MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Ogo 2008

Pengakuan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu kenapa Anwar pilih Permatang Pauh


Pengakuan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu kenapa Anwar pilih Permatang Pauh,

Cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh kerana ingin mengalih perhatian terhadap tuduhan liwat, rupa-rupanya memang betul.

Hal ini diakui Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (KKB), Zulkfili Noordin dalam http://zul4kulim.blogspot.com

Menurut beliau, Sebelum ini, Anwar memang ingin bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu (KBB) sekiranya mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Ogos ini selepas petisyen oleh calon Barisan Nasional.

Zulkifli berkata, beliau sudah bersedia melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar walaupun majoriti orang KKB tidak bersetuju beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

“Perlu saya tekankan di sini bahawa mereka yang tidak bersetuju itu bukan kerana tidak mahu DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding di KBB, tetapi mereka khuatir akan berbangkit isu kronisma dalam Pakatan Rakyat nanti bila DSAI, DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) & NI (Nurul Izzah) duduk dalam Parlimen. Dalam keadaan itu ada pulak Lim Kit Siang/Lim Guan Eng & Karpal Singh/Gobind Singh juga duduk dalam Parlimen,” kata Zulkifli.

Menurutnya, beliau memang telah bersedia pada tarikh tersebut (19 Ogos) untuk mengosongkan kerusi KBB.

“Ini telahpun dimaklumi oleh DSAI & pimpinan Pakatan Rakyat. Malahan DSAI dalam pidatonya di Kulim menyatakan bersedia bertanding di KBB setelah Mahkamah mengisytiharkan KBB kosong,” ujarnya.

Zulkifli berkata, namun perkembangan mutakhir menukar perancangan apabila maklumat diterima pada hari Rabu malam bahawa kemungkinan DSAI akan dikenakan pertuduhan meliwat dalam masa terdekat.

“Maka pimpinan PKR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan pilihanraya kecil perlu dibuat segera. Bagi mereka menunggu 19 Ogos mungkin akan terlambat nanti. Sebab itulah keputusan dibuat mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta-merta untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera,” katanya.

Menurut Noordin, beliau satu-satunya orang yang membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya DSAI & pimpinan PKR memikirkan semula keputusan tersebut.

“Namun mereka kekal dengan keputusan tersebut. Walaupun saya sangat sedih namun tetap akur dengan keputusan pimpinan tersebut,” katanya.

Kini sudah jelas cerita sebenar kenapa Wan Azizah kelam kabut melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu dan serta merta Anwar umum akan bertanding di situ.

Semuanya gara-gara pemimpin PKR itu percaya kononnya Anwar akan ditangkap dan dikenakan pertuduhan meliwat sedangkan Zulkifli yang pernah jadi peguam dan membela bekas timbalan perdana menteri itu sebelum ini percaya tidak mungkin ada pertuduhan terhadap Anwar sebegitu cepat.

Beliau tidak bersetuju dengan khabar angin yang menyatakan akan ada tangkapan terhadap DSAI dalam tempoh 48 jam pada Khamis lepas.

“Ini kerana saya sebagai peguam tahu tidak mungkin tangkapan & pertuduhan akan dikenakan terhadap DSAI dalam 48 jam kerana Peguam Negara belum pun menerima kertas siasatan dari pihak polis. Dan apabila menerimanya pun pihak AG perlu menapis & menganalisa semua keterangan & bukti yang dikemukakan polis. Sudah tentu ini memerlukan masa. Apatah lagi timbul isu lapuran Pusrawi yang kelihatannya saperti menidakkan berlaku liwat. Sudah tentu pihak AG akan menyiasat dengan lebih teliti.,” tulis Zulkifli di blognya itu.- 3/8/2008

baca artikel asal di agendadaily.com





3 ulasan:

Unknown berkata...

Anwar = nepotisme
Anwar = kronisme
Anwar sengaja merancang semua ini agar dapat alih perhatian rakyat....Kau ingat rakyat bodoh ke??? Sama-samalah kita tentang Anwar hingga ke lubang cacing...

Unknown berkata...

Anwar adalah VIRUS yang perlu dibunuh. Tiada VIRUS, tiada penyakit. Sebab dia sorang saja, satu Malaysia huru-hara.

Anwar sebenarnya macam pompuan gila meroyan. Dulu kononnya nak jadi PM. Satu step jer lagi jadi PM. Tapi tup-tup kena reject sebab masalah peribadi, rasuah dan salah guna kuasa. Itu yang meracau tak tentu hala tu.. Lari kesana sini... terpekik sana sini macam orang sasau...

Unknown berkata...

aik Ah Chai...mana pelat hang

Sah la ko ni Cina celup...macam mee celup jugaklah

Ha...ha...jangan marah yerk Chai