MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Nov 2009

Dr Asri mangsa percaturan politik Anwar Ibrahim

Oleh Anwarisme

Bekas Mufti Perlis diangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor malam tadi selepas menyampaikan ceramah kepada hampir 1, 000 orang di Ulu Klang. Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut ialah wakil rakyat PKR Dr Zuraidah dan Shaari Sungip.

Utusan melaporkan bahawa tangkapan tersebut mungkin ada kena mengena dengan dakwaan Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi. Namun wajarkah mereka yang berfahaman wahibi ditangkap. Malah tiada undang-undang yang membolehkan mereka yang berfahaman wahibi ditangkap.

JAIS juga tidak boleh menahan Dr Asri menyampaikan ceramah tanpa tauliah kerana ceramah disampaikan di banglo milik persendirian bukannya di masjid atau surau.

Lebih aneh bagaimanakah JAIS menangkap penceramah dalam majlis anjuran parti pemerintah negeri?

Ini tidak lebih merupakan satu lagi taktik Anwar untuk mengalih tumpuan umum terhadap perbicaraan beliau yang akan berlangsung minggu ini.

Menggunakan jentera PKR yang bersahabat dengan Dr Asri untuk menyampaikan kuliah isyak di rumah, mereka akhirnya mengatur himpunan ceramah yang besar.

Dr Asri sendiri khabarnya tidak mengetahui ada ceramah sebesar itu dan dihadiri oleh wakil rakyat PKR.

Anwar juga menggunakan konco-konco dalam persatuan peguam syarie semalam untuk membuat memorandum kepada YDP Agong agar menagkap Dr Asri kerana menyebarkan fahaman wahabi.

Bukankah aneh laporan kepada JAIS agar menangkap Dr Asri kerana menyampaikan ceramah malam tadi juga dibuat oleh PKR?

Semua ini tidak lebih daripada agenda Anwar untuk mengecilkan kes sodomi yang akan beliau hadapi minggu ini.

Anwar sememangnya diketahui pakar memanipulasi media. Kali ini Dr Asri menjadi mangsanya.

sumber - anwarisme


1 ulasan:

Arty berkata...

dah tau ada penyakit ganjil kemaruk masuk politik.