MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Nov 2009

PKR Papar ancam bubar

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my

PAPAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus dilanda krisis apabila Bahagian Papar mengancam akan membubarkan bahagian itu sekiranya pucuk pimpinan parti mengekalkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ahmad Thamrin Jaini.

Bahagian itu memberi tempoh dua minggu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Ahmad Thamrin dengan bekas Naib Presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Ketua Bahagian PKR Papar, Sylvestor Balon Mujin mendakwa Ahmad Thamrin tidak layak memegang jawatan itu dan ditentang oleh lebih separuh daripada 25 bahagian di negeri ini.

“Kami memberi tempoh dua minggu dan jika tiada perubahan, PKR Bahagian Papar akan dibubarkan dan kami akan keluar parti secara beramai-ramai,” katanya kepada media, di sini semalam.

Rabu lalu, Jeffrey meletak jawatan Naib Presiden PKR tetapi kekal sebagai Ketua PKR Bahagian Keningau. Liew meletak jawatan ahli Majlis Tertinggi PKR tetapi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua PKR Bahagian Kota Kinabalu.

Jeffrey mengemukakan surat peletakan jawatannya melalui e-mel kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Liew melalui SMS yang disusuli dengan surat.

Jeffrey yang juga adik Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dikatakan mengambil keputusan itu kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin manakala Liew tidak berpuas hati dengan pelantikan Datuk Kong Hong Ming bagi menggantikannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Julai lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu belum memutuskan untuk keluar parti dan menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) atau pembangkang lain.

Krisis PKR bermula selepas pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan negeri yang ditentang 18 bahagian di Negeri di Bawah Bayu yang membawa kepada pelantikan Ahmad Thamrin.

Sylvester berkata, bahagian itu akan mengemukakan memorandum kepada pucuk kepemimpinan parti sebagai tanda menentang pelantikan Ahmad Thamrin.

Katanya, keputusan itu diambil selepas mesyuarat tergempar bahagian itu di sini, semalam dan dipersetujui oleh semua Ahli Jawatan-kuasa (AJK) bahagian.

“Mesyuarat ini bukan untuk meninggalkan parti, sebaliknya memutuskan untuk membuat perubahan (pelantikan Pengerusi Perhubungan negeri) dan jika permintaan kami ditolak kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR,” katanya.

sumber - berita harian

8 bahagian PKR Sabah tidak hadir

KOTA KINABALU 31 Okt. - Krisis kepimpinan yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah tidak menunjukkan tanda akan reda apabila lapan ketua bahagian parti itu tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri yang dipengerusikan oleh ketua perhubungan baru, Ahmad Thamrin Jaini.

Lapan ketua bahagian yang tidak hadir tersebut termasuk Ketua Bahagian Keningau, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang meletak semua jawatan dalam PKR Pusat baru-baru ini.

Bahagian-bahagian lain yang tidak hadir adalah Beaufort, Putatan, Batu Sapi, Tenom, Sandakan, Sepanggar dan Semporna.

Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew yang mengikuti jejak Jeffrey meletak semua jawatan dalam PKR pusat juga tidak menghadirkan diri, sebaliknya hanya menghantar wakil.

Thamrin bagaimanapun menafikan ketidakhadiran para pemimpin itu sebagai tanda protes terhadap pelantikannya.

"Mungkin dia (Jeffrey) sibuk dan sedang bercuti, dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya tadi, kamu mahu lihat?

''Yang lain pun ada menghantar SMS menyatakan sokongan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri di sini semalam.

Dalam pada itu, Thamrin menjelaskan, semua ketua bahagian yang hadir pada hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikannya.

"Kita sudah mesyuarat tadi, semua sokong penuh dan ada yang lain telefon mengatakan dia terima keputusan dan menyokong kerana pucuk pimpinan sudah membuat keputusan.

"Lagipun untuk makluman semua, sewaktu mesyuarat MPN yang dipengerusi Azmin Ali baru-baru ini, kita sudah membuat keputusan sebulat suara menyerahkan mandat kepada Presiden melantik pemimpin yang baru," ujarnya.

sumber - utusan




Tiada ulasan: