MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Jul 2008

Bekas Aktivis Keadilan, Hamdan Taha Cabar Anwar Ibrahim



Bekas Aktivis Keadilan, Hamdan Taha Cabar Anwar Ibrahim

“Saya cabar Anwar untuk bersumpah bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful Bukhari! Kita beri Anwar tempoh seminggu untuk membersihkan namanya. “

Demikian petikan ucapan Hamdan Taha yang diberikan ruang untuk berceramah di tapak perkarangan pejabat KEMAS Sri Manjong Perak malam tadi sebelum Ezam memulakan ceramahnya.

Duduk dari kiri Hamdan Taha, Mohamad Ezam Mohd Nor, Datuk S. Nallakaruppan dan S.D. Johari Mohd Yasin. Berdiri dari kiri, Mohd Nazmi Rosli, Azwanddin Hamzah, Khairul Annuar Ramli dan Ahmad Daud Che Ghani


Kalau Anwar benar benar anak jantan beliau harus berani tampil dan nyatakan dihadapan khalayak ramai bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya” tambah Hamdan

sebagai seorang muslim kita punyai pelbagai kaedah untuk melakukan sumpah dan saya percaya dalam isu besar ini kita ada beberapa tokoh agama, seperti ulama dan mufti mufti boleh membantu melaksanakan upacara ini, kenapa Anwar harus takut jika inilah peluang untuk beliau bersihkan namanya..?” desak Hamdan lagi.

Nota : Hamdan Taha merupakan salah seorang pengasas Keadilan yang ditubuhkan pada 4 April 1999. Bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Malaysia (Keadilan. Bekas ketua Keadilan Bahagian Teluk Intan dan juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Keadilan Negeri Perak

baca artikel asal di medan info kita blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bosan dgn Anwar...

Tanpa Nama berkata...

kegiatan anwar akan terbongkar jua