MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Ogo 2008

Serangan askar halimunan Anwar ke dalam PAS


Serangan askar halimunan Anwar ke dalam PAS


Sebelum ini sudah beberapa kali penulis mengetengahkan mengenai 'stealth soldier' Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. 'Stealth Soldier' di sini bermaksud 'Askar Halimunan' pada zahirnya tetapi pada batinya ia tetap wujud.

Selepas pemecatan Anwar Ibrahim dan semasa penubuhan Barisan Alternatif yang kini dikenali dengan nama Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sudah menghantar ramai 'askar halimunan' untuk memperkukuhkan lagi cengkaman beliau ke atas parti-parti yang berada di dalam Barisan Alternatif pada ketika itu dan kini lebih dikenali dengan nama'Pakatan Rakyat'.

Penyusupan masuk 'tentera halimunan' Anwar Ibrahim semakin menunjukkan taringnya sejak akhir-akhir ini.

Walaupun penulis telah berkali-kali mengentegahkan isu 'Stealth Soldier' atau mengikut perumpamaan Melayu, Musuh di dalam selimut atau api dalam sekam ini, namun tidak ada pihak yang mengambil peduli walaupun penulis mendapat maklumat daripada ahli PAS sendiri yang beraliran Ulama' dan bukanya beraliran professional.

Sehinggakan penulis sudah malas ingin mengetengahkan isu ini, tetapi walaupun ideologi penulis dengan PAS berbeza tetapi penulis tidak sanggup melihat PAS terkubur apabila 'bom jangka' yang ditanam di dalam PAS itu akan meletup dan kita tidak tahu masa dan ketikanya. Bagi menghangatkan lagi artikel ini penulis berharap pembaca membaca petikan artikel yang dipetik dari Blog Merah Tinta MSO dan fahamilah sedalam-dalamnya, untuk mengelakkan kekeliruan penulis terlebih dahulu penulis mendapat maklumat mengenai 'stealth soldier' ini bukannya dari MSO jadi harap jangan ada salah faham.

Petikan Artikel Blog Merah Tinta MSO

Ada Usaha Pujuk Hadi Ganti Nik Aziz APA masalah yang sedang menghimpit Tokguruku Nik Aziz kini. Apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai Mursyidul Am Pas?

Persoalan ini timbul apabila ada usaha di kalangan pemimpin tertinggi Pas akan memujuk Abdul Hadi Awang supaya memegang jawatan berkenaan. Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung Pas bersama Majlis Syura Ulama kelmarin. Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan.

Nik Abdul Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetengah pihak apabila beliau juga tidak bersetuju Pas berunding dengan Umno untuk tubuh kerajaan bersama. Khabarnya Nik Aziz bukan saja tidak mahu diadakan berunding bagi membentuk kerajaan, kalau tidak jumpa terus lagi bagus! Keadaan ini menimbulkan sedikit tanya tanya.

Sekiranya dalam mesyuarat kelamrin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak setuju kemudian setuju berunding dengan Umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan. Kerana dengan adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan! Bagaimana pun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari bilik mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini. Apakah tindakan itu setelah timbul ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan?

Untuk tujuan membujuk Abdul Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi Pas yang menetang keras ura-ura Pas hendak bermuqabalah dengan Umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abdul Hadi. Abdul Hadi kini sudah pun berada di Jakarta. Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya. Bagaimana pun pada hemat saya, tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu. Beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan berkenaan. Cadangan itu bukan kerana Nik Aziz sudah letih atas jemu tetapi ia lebih kepada strategi.

Apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abdul Hadi turun dari kerusinya itu. Mungkin mereka mengira dengan adanya Abdul Hadi di situ yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah Islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti menurut acuan sekular mereka.

Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abdul Hadi pegang jawatan Mursyidul Am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 Ogos hadapan. Pujukan itu adalah paksaan secara halus!

Mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telahpun merestuinya. Kenapa dikatakan begitu kerana kalau benar Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din, timbalan Mursyidul Am Pas?

Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan! [wm.kl 12:00 t/hari 01/08/08]

[http://msomelayu.blogspot.com]


Berkenaan isu yang diketengahkan oleh Penulis Blog Merah Tinta MSO tersebut sudah nampak mungkin 'serangan fasa dua' 'stealth soldier' Anwar Ibrahim akan bermula lagi. Fasa pertama mereka sudah berjaya apabila tentera-tentera halimunan tersebut telah berjaya mengagalkan usaha untuk menyatu padukan UMNO-PAS untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

Untuk Fasa kedua mereka memilih untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz daripada jawatan Mursyidul Am PAS dan juga menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada menjawat Jawatan Presiden dengan cara yang lembut seperti menarik rambut daripada tepung walaupun pada hakikatnya sebenarnya itu adalah cara untuk mereka berselindung di sebalik gerakkan mereka.

Matlamat 'stealth soldier' ini ialah memesongkan perjuangan PAS daripada parti yang memperjuangkan Islam kepada parti yang lebih kepada sekular atau dengan kata lain fahaman sekularisme sudah cuba di bawa masuk ke dalam PAS.

Jika Ahli PAS yang sehaluan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bertindak pasti petaka menanti dan tidak mustahil satu masa nanti perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tinggal sejarah sahaja apabila golongan yang kita labelkan sebagai 'stealth soldier' Anwar Ibrahim ini berjaya menguasai kepimpinan tertinggi PAS.

Pepatah Melayu ada menyebut 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tergadah. Sebelum nasi lembik menjadi bubur jadi buatlah sesuatu.

KOMEN PENGUNJUNG BLOG MERAH TINTA MSO (Dipercayai Anggota 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim)


"Sdra penulis cukup lah membuat andaian yang boleh memecahbelahkan perpaduan PAS dan PR. saya bimbang sdra ini sebenarnya "musuh dalaman yang ingin menghancurkan PR" dan sdra juga tidak berani menyiarkan komen komen sebegini.
Anonymous

Pengunjung Blog Merah Tinta MSO


Penulis percaya pembaca yang memberi komen subversif di atas adalah antara 'Stealh Soldier' yang diperintahkan oleh pihak tertentu untuk menyerang Mohd Sayuti Omar atau MSO kerana misi mereka mungkin gagal sekiranya MSO terus membuat pendedahan yang boleh disifatkan kontroversi sepertimana artikel yang ditulis di dalam blognya sepertimana yang dilampirkan petikanya di atas.

Penulis cukup kenal dengan MSO yang juga boleh disifatkan sebagai 'tegas' mengenai perkara-perkara yang melibatkan PAS dan isu-isu tertentu yang melibatkan parti politik tanah air.

Beliau bukan seperti yang lain yang mana senang dicucuk hidung, apa yang beliau merasakan tidak kena dengan PAS beliau kritik, apa sahaja yang tidak kena dengan UMNO pun beliau kritik. Kenapa perlu beliau dianggap 'musuh dalam selimut' sedangkan 'stealth soldier' adalah musuh dalam selimut yang sebenar-benarnya.


baca artikel asal di suaragenerasimuda.com

1 ulasan:

KZSO berkata...

Tuan moderator,
Nak tanya bagaimana tuan moderator buat posting satu paragraf dan kemudian boleh re-direct ke link/window lain ie "sila klik untuk bacaan selanjutnya"

Terima kasih.

kzso
(kzso.blogspot.com)