MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jun 2008

Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007



Video ini memaparkan 'Perjanjian Damai' di antara Palestin (Abbas) dengan Israel (Ehud Olmert) dikenali sebagai Annapolis Summit 2007. Perjanjian ini anjuran Presiden Bush seumpama perjanjian "The Camp David" anjuran Presiden Carter yang telah menemui kegagalan.

Semasa berucap, Abbas menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan Olmert berucap dalam bahasa Hebrew (Yahudi), walaupun Perdana Menteri Isreal itu tahu berbahasa Inggeris.

Adakah Olmert ingin beritahu rakyatnya bahawa "plan damai" itu lebih menguntungkan Israel ?


STEVEN CLEMONS dalam The Washington Note mengesahkan ANWAR IBRAHIM, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut sama menandatangani surat 'sokongan' deklarasi "Annapolis Summit" kepada Presiden George W. Bush dan Secretary of State, Condoleezza Rice, pada 10 October 2007.

ANWAR IBRAHIM dilaporkan telah menandatangani surat 'sokongan' deklarasi itu sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT, bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation dan lain-lain lagi.

Semua nama-nama itu merupakah bekas-bekas tokoh berpengaruh kerajaan Amerika dan tokoh luar negara yang pro Amerika.

Sudah semestinya tokoh-tokoh Amerika itu sudah mengenali siapakah Anwar Ibrahim dan mengetahui atas alasan apa bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut dijemput menandatangani surat deklarasi itu.

Persoalan :

1. Anwar Ibrahim mewakili kepentingan pihak mana dalam menandatangani surat 'sokongan' deklarasi Annapolis Summit itu ? Kepentingan Kerajaan AMERIKA atau Negara ISLAM ?

2. Atas kapasiti apa Anwar tandatangani surat itu ? Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP)atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ?

3. Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah negara yang SAH ?



4. Kenapa majoriti yang menandatangani deklarasi itu terdiri daripada tokoh-tokoh Amerika yang bukan beragama Islam ? Hanya Anwar dan 4 lain beragama Islam sedangkan 77 orang pula bukan beragama Islam ?

5. Kenapa deklarasi sokongan Annapolis Summit diketuai 8 tokoh yang berpengaruh di Amerika iaitu Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker, Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C Sorenson dan Paul Volcker?

6. Kenapa nama Anwar dimasukkan sebagai senarai kedua bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council ?

7. Adakah badan-badan perisikan, penajaan dan ejen seperti yang disenaraikan di atas sebelum ini pernah terlibat secara langsung (overt) dan tidak langsung (covert) ke atas negara-negara Islam ?

8. Kenapa pula negara Syria dan HAMAS serta majoriti penduduk Palestin menentang 'pelan damai' itu yang dianggap sebagai sangat menguntungkan Israel ?



9. Benarkah dakwaan HAMAS mengatakan Ayatollah Sayed Ali Khamenei (Iran) tidak bersetuju dengan Annapolis Summit dan menyeru dunia Arab memboikotnya.

10. Benarkah Anwar bersama empat orang Islam itu sangat pro-Amerika hingga sanggup membelakangkan kepentingan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin yang beragama Islam?

11. Betulkah dakwaan laman web Moon of Alabama menuduh yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar, (Foundation For The Future)merupakan grand design Amerika untuk bantu bekalkan senjata kepada kumpulan ABBAS (FATAH) menentang kumpulan HAMAS ?

Kumpulan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin menolak 'pelan damai' Annapolis Summit


12. Kalau tuduhan laman web Moon of Alabama tidak benar, kenapakah STEVEN CLEMONS,(salah seorang penandatangan surat deklarasi Annapolis Summit 2007) dalam The Washington Note mengesahkan Foundation For The Future merupakan tajaan AMERIKA menjalankan operasi misteri yang hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika ?

13. Kalau Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICJ)yang dipegang oleh Anwar sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?

14. Bukankah usaha AMERIKA 'mendamaikan' antara Ehud Olmert (Israel) dan Abbas (Palestin)sebagai usaha untuk menafikan kemenangan kumpulan HAMAS yang pernah memenangi pilihanraya Palestin sebelum ini ?.

15. Bukankah 'perjanjian damai' antara Israel dan kumpulan Abbas bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati kumpulan HAMAS kepada Abbas ?

16. Apakah bermaksud, dengan termenterai perjanjian ini, Israel boleh cuci tangan kerana peperangan akan terus berlarutan sesama Islam iaitu antara HAMAS dan FATAH.



17. Kalau begitu, betulkah dakwaan mengatakan "Abbas" merupakan Presiden Palestin, BONEKA Israel dan Amerika ?

18. Betulkah dakwaan Ahmadinejad, Presiden Iran mengatakan Annapolis Summit merupakan projek Amerika yang gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam ?

19. Kalau benar, Israel sudah mula 'angkat bendera putih' dan mahu berdamai dengan negara-negara Islam, kenapakah Israel hasut Amerika supaya serang Iran yang didakwa mempunyai senjata nuklear?

20. Jadi, apa sebenarnya KONSPIRASI di sebalik tabir sedang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Anwar Ibrahim yang turut membawa imejnya sebagai "Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia"?








Anda mempunyai Mr Google & Mr yahoo, selamat mencari jawapan-jawapannya kepada persoalan-persoalan di atas...

Sila lihat dua artikel sebelum ini yang mungkin mempunyai perkaitan bertajuk " Yayasan Hantu : Foundation For The Future" dan Israel ancam akan serang Iran pula.

Rujuk juga video jawapan U.S Department mengenai Foundation for the Future




AnwarIbrahimDotCom
21 Jun 2008



8 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

satu saja kata kata saya :

MANTAP !


Tapi tidak ada pembela anwar berani datang sini..

Mungkin takut iman lemah hehehe

perfectman2017 berkata...

Siapa Anwar sebenarnya, kenapa dia sering kali terlibat dalam isu-isu antarabangsa, kenapa Amerika sering menjemput dia? Sila dedahkan kesemuannya! Biar rakyat Malaysia tahu siapa Anwar sebenarnya, adakah Malaysia akan mengikut telunjuk Amerika jika Anwar menjadi PM?

Cheguman berkata...

Ada sorang tersesat hari tu. Sekarang dah hilang. Tak taulah samada makin sesat atau dah kembali ke pangkal jalan.

MalayJessyJames berkata...

more info about DSAi
http://www.geocities.com/freedom_malaysia/

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera..


Bagi sesiapa yang percayakan Al-Quran sila rujuk pada Surah Mumtaha(60) Ayat 9 dan Ayat 13.
Saya bukanlah ulama tetapi pernah terjumpa tafsir berikut.

Untuk mendapat keredhaanNya.

Bismillah Ar-Rohman Ar-Rohim

60-9 Allah melarang mengjadikan yang memerangi Islam sebagai kawan

60-13 Janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah.

Hanya Allah yang lebih mengetahui...

sheena berkata...

Obama has no choice as President anyway. If he goes against Israeli wishes, he's get assassinated anyway (like John F. Kennedy).He desperately needs Jewish American votes anyway.

atok berkata...

Stupid posting....hanya mengelirukan pembaca. Saudara mempunyai berbagai2 persoalan. Adakah saudara terlalu bacul untuk bertanya sendiri pada saudara Anwar Ibrahim. Saudara lah musuh dalam selimut. Menimbulkan syak wasangka sesama islam. Menjatuhkan saudara sesama islam dengan hanya pandai menimbulkan persoalan dan memberi persepsi buruk. Mengapakah tidak saudara sendiri mencari jawapannya? Jangan hanya pandai bermulut celupar dan menuduh. Cari jawapan dan ketengahkan...itu baru digelar fakta. Meninggalkan persoalan dan persepsi saudara sendiri hanya memburukkan keadaan. Lantas ada sahabat terus kluar ayat quran utk menyokong saudara. Inilah yang dipanggil menyeleweng ajaran quran. Belumpon fakta timbul, tiada hujah jelas, berlandaskan hanya fitnah.....hakim tahu keputusan kes? Fikirlah sendiri.

Ali Abdullah berkata...

Johnrush,

Saya tak tau nak bagi salam kat saudara ke tak? Sebab takde orang islam yg bangga sangat guna nama kafir tu! Kenapa tak gunakan John Doe? Pulak tu saudara pandai cakap pasal islam kat kitorang. Bullshit!

Saya sangat setuju dengan tindakan moderator yang meletakkan pelbagai soalan beserta DENGAN BUKTI di atas supaya orang yang Jumud macam saudara ada peluang untuk berfikir sejenak.

Dengan pelbagai keterangan dan bukti di atas, apakah orang seperti saudara tidak tahu hendak berfikir, atau malas untuk membaca dan mengamati video tersebut? ke mana letaknya logik pemikiran saudara jika keterangan moderator yang disertakan dengan Video pun tidak memadai untuk buat saudara percaya?

Sebagaimana yang kita sudah maklum, orang seperti saudara adalah BUTA dan TULI. Saudara tidak dapat melihat dan mendengar akan kebenaran tentang perkara yang saudara puja. Saudara cuma tahu berkata-kata dan menyuarakan apa yang saudara percaya sahaja tanpa mendengar kepada usaha orang membuat penyelidikan dan pencarian fakta dalam apa yang diperkatakan.

Tidak ada bukti yang boleh mengubah pendirian saudara.. Jika saudara tidak suka dan tidak mahu mendengar, lebih baik saudara masuk sahaja ke sekolah orang buta atau buat satu ritual untuk memuja pemimpin yang saudara sanjung itu. Sebab bagi saudara pemimpin itu adalah dewa, tidak pernah salah.
walau sedikitpun.

Akhir sekali, kalau saudara tak suka tidak perlu merendahkan penat lelah orang lain dalam membuat research dan berusaha untuk mencari kebenaran. Saudara dengan segala hormatnya boleh Blah!!