MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jul 2008

Campur tangan Satan Besar Amerika Dikecam dalam kes tuduhan Anwar


Tuesday, July 1, 2008

Usaha America campur tangan dalam kes tuduhan liwat Anwar adalah usaha jahat negara yang yang sudah terkenal kejahatan nya di peringkat dunia. Kepada Tom Casey jurucakap US State Department yang menghina kerajaan malaysia dan rakyat Malaysia dari segi sistem bernegara , kita kata kepada Amerika laknatullah , 'Go to Hell america" atau 'Pergi jahanam America'.

Percubaan campur tangan America dalam kes domestic atau kes tempatan sesebuah negara ummat Islam telah banyak membawa bencana kepada ummat Islam dan di harap tiada di antara kita yang bertindak bodoh pergi mengadap Emperor Bush untuk mendapat bantuan politik. Lihat saja campur tangan di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan Somalia semua nya membawa bencana yang merugikan ummat Islam.


Kes tuduhan liwat Anwar perlu di selesaikan dengan undang undang Malaysia dan sistem pelaksanaan keadilan Kerajaan Malaysia kerana kita tidak ada pelembagaan yang di setujui bersama melainkan undang undang negara walaupun ramai menganggapnya korup dan penuh dengan tidak keadilan.


Jurucakap US state deparment , Tom Casey telah dengan secara 'direct' memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan sudah tentu juga rakyat Malaysia agar tidak 'menyiksa' Anwar Ibrahim dengan penyiasatan yang' bermotifkan politik'. Kita rakyat Malaysia menganggap statement in adalah BIADAP dan MENCAMPURI URUSAN negara lain yang tidak ada kena mengena dengan Amerika laknatullah. Kita bukan nya jajahan Amerika dan kita tidak pernah menyuruh Amerika menjadi polis antarabangsa yang menentukan salah dan betul dalam memerintah negara kita.

Amat malang kalau ada pihak rakyat Malaysia sendiri yang menjemput america untuk campur tangan dalam hal ehwal negara kita. So , go to hell america. You yourself deserve to look at how you run justice in Iraq , Afghanistan, Pakistan , Somali and Gauntanamo.

Kes tuduhan liwat Anwar sudah pun di jangka kerana Anwar adalah musuh kepada sesetengah pihak di Malasyia. Tuduhan dari seorang bekas pembantu Anwar juga adalah sensational tetapi walau se sensational mana pun kes ini , ia tidak perlu menjejaskan keamanan negara dengan menjemput Amerika untuk membuat statement mencampuri urusan negara kita. Kita telah merdeka lebih dari 50 tahun dan kalau rakyat dan kerajaan masih lagi tidak tahu menyelesaikan krisis yang di alami maka elok lah kita merasa malu kepada anak cucu kita.

Saya terbaca satu ungkapan pantun di dalam laman blog anwar yang amat menarik. Pantun itu adalah jawapan kepada pemantun terkenal Hashim Gera. Allahyarham YB Hashim Gera, bekas Ahli Parlimen Pas daripada Perak yang petah berpantun tatkala berhujah di Parlimen pada era 60-an dan 70-an. Hinggakan Speaker Dewan pada ketika itu, Allahyarham Tun Syed Nasir juga begitu teruja tiap kali Allahyarham Hashim berpantun menggamat Dewan.

Maknanya lebih kurang kalau hendak di panggil pahlawan muda janganlah risau dengan luka tercalar di badan kerana ia syarat menjadi pahlawan penuh. Hebat sungguh saudara Anwar dalam berpantun. Memang beliau orang sastera.



Anak burung terbang mendada,
Jatuh cedera patah sayapnya,
Andai tersinggung hati ayahanda,
Kemaafan jua anakanda pinta.


Ha.. Ini jawab saya:

Anggerek disuntik si gadis manja,
Disemat kebaya hati ternoda,
Adat berpencak pendekar muda,
Tercalar badan syarat perwira!


ANWAR IBRAHIM

Nah , sekarang maruah Anwar telah tercalar dan Anwar perlu menjadi Pahlawan sebenar dan buat lah yang apa yang patut sebagai seorang Pahlawan Melayu atau Pahlawan Rakyat untuk berjuang mempertahankan maruah. Bersihlah diri dan maruah dengan penuh semangat kepahlawanan dan pasti anda menang dalam pertarungan ini.

Saya pun tidak berapa setuju dengan tindakan saudara Anwar pergi berlindung ke rumah Ambassador Turki. Buat apa kita menumpang ke rumah orang lain. Kan rumah kawan kawan kita banyak. Walau pun terdapat tuduhan bunuh atau tembak, bukan kah dasar pahlawan tidak takut badai dan onak dan duri. Bukankah Pahlawan Melayu tidak takut mati dalam berjuang.

Ada orang menganggap saudara Anwar dengan gelaran Sang Raja Wali. Burung besar yang terbang tinggi dan dapat menyambar kehidupan walau sebesar manusia untuk di makan. Saya tak berapa minat nak gelar orang yang hebat macam mana pun sebagai Sang Rajawali. Cukuplah kita menggelar orang yang berjuang ini sebagai orang yang berjuang dan itu pun dah hebat.

Sekarang Sang Rajawali sudah berdarah di panah dan saya merasakan Sang Rajawali akan mengerakkan kepak nya sehingga berterbangan habuk naik kelangit dan suara Sang Rajawali akan bergema saperti hala lintar.

Bagi saya bukan saja Saiful Bahari patut di dakwa tetapi juga ummi Hafilda ( kalau tak silap nama nya) sepatutnya turut di dakwa kerana menuduh perkara yang sama dan sama berat. Saya pun tak tahu mengapa penuduh liwat di zaman Mahathir dahulu tidak di dakwa termasuk Mahathir sendiri yang menyokong tuduhan itu. Sepatutnya semua mereka yang pernah menuduh Anwar di dakwa oleh Anwar kerana perkara itu sama dari segi kemusnahan maruah dan kesan politik nya kepada Anwar Ibrahim.

Saya harap perkara ini perlu lah di selesaikan oleh polis dan perundangan Malaysia supaya semua pihak yang bersalah , samaada besar atau kecil di hukum dengan setimpalnya. Yang peliknya pula ialah mengapa dalam lapuran polis terkini oleh Anwar lebih banyak berkaitan dengan dakwaan skandal pemalsuan kes melibatkan Patail dan Musa bukan nya kes tuduhan liwat Saiful Bahari .

Hanya Allah yang mengetahui perkara sebenarnya dan kita mendoakan agar Allah menyelamatkan kita dari di fitnah sebegini rupa.

Berikut adalah laporan star berkaitan campurtangan Amerika dalam kes tuduhan liwat ke atas Tan Sri Anwar.

KUALA LUMPUR: Washington has warned Malaysia against any "politically-motivated" investigation or "prosecution" of PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

According to an AFP report, Tom Casey, spokesman for the US State Department, is quoted as saying:

"The main point for us is that the rule of law needs to stand above politics. And we would certainly oppose any use of law enforcement or judicial procedures for anything other than legitimate purposes of the law."

Adding that Anwar had faced similar charges in the past and his conviction was overturned, Casey added, "So, we would hope that there's not a pattern here.

"But, certainly, we would be concerned that anything that is done be done in a way that is appropriate, that is a legitimate investigation of charges that might exist under Malaysian law, and would not be anything that was a politically motivated investigation or prosecution."


baca artikel asal di Tranungkite.net

7 ulasan:

zalwani berkata...

membaca artikel ini membuatkan saya berfikir sejenak dan meletakkan diri saya sebagai dsai bagi menjawab soalan2 di dlm artikel ini(buat pengetahuan pembaca yg lain.. saya bknlah peminat dsai tapi skdr memberi pandangan)
1} kenapa bersembunyi?
-krn dulu beliau pernah mengalaminya. arahan tangkapan dikeluar terlebih dahulu sebelum dakwaan. bukti belum diterima, kesalahan belum dibicara tetapi beliau dikurung dan diseksa.manusia mana yg sanggup mengalami mimpi ngeri buat kali kedua. bagi saya ini tindak balas yg normal sbg seorg manusia.. krn beliau tdk mempunyai apa2 kuasa di malaysia ini, maka tak perlulah kita mempertikaikan soal kepewiraanya.saya kira penulis sendiri tdk mempunyai keberanian utk tampil dimenegakkan keadilan sekiranya ia arif dgn rentak keadilan di malaysia. culture malaysia dan pemikiran rakyat malaysia.. tdk sehebat mana. malaysia adlah negara dunia ketiga!!(ini berlakupun krn malaysia penuh dgn manusia yg tamak haloba dan krg demokrasi)
2) kenapa kes ghani patail & musa hassan tdk saiful?
kerana siapa saiful... dia budak hingusan yg kita tdk tau kbnrnnya. hasil siasatan msh belum keluar.
dan siapa pula ghani dan musa! mrk org berkuasa di dlm undang2 dan mahkamah.org pertama yg akan mengarah tangkapan adalah musa, dan org pertama yg mendakwa adalah ghani.jadi kesimpulannya...you all pikirla sendiri!

AIDC berkata...

kenapa sembunyi ?

Zalwani kata-"krn dulu beliau pernah mengalaminya. arahan tangkapan dikeluar terlebih dahulu sebelum dakwaan. bukti belum diterima, kesalahan belum dibicara tetapi beliau dikurung dan diseksa."

saya kata "semak balik sejarah sebab musabab anwar ditangkap 1998

1.Kaji balik sejarah, dulu anwar ditangkap kes rasuah atau kes liwat ? Jawabnya kes rasuah

2. Anwar ditangkap, sehari lepas report polis dibuat? Jawabnya BUKAN

3. Anwar ditangkap kerana report polis ? TIDAK.Anwar ditahan kerana cubaan menghasut. Anwar tuduh bukan2 kpd kerajaan. Rakyat memberontak. Demonstrasi mula semarak di KL. Kalau Anwar tak mulakan siri ucapan menghasut dan rakyat tidak merusuh, Anwar tak ditangkap. Orang lain pun ramai dikenakan report polis tapi tidak ada tindak balas macam Anwar, tunggu hasil siasatan, pendakwaan & mahkamah. sebab itu tiada tangkapan.

4. Sama tak kes 1998 dgn 2008 ? Tidak sama. 2008, petang laporan polis, sebelah malamnya anwar bersembunyi. Kenapa Anwar ramal dirinya ditangkap?. Selepas 2004, ada beberapa report polis lagi dibuat ke atas Anwar. Kenapa Anwar tak takut dan tak lari diri ?. Kenapa pula KES LIWAT, anwar benar2takut?

5. bersembunyi adalah satu teknik. Banyak lagi teknik lain yg lebih berkesan. Benar kata Ibrahim Ali(IA), tindakan Anwar bersembunyi 'over acting'. Kata IA, Anwar tak perlu takut, hadapi dgn tenang. Kalau takut hadapi siasatn polis, IA sedia temani dan AI kata dia sanggup dipenjarakan sama2 dgn Anwar, kalau polis benar2 tak ikut prosedur.

6. Teknik lebih berkesan drp bersembunyi adalah jumpa tok guru, bersumpah dgn Al Quran di mana2 masjid, Anwar tak meliwat. Kenapa Anwar tak percaya kpd tok guru dan sedia pilih jalan agama ?

Zalwani kata "krn beliau tdk mempunyai apa2 kuasa di malaysia ini, maka tak perlulah kita mempertikaikan soal kepewiraanya"

saya kata, keperwiraan bukan diukur pada kuasa kerana Anwar pernah kata, "kalau takut terima risiko, usah bicarakan soal perjuangan". Mana perginya slogan itu ketika ini ?

1. Anwar nak kuasa dulu baru nak tunjuk keperwiraannya. Anwar sudah dapat kuasa dulu, pernah jadi TPM dan setapak lagi ke kemuncak kuasa. Apa yg Anwar lakukan ketika dapat kuasa dulu?

2. Kenapa Anwar tak jadi PM 1998, walhal seinci saja lagi. Jawabnya sikap anwar tidak sabar. excited bila dapat kuasa. Kutuk PAS, kutuk tok guru,terlebih2 pulak.. sebab itu ALLAH takdirkan Anwar tak jadi PM

3. Sebab tu, 2008 Anwar sekali lagi ghairah nobat diri jadi PM. Siap ramal lagi akan jadi September ni. Jangan terlalu taajub dengan kehebatan diri sendiri seolah2 ambil kuasa Tuhan boleh ramal apa berlaku September. Sebab tu, PAS tegur, jangan excited, jangan guna kaedah 'tidak halal'..belajar semula apa berlaku 1998..

4. Anwar pejuang demokrasi serata dunia. Anwar suruh umat terima demokrasi. Tetapi kenapa dlm kes jadi PM, anwar lupakan demokrasi, menolak demokrasi semata2 kepentingan diri sendiri. Cara anwar tidak adil dan lebih kpd 'teknik halalkan cara'..

5. Kalau Anwar sedar dia tak ada kuasa, alhamdulillah, syukur. Tetapi betulkah anwar sedar? Bukankah dalam setiap ceramah kita masih terasa seolah2 sikapnya masih 'macam menteri kewangan' atau 'TPM'?.

6. Kalau Anwar sedar tak ada kuasa, baguslah. Elok ada 'limit' tuduhan2 anwar semasa ceramah. Harus ada perbezaan kuasa antara 'de facto', Presiden & MT. Jangan Anwar gila kuasa dan overrull semua kuasa. Sedar diri dan sedar kedudukan.

Zalwani kata "culture malaysia dan pemikiran rakyat malaysia.. tdk sehebat mana. malaysia adlah negara dunia ketiga!!(ini berlakupun krn malaysia penuh dgn manusia yg tamak haloba dan krg demokrasi)"

1. Tunjukkan mana negara yang paling hebat?

2. Amerika ? Kaji balik kes WTC. Siapa dalang? Amerika ceroboh negara lain, demokrasi ke? Amalan diskriminasi kaum kulit putih & kulit hitam ? Security Act ?

3. Seburuk2 Malaysia, saya rakyat Malaysia. Seperti kata pepatah, 'hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri'

~MataHatiJohor~ berkata...

Kenyataan Ezam Md Noor sebelum timbul tuduhan liwat terbaru ini bahawa "Anwar bukan seorang Muslim yang baik" amat relevan dengan kes ini.

Ezam seorang penyokong setia dan amat rapat dengan Anwar. Adalah tidak mustahil bagi seorang yang rapat seperti Ezam mempunyai maklumat @ pun terhidu perangai dan kegemaran sebenar bekas Idolanya itu.

Bila timbul kes liwat terbaru ini dan apabila diajukan soalan kepada Ezam, beliau menjawab "saya tidak mahu komen kerana ia boleh mengaibkan seseorang. Sdra boleh tafsirkan sendiri kata-kata saya ini." Jawapan ini seolah-olah menunjukkan Ezam meyimpan suatu rahsia besar tentang penglibatan Anwar dalam gejala liwat meliwat ini.

Tetapi Ezam menegaskan, "Tetapi jangan cabar saya. Sekiranya saya dicabar sehingga menjejaskan kredibiliti saya, maka saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan segala-galanya."

Dari kata-kata Ezam ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku. Bagi yang cenderung untuk menuduh, kenyataan Ezam ini lebih menguatkan prasangka buruk terhadap Anwar.

Ezam Md Noor yang telah kembali kepangkuan UMNO adalah satu dari individu yang mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan plot cerita yang telah dimulakannya sendiri.

Semoga ada pihak yang berani mencabar kredibiliti Ezam sehingga memaksa beliau mendedahkan keseluruhan cerita dan pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang perjuangannya bersama Anwar Ibrahim Si Penggila Kuasa itu.

Tanpa Nama berkata...

Ezam kata,
"Saya bukan jenis orang yang suka
mengaibkan orang lain..."

Tanpa Nama berkata...

Zalwani kata "culture malaysia dan pemikiran rakyat malaysia.. tdk sehebat mana. malaysia adlah negara dunia ketiga!!(ini berlakupun krn malaysia penuh dgn manusia yg tamak haloba dan krg demokrasi)"


jika ini mentaliti yang ada dalam diri, sesungguhnya bangsa kita berada dalam bahaya.

wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong saudara ezam!

Tanpa Nama berkata...

saya tak kisah pemimpin saya gay (suka lelaki), kaki perempuan, ataupon biseksual..

saya tak kisah "mereka" ini mahu mengaut keuntungan dari hasil penat lelah "mereka" mentadbir penat lelah kami. (walaupun kadangkala persen kautan "mereka" melebihi persen elaun dan overtime kami)

asalkan kebajikan saya sebagai rakyat terbela.. sudah pasti saya dapat jalankan tugas saya sebagai rakyat yang berguna dan bersyukur..

persoalannya : terbelakah rakyat di saat ni? atau sebenarnya saya yg terlalu manja n terlalu bergantung kepada subsidi dan mengharap simpati?