktikan Anwar memang tidak layak memimpin negara ini.

Banyak perkara yang saya pelik dengan Anwar bila terjadi kes ini adalah bila dia mengambil keputusan untuk berlindung di Kedutaan Turki. Tetapi saya juga hairan kenapa Anwar perlu pergi ke kedutaan Turki yang terkenal mengamalkan liberalisme? Kenapa Anwar tidak memilih untuk berlindung di rumah Allah iaitu berlindung di Masjid? Ataupun di rumah Tok Guru Nik Aziz, di Pulau Melaka, Kelantan?

Apakah kita lupa Firaun dan seluruh tenteranya hilang di dasar laut dengan sekali telan. Disebabkan seorang anak yang dihanyutkan disebatang sungai masuk ke dalam istana Firaun, apakah tak mungkin seperti Saiful yang dibawa oleh Anwar ke mahligai-mahligai tempat tinggalnya di luar negara dan mereka yang membela dan mempertahankannya akan menerima ‘bala’ dari Allah SWT kerana engkar dan angkuh melawan perintah Allah? Begitulah pentingnya pelajaran yang didapati dari Al-Quran. Daripada bercerita tentang kes liwat Anwar lebih baik anda baca tafsiran Al-Quran. Baca dengan nama Allah SWT.

sumber : shalattas.com

8 ulasan:

Cheguman berkata...

No komen. Pak Habib memang hebat sbg penulis.

Nuriman Talib berkata...

Salam, cuma ingin mendengar pandangan dan pendapat saudara,

1- berkenaan dgn kes mahkamah saiful 377B?
2- berkenaan pengakuan Ramlang porigi yg dipaksa menjadi saksi?
3- berkenaan tahap kesihatan DSAI?

saye banyak membaca artikel2 semasa dan suke baca dari banyak pihak.cuma nak dgr pendapat saudara berkenaan soalan yg dah di pendek kan tu. Trimas

Panglima Perang Cyber berkata...

Pak Habib boleh menentang dan membongkar satu persatu kisah Anwar...

paparan artikel beliau menguatkan lagi pandangan bahawa ada 'sesuatu' pada Anwar yang Pak Habib juga telah nampak 'dengan mata hatinya'..

harap ramai akan sedar !

Salam...

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

wokyoh berkata...

azizah sebenarnya tahu dan orang pertama atau mula mula nampak sebab dia doktor mata....tapi membuka rahsia anwar ibarat membuka pekung didada......

memang tanggungjawab seorang isteri menjaga maruah suami...syurga juga atas keredhaan suami...tapi...
sanggupkah azizah bersekongkol dengan lelaki yang nyata seorang munafik dan pastinya tidak akan membawanya ke syurga sekiranya benar segala dakwaan orang ramai itu...

sanggupkah azizah menipu seluruh rakyat malaysia dengan penafian dia dan suaminya...hanya semata-mata menjaga maruah keluarga....

oleh itu...wahai azizah...buanglah tudung atau sarung tangan anda itu..kerana ia boleh mendatangkan lawak kepada kami semua....tak payah berlagak baik dan isteri contoh ler...

seperti yang saya komen sebelum ini...anwar sebenarnya sedang sakit....type A personality disorder...

one one no belen berkata...

ASkum. Pak habib.jadi siapakah pemimpin yg baik pada mata pak habib? adakah pemimpin UMNO yg mmg semua org tau kaki rasuah, kaki botol, kaki bunuh dan kaki rogol yg layak memerintah negara tercinta ini?Gunakan akallah pak habib.Org undi anwar kerana anwar ada;ah simbul menentang kezaliman pemimpin pemimpin UMNO.bukan kerana keperibadian anwar itu sendiri.

bzz berkata...

siapalahaku...

Anwar simbol menentang kezaliman pemimpin umno? Wahahahaha... siapalah anwar... kesian org kena kencing ngan orang tua nih...

sudah la... siapalah anwar tu nak kata org lain zalim?

mrf berkata...

umno zalim???

nik aziz kata generasi muda sekarang tidak sokong umno sebab mereka dah bijak pandai dan belajar di universiti..

saya teringat lirik lagu keranamu malaysia..

"anak-anak terasuh mindanya lahir generasi bijak pandai, pakar it pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya"

jadi bijak dan pandainya generasi muda sekarang ini adalah kerana kezaliman umno terhadap rakyat dan ia yang mahu ditentang oleh anwar ibrahim

Donal berkata...

salam semua,saya dari sabah dan bekas PKR.Banyak cerita disini baca..hem..politik o..politik..Dulu kami suka sama anwar tetapi kini tidak.Kami dari sini dengan seramai 3000 lebih penyokong PKR keluar parti,lama dah.
Yang kami tidak suka dengan dia ini,suka bermain api terutama dalam perkauman.Sewaktu dia datang disini,kami mendengar apa dia cakapa...jika saya jadi PM,saya akan pastikan semua pegawai dari semenanjung dihantar pulang ke KL,orang sabah control,orang melayu tak boleh kerja disini,orang cina dan india hanya berada di semenanjung sahaja bukan sabah dan sarawak.Saya pasti jadi PM dan saya berjanji akan melantik Dr.Jefrey Kitingan sebagai Timbalan PM,sarawak juga akan ada Timbalan PMnya....ekonomi akan saya atur dengan sebaiknya kerana kita ada kawan Amerika boleh bantu kita...,itulah serba sedikit ucapannya pada masa itu.Dia anwar selalu laungkan anti-rasuah tetapi sebaliknya dia mengamalkan rasuah dengan menggunakan wang untuk beli MP.Bukankah ini satu cara rasuah juga..Sepatutnya BPR buat siasatan hal ini.Saya tahu diluar sana banyak penyokong fanatiknya yang sanggup berjuang demi dia...tapi mereka ini bodah kerana diperbodohkan oleh anwar.Cuba anda lihat raut rupanya semakin berubah dan ada gelap2...saya rasa inilah petanda dia akan terima akibat dari Allah sendiri.PAS dan DAP ada agenda masing2..anwar hanya boneka mereka...untuk buka jalan ke putrajaya....inilah hal sebenarnya siapa anwar yg kami kenal dari sini.cuba berfikir secara rasional bukan emosi kerana dibelakang hari sape yang kena....