MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jul 2008

Kenapakah Kedutaan Turki Menjadi Pilihan DS Anwar Ibrahim?

Anwar keluar dari persembunyian di Kedutaan Turki..Apa motif bersembunyi di kedutaan asing ?


30 June 2008
Dr Novandri Hasan Basri

Seperti yang penulis ramalkan di dalam artikel sebelum ini, DS Anwar Ibrahim telah mula menggunakan taktik lazim beliau apabila berdepan dengan isu-isu yang mampu mengganggu gugat karier politik beliau iaitu beliau akan MENYAMAN.

CNN.com melaporkan bahawa Anwar Ibrahim mahu menyaman Muhd Saiful Bukari Azlan kerana telah memfitnah beliau.

(Al-Jazeera News pula melaporkan bahawa Anwar Ibrahim turut memfailkan saman kepada kerajaan Malaysia)


Dan janganlah kita terkejut pula jika dalam masa terdekat ini, peguam-peguam Anwar Ibrahim akan meminta standing order daripada mahkamah untuk melarang sebarang bentuk ulasan mengenai isu ini di dalam media.

Alasannya ‘valid’ di dalam bahasa undang-undang iaitu supaya ulasan-ulasan itu tidak mempengaruhi perjalanan dan siasatan kes sodomi tersebut.

Tetapi di dalam masa sama, standing order ini dilihat dapat ‘menyejukkan’ kegawatan yang berlaku akibat isu sodomi ini.

Pastinya, ‘cooling period’ ini merupakan bonus point untuk Anwar Ibrahim dan penasihat-penasihat beliau bagi mengatur strategi politik yang seterusnya.

Surfers sekalian tentu telah masak dengan modus operandi Anwar Ibrahim ini. Realitinya, Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik ’kreatif’ di dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.

Makanya, apa yang benar-benar menarik perhatian penulis kali ini ialah:-

1. Kenapakah Kedutaan Turki yang dipilih menjadi tempat perlindungan Anwar Ibrahim?

2. Apakah kekuatan perhubungan di antara Kerajaan Turki dengan Anwar Ibrahim sehinggakan beliau diterima berlindung di dalam kedutaannya?

3. Sehingga tahap manakah kepercayaan kerajaan Turki terhadap Anwar Ibrahim sehinggakan kedutaan tersebut sanggup berkontroversi dengan kerajaan Malaysia?

Penulis terfikir,

1. Kenapakan Anwar Ibrahim tidak mahu memilih Kedutaan Amerika Syarikat?

2. Bukankah pilihan Kedutaan US ini lebih ‘grandiose’, lebih uummph dan mampu meningkatkan taraf sandiwara beliau ke kelas yang lebih tinggi?

Persoalannya, kenapakah kedutaan Turki ?

Menurut Washingtonpost.com, Kedutaan Turki dipilih kerana Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Dan jika kita layari Washingtonpost.com, Anwar Ibrahim sebenarnya telah menulis satu artikel yang bertajuk A Test For The West In Turkey pada 6hb Julai 2007. Artikel tersebut menyentuh isu pergolakan politik yang berlaku di Turki dan paradigm shift pemikiran politik yang di lakukan oleh parti politik Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP).

AKP diterajui oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim juga telah beberapa kali melawat Istanbul dan Ankara, ibu negara Turki untuk tujuan bertemu dengan Erdogan.


World Movement for Democracy tajaan National Endowment for Democracy (NED), diketuai Carl Gershman, neocon Amerika


Anwar Ibrahim juga merupakan tetamu Recep Tayyip Erdagon dan salah seoarang daripada speaker semasa Forum The Fourth Assembly of the World Movement for Democracy yang diadakan di Instanbul, Turki pada April 2- 5, 2006.

Anwar Ibrahim juga merupakan tetamu luar yang pertama bagi parti AKP selepas pilihanraya Umum Turki tahun 2007.

Dan jika berpandukan kepada perkara-perkara di atas, tidak mustahil untuk kerajaan Turki membelakangi kerajaan Malaysia hari ini.

Akan tetapi, sebagai sebuah negara berdaulat dan berpegang kepada prinsip demokrasi, negara Turki sepatutnya lebih sensitif, tidak bongkak dan menghormati struktur pemerintahan demokrasi perlembagaan negara Malaysia, seperti mana kita menghormati hak negara tersebut.

Yang pastinya, lebih baik kerajaan Turki itu memperkemas dan memperbetulkan negara diri dahulu sebelum berlagak pandai mengganggu hal ehwal negara Malaysia.

Untuk pengetahuan surfers sekalian :-

KEDUTAAN TURKI
Alamat : 118, Jalan U Thant, 55000 – Kuala Lumpur.
Telefon : 03-4257 2225, 03-4257 2226
Faks : 03-4257 2227
Email : turkbe.tm.net

Baca artikel asal di novandri.blogspot.com

11 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Anwar Tak Jadi Umum


sumber mstar

SHAH ALAM: Pengumuman mengenai kerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal tandingi dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan melompat parti, yang dinanti-nantikan banyak pihak tidak menjadi kenyataan malam ini!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut ramai akan mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya dalam pilihan raya kecil tidak berbuat demikian.

Malah, Anwar yang kini berhadapan dengan isu terbaru dakwaan meliwat seorang pembantu khasnya juga menangguhkan hasrat beliau untuk mengumumkan nama empat Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebaliknya kata Anwar, mengambil kira suasana politik semasa beliau akan mengumumkan nama mereka dalam beberapa minggu lagi atas alasan mahu menyelesaikan kes terbaru dihadapinya sekarang.

Beliau memberi jaminan keempat-empat wakil rakyat berkenaan akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya dalam satu rapat umum yang diadakan di Stadium Malawati di sini.

Anwar tiba di stadium itu pada pukul 10 malam dan mula berucap kira-kira sejam bermula 10.15 malam.

Semalam Anwar mengatakan bahawa dua daripada mereka merupakan wakil rakyat Umno.

Dalam ucapannya itu, Anwar berkata, beliau akan turut menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung kes yang menimpanya.

Anwar juga menyentuh isu kesan kenaikan harga minyak, kerajaan tidak telus dan isu yang dihadapinya pada 1998.

Turut hadir dalam rapat umum itu adalah Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; Setiausaha Agung yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa dan Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat tidak hadir.

Petang tadi, Azmin ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen berkata, Anwar akan mengumumkan rancangannya untuk bertanding pilihan raya kecil dan nama wakil rakyat BN terbabit.

Terdahulu, Anwar mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menafikan tuduhan liwat terhadap dirinya oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23.

Beliau percaya, ia merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana dikatakan memalsukan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, 10 tahun lalu.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saya nak tanya sikit. Saya tak lah ada banyak masa nak melibatkan diri dengan cerita parti-parti politik PKR atau BN ke? Saya neutral, tetapi menjadi pemerhati bebas.

Apa lah sangat DS Anwar ke, DS Azizah ke, nak jadi bakal isteri perdana menteri? Tak habis-habis buat kecoh dalam negara Malaysia yang selama ini aman.Apa lah sangat istimewanya jadi perdana menteri tu!

Saya ni seorang hajah dan berkelulusan tinggi. Nak tanya satu soalan,

Kalau DS Anwar jadi PM, tak kan lah imej seorang isteri PM Malaysia sebegitu rupa seperti DS Azizah? Jadi isteri PM pun, mesti ada imej yang berprestig juga. Pakai tudung tu ok,lambang Malaysia sebuah negara Islam. Tapi kalau pakai tudung tak ade style, old style,tak berketerampilan lah nama nya. Lepas tu pakai gloove tangan pula. Isteri-isteri tok arab , boleh lah pakai gloove2 tangan tu, sebab kebanyakan isteri tok arab tak bekerja & tak main peranan dalam politik.

Tapi isteri PM Malaysia, tak boleh macam tu imej nya. Tak dapat buat kerja dengan efficient kalau bergloove tangan.

shahboy berkata...

LAWATI:

brokenthecode@blogspot.com

sama-sama kita memperjuangkan bangsa kita...

brokenthecode@blogspot.com

let fight for our nation and race.. !!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Kepada Hajah yang berkelulusan tinggi... kenapa nk di komen pasal keterampilan DSWA tu, pasal dia lah nak pakai camner pung, hang apa sibuk... berkenaan dgn pemakaian sarung tgn tu toksah lah nk bandingkan dengan org Arab pulak, deme tu tak jumpa ramai org sbb tak terlibat dgn politik..... DSWA ni orang politik jumpa ramai orang tak kira jantan betina.... jd sebagai persediaan kenalah dia pakai sarung tangan...mudah untuk bersalaman...nanti kalu tak salam kata tak islamik pulak, kalu salam nge jantan tak beralas tak islamik jugak... so mana satu nak pakai...
pikirlah sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya sebab utama ini berlaku adalah kegagalan Anwar membentuk kerajaan dan tarikh yang beliau umumkan semakin hampir. Selagi Paklah menjadi PM, peluang PR menubuhkan kerajaan adalah semakin tinggi. Tetapi melihat kepada sifat Anwar yang rakus dan tidak mahu menunggu sehingga PRU13 maka usaha perlu dibuat segera untuk memusnahkan Najib sebab semua parti komponen BN melihat bahawa Najib mampu membaikpulihkan semula BN.
Sekiranya ini berlaku maka, peluang Anwar untuk menjadi PM akan hancur lebur. Anwar takut sekiranya peralihan kuasa antara Paklah dan Najib berlaku awal. Lihat kepada muka isterinya Wan Azizah adakah menunjukkan tanda-tanda orang yang marah; sedih atau bosan - Jawapannya tidak. Jadi dengan CERIA Wan Azizah menunjukkan gambar dalam BlackBerry kepada umum.

Walaubagaimanapun saya teramat yakin Anwar terlibat dalam kegiatan sex songsang sejak pertuduhan zaman TUN M lagi. Tiada syak wasangka langsung.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dalam suatu laporan oleh www.suarakeadilan.com, Anwar menyatakan bahawa Saful Bukhari bukan pembantu khasnya dalam perhimpunan khas malam 1hb Julai. Tetapi, dalam laman parti keadilan dikatakan pembantu khas Anwar telah ditahan pada 28 Jun yang lalu.

Bacalah artikel selanjutnya di Benarkah Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar? untuk selanjutnya!

Tanpa Nama berkata...

Kepada Hajah yang berkelulusan tinggi,

Kepala bapak saper ajar kau pakai glove takleh buat keje dgn efisien? Tgk polis2 wanita kat Iran tu elok pakai glove...siap boleh panjat2 bgn lagi, pull the trigger lagi...kalau glove tu sebabkan dorang takleh buat keje dgn efisien, maka apakah kerja yang memerlukan kita bergerak dgn lebih efisien selain daripada menjadi anggota keselamatan?

Kepada Hajah yang berkelulusan tinggi, hidup jgn jadi jumud! Kepala bapak mana ajar kau smp kau jadi mcm ni ha? Kau anti pakaian tutup aurat ke? Nak bertudung pun nak berfesyen-fesyen. Kau nak tutup aurat ke nak berfesyen?

Kirim salam kat kepala bapak yg ajar kau smp kau jadi mcm ni ye?

Tanpa Nama berkata...

salam

Kenapa Anwar menyorok dekat kedutaan Turki tidak di kedutaan Iran,senang sikit Iran nak jadikan dia tebusan kalau2 Israel serang Iran..tinggal nak sembelih je Anwar ni.

TAKBIR
SALAWAT

Unknown berkata...

kesian- kesian dkt penulis2 semua ni.. mcm2 andaian dan fitnah di lontarkan ckp benda yang tak pasti.. hanya hukum Allah sahaja yg dapat menyelamatkan keadaan negara ni yg kucar kacir.. skrg ni semua masjid dah mula sembahyang hajat kita lihat ape akan jadi.. bala pasti akan turun yg
1) pemimpin yang lebih kejam
2) bala besar seperti gempa bumi tsunami banjir kilat
3)kekurangan minyak dan makanan
4)reformasi dan lain2

ini semua bala Allah.. Ingat!! sebagai manusia kita kena taat dan ikut perintahya

FikirFikir berkata...

wahai pencipta blogger ni... insaf la dosa yg ko buat adalah lebih besar diri membunuh... ape yg aku tgk dgn video ko tu semua takde bukti sahih semua ko tunjuk gambar dan bercerita.. tak semestinya ko salam dgn org bkn islam ko dah jadi tak islam... fikirlah.. anwar dpt perhatian diluar negara krn dia mangsa kezaliman.... tuduh liwat, rasuah dah terbukti tak de sbb tu dia bebas dan mahkamah sendiri kata ade bentuk konpirasi.. skg ko boleh
tgk sendiri mcm mane najib berbohong mula2 dia ckp saiful jumpa kat pjbt 3bulan yg lalu utk dpt biasiswa padahal saiful dah tak
belajar lagi kat UNITEN sbb cgpa 1.0++ je dah kuar pun UNITEN mcm mana pulak boleh dpt biasiswa....
org dpt biasiswa kat malaysia cuma pelajar cemerlang je... satu lagi fakta apasal nak gi pejabat TPM utk dptkan biasiswa gi lah ke JPA, kementerian pelajaran ke.. mara.. etc... Allah maha adil ... najib dah mengaku saiful ade jumpa dia sebelum buat laporan ke polis...ha kenapa perlu jumpa najib????? pikirla sendiri.... wahai pengokong
UMNO bertaubat berzikirlah semoga
Allah tunjukkan jln kepada mu.. jgn
terlalu tabsuk kepada umno bukan malaikat yg boleh menyelamatkan kamu di dunia dan di akhrit...
jangan sesekali tgglkan solat ... aku seorang pelajar aku tgk skg banyak budak-budak dah abaikan solat termasukkan kelas aku sendiri
kurang 10% pelajar solat...aku nampak ni sbb dlm waktu magrib jika masa ade kelas waktu rehat solat ramai yg tgglkan.. solat tiang agama... aku risau jika perkara ni
berterusan di Malaysia Allah akan tarik balik nikmat keamanan ni dan
di turunkan bala bencana... Allah Maha Besar...

Azan berkata...

saya pernah berkerja dgn ds wan azizah pernah saya usulkan satu isu mengapa ds wan azizih tidak mampu menjadi presiden dan akibat statement itu ruangan komen ds anwar telah dipadam serta merta dan ceritanya begini... ds wan azizah ada program di sebuah negeri di perak selesai program ada seorang hamba allah membawa buah durian dari kg untuk diberikan kpd ds wan azizah sekeluarga tapi dengan selamba wan azizah berkata " tak payahlah nanti kereta berbau " dari riak air muka org itu saya tahu yang dia kecewa ialah susuh-susah bwk durian dari kg pulak tu menyedari kesilapan itu pa ds wan azizah iaitu faekah menegur beliau dgn sopan dan dari sini kita tahu emosi dan pemikiran ds wan azizah sgt lemah dan sebenarnya tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin