MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Nov 2009

Apabila Persatuan Peguam Syarie bertindak macam Bar Council

Oleh Pena Minang

Assalamualaikum.

Tadi aku baru sahaja terbaca dalam blog Anwar Ibrahim yang bersumberkan dari Bernama, mengatakan bahawa bekas Mufti Perlis, Dr. Asri telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ekoran ketiadaan tauliah untuk memberikan ceramah di Selangor.

Satu perkara yang cukup mentertawakan aku apabila JAIS mula bertindak pada seorang yang berjuang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Salahkah seorang ustaz yang mengajar manusia hanya berpandukan Al-Quran dan hadis yang sahih? Aku tak nampak sebarang kesalahan dan kesesatan, kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah memberi jaminan bahawasanya tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana seseorang itu berpandukan Al-Quran dan Sunnah.


“Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu: Kitabullah dan Sunnahku”. (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah)


Nampaknya gerakkan Sunnah lebih ditakuti oleh golongan Jabatan Agama Islam ini berbanding ajaran sesat seperti Syiah, Tarekat dan Sufi ini yang terang-terangan tidak berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Aku melihat langkah Majlis Peguam Syarie Malaysia menghantar memorandum kepada SPB Yang Dipertuan Agong mencerminkan keperibadian majlis berkenaan yang takut dan bertindak diluar bidang kuasa mereka. Aku ingin bertanya kepada manusia yang berada di dalam perkumpulan ini, apakah hak mereka dalam membuat pertuduhan sebegitu kepada seorang ustaz yang berjuang hanya kerana Allah?

Ustaz Asri bukan calang-calang orang. Beliau merupakan seorang ustaz yang mendapat pendidikan di Jordan dalam bidang dakwah. Dan telah mempelajari mengenai hukum hakam Islam melebihi individu yang hanya mendapat Ijazah Sarjana Muda @ Sarjana dalam bidang undang-undang Islam.

Majlis Peguam Syarie harus sedar bahawa mereka hanya kumpulan pengamal undang-undang yang sama tarafnya dengan Majlis Peguam Sivil (BAR COUNCIL. PGSM tidak mempunyai kelayakkan dan hak mengeluarkan fatwa kerana mereka bukanlah ulama, tetapi peguam yang petah berkata-kata. Malah dalam sesetengah hal aku melihat peguam Syarie ini hanya peguam yang melibatkan urusan pembatalan perkahwinan.

Aku bukan mahu menghina Majlis Peguam Syarie Malaysia, tetapi sedarlah dengan apa yang anda sedang lakukan. Anda sendiri pun masih kuat melaksanakan perkara-perkara bid'ah dan yang dilarang dalam Islam, jadi tak perlu lah marah kepada orang yang mahu mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Kepada Majlis Peguam Syarie Malaysia aku nak nasihat kepada anda supaya jangan bertindak seperti BAR COUNCIL yang sombong dan bongkak, mengatakan merekalah selayaknya mengeluarkan hukum dan perintah tertentu.

Aku juga ingin mengeluarkan amaran kepada pihak-pihak yang cuba memberikan gambaran buruk kepada gerakan Sunnah ini supaya berhati-hati dengan tindakan mereka. Ini kerana aku bimbang sekiranya Arab Saudi mengetahui perkara ini (aku rasa mereka dah tahu) kelak akan membawa masalah kepada negara kita sendiri.

Berdasarkan laporan yang aku terima dari seorang rakanku, salah satu sebab Arab Saudi masih tidak meningkatkan jumlah kouta jemaah Haji Malaysia ialah disebabkan tindakan sesetengah pihak berkuasa di Malaysia yang mendiskriminasi ustaz-ustaz yang mengajar mengikut Al-Quran dan Sunnah lebih-lebih lagi ustaz-ustaz dari lulusan Arab Saudi.

sumber - pena minang


Tiada ulasan: