MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Ogo 2008

Anwar Tekad Bertanding Walaupun Ditahan Polis


Anwar Tekad Bertanding Walaupun Ditahan Polis


BUTTERWORTH, 4 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berada di dalam lokap.

Beliau berkata, dalam apa keadaan sekalipun hasratnya untuk bertanding itu tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Saya tidak tahu sama ada saya akan dibenarkan berkempen atau tidak selepas ini. Sama ada saya masuk lokap atau tidak, saya tetap akan bertanding di Permatang Pauh," katanya pada ceramah perdana PKR di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Ahad malam.

Katanya, bagi mencapai matlamat menyelamatkan ekonomi negara, Pakatan Rakyat perlu cepat bertindak memandangkan keadaan semakin buruk.

Sebab itu beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh kerana beberapa kerusi Parlimen lain seperti Kulim Bandar Baru masih dalam proses menunggu keputusan mahkamah, tambahnya.

Anwar berkata, tidak timbul soal isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengkhianati pengundi di Permatang Pauh dengan meletakkan jawatannya sebagai Anggota Parlimen kawasan itu kerana sejak awal lagi beliau telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Selain Anwar, beberapa pemimpin parti Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah turut berucap pada majlis itu.

Majlis Ceramah Perdana itu merupakan acara pembuka tirai kempen PKR menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan mengundi.

baca artikel asal di Bernama

2 ulasan:

Unknown berkata...

Nik Aziz pernah cakap dulu masa Part Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sosialis (merujuk kepada PRM) adik sikit kepada KOmunis! Jadi, adakah pada kali ini PAS akan bersama dengan PKR dan DAP utk memperjuangkan Anu war? Selain itu, keadaan menyaksikan pemimpin PAS sedar tentang penting Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai Hak Istimewa Melayu. Anu war jubor mmg tolak Perkara 153. Bukti? Dia kecam DEB habis-habisan padahal masa dalam kerajaan dulu, dia yang banyak bagi pink form kepada kroni dia, jasa dari DEB. Kesimpulannya, lidah Anu war jubor ni sama bebrbelit macam konek dia yang tak tahu beza antara lubang laki dan pompuan, sebab dia main taram Wan Azizah, Sukma, Munawar dan juga adik saiful jambu.. Auw...

Unknown berkata...

Hai Anwar, kenapa degil benor kau ni?????? Tempat kau di lokap bukan di parlimen...
mmm ...jangan marah yerr nnt makin tua...