MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Okt 2009

Ucapan Anwar Ibrahim ; “Common Word Between Us and You"



Ucapan Anwar Ibrahim semasa persidangan “Common Word Between Us and You” Hubungan Muslim Kristian dalam abad ke 21 di Universiti Georgetown, pada 7 Oktober 2009.

Dalam Love’s Labours Lost, the Bard memberitahu kita bahawa:
… when Love speaks, the voice of all the gods Makes heaven drowsy with the harmony
Act IV, Sc. III


Terdapat beberapa universiti yang pernah berminat secara mendalam untuk melaksanakan ‘interfaith work’(persefahaman antara agama) dan ‘civilizational dialogue’ (dialog peradaban) seperti yang dilakukan oleh Universiti Georgetown. Di mana terdapat satu kekurangan yang jelas , di mana institusi-institusi itu hanya menumpukan kepada pendidikan idea dan nilai-nilainya, yang akan mewujudkan pemahaman antara dunia Islam dan barat, saya memuji wawasan John Esposito dalam komitmennya sebagai pengarah di Prince Al Waleed Center , for Muslim Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.

Sebaik sahaja, CMCU ditubuhkan pada 1993, saya masih ingat pada tahun itu, saya menyampaikan satu syarahan di sini untuk keperluan dialog ketamadunan, di mana kita menyatakan satu jalan ke hadapan untuk mengejar satu masyarakat ‘convivencia’: satu pengalamanan kehidupan secara harmoni, di kalangan rakyat pelbagai agama dan budaya. (Pengalaman kehidupan Muslim, Kristian dan Yahudi di Cordoba, Sepanyol, yang kini telah pupus)


Foto atas, John Esposito, manakala foto bawah, Anwar Ibrahim dalam "Common World between Us and You"

Saya kembali ke Malaysia selepas itu dengan menginspirasikan ucapan itu untuk dilaksanakan di seluruh Asia, di mana agenda mempromosikan dialog Muslim-Christian adalah kurang diberi perhatian dalam tamadun-tamadun utama yang pelbagai agama termasuk negara saya.

Dalam dua tahun (bermula tahun 1995) menganjurkan persidangan pertama mengenai Islam dan Confucianism yang mempertemukan tokoh-tokoh intelektual seperti Seyyed Hossein Nasr, Tu Weiming dan lebih 1000 orang peserta dari Asia serta membawa kepada penubuhan sebuah pusat, Islam dan Confucianism di Universiti Malaya.

Pertemuan antara Timur dan Barat telah mewujudkan generasi yang terperangkap dalam kancah perlumbaan asas keperluan. Sesetengah masyarakat di Timur yang mempercayai kepatuhan kepada agama secara total telah menolak mana-mana unsure-unsur asing yang cuba meresap masuk ke dalamnya.

Manakala sesetengah pihak lain, ditenggelami dengan kegemilangan mempesona tamadun Barat serta meninggalkan budaya dan tradisi-tradisi mereka sendiri dan mengutuk rakyat mereka sendiri yang hidup dalam kemunduran.

Kebodohan sememangnya amat sangat jelas untuk kami kini. Tetapi ketika misi peradaban barat itu tamat dan dilupakan, warisan ketamadunannya diwarisi oleh kami dalam bentuk kebimbangan ketidakbolehpercayaan di antara manusia-manusia dan tamadun-tamadun.

Segelintir pihak yang berniat jahat baru-baru ini, menimbulkan semula perbahasan lama yang anti dunia Islam yang moden menentang kewujudan pencerahan masyarakat Barat. Satu kebimbangan selepas bertahun-tahun percubaan untuk membina persefahaman antara agama dan ketamadunan, adalah kita benar-benar berjaya membuat kemajuan?

Lima belas tahun lepas saya bercakap di Universiti Georgetown ini meminta keperluan untuk mengadakan dialog ketamadunan bagi mengatasi jurang keterlaluan dan mencipta satu sintesis baru dalam hubungan antara Timur dan Barat. Satu jalan ke hadapan untuk mengejar satu masyarakat ‘convivencia’: satu pengalaman yang bernilai masyarakat berlainan agama dan budaya hidup bersama.

Jika perkara ini berlaku dalam abad ke-20 menunjukkan kita bukan sahaja takjub dengan teknologi tetapi kerapuhan keadaan manusia begitu ketara telah mewujudkan masyarakat yang mempercayai hanya satu etnik yang terbaik (etnosentrisme) dan sifat ketaksuban. Konsep kampung sejagat akan dapat mengatasi masalah ini, bukan sahaja disebabkan dengan kemajuann teknologi itu, tetapi melalui penyebaran idea-idea keadilan dan kebaikan serta toleransi untuk kita bersama.

Huston Smith merujuk kes ini sebagai pemindahan pusat-pusat kebimbangan, daripada diri kepada keluarga , masyarakat, negara dan akhirnya kepada kemanusiaan, untuk mengatasi kejahatan-kejahatan kepentingan diri sendiri, nepotisme dan nasionalisme kedaerahan. Mungkin ini sejajar dengan anjuran Qur'anic , ‘li ta'arafu’.

Hanya beberapa tahun selepas ucapan itu, tragedi 9/11 (WTC dibom) melanda. Saya ketika itu berada dalam penjara dan hanya mampu memahami serangan-serangan itu melalui warkah-warkah yang diseludup ke dalam penjara oleh peguam-peguam saya.

Sebenarnya kerja kita benar-benar dilakukan dengan baik untuk meluaskan dialog ketamadunan yang menderita dengan pukulan tempang dan kepercayaan di kalangan orang-orang kita akan menghakis kitaran keganasan berikutnya. Tetapi 9/11 dan serangan-serangan berikutnya itu di Eropah dan Asia telah menjadikan keperluan utama kepada masyarakat Islam untuk membangunkan social dan politik mereka.

Pembangunan ekonomi sahaja bukan satu-satunya penyelesaian. Satu orientasi sesuai harus dibangunkan untuk kerjasama antara dunia Islam dengan dunia yang besar dan dalam persatuan-persatuan mereka sendiri. Kerajaan-kerajaan yang memonopoli dialog –dialog umum melalui undang-undang menindas akan mewujudkan pembiakan rasa ketidakpuasan hati berlanjutan dan pemencilan.

Cabaran-cabaran umat Islam , seperti tradisi-tradisi lain dalam Asia hari ini, sudah tentu besar. Mereka mesti berusaha untuk mengurangkan kejahilan, penyakit, dan kemiskinan. Mereka perlu memerangi rasuah dan pereputan keruntuhan moral.

Mereka perlu mengukuhkan institusi-institusi masyarakat sivil bagi memastikan pemerintahan dan kestabilan, serta melindungi individu daripada dinafikan hak-haknya. Sesungguhnya, ini adalah sangat mustahak bagi semua tradisi-tradisi agama yang besar, dan tidak wajar menggunakan nama tradisi untuk mewajarkan ketidakadilan dan autoritarianisme(kuku besi) dalam masyarakat.

Dengan kata lain, pembaharuan tradisi-tradisi perlu dilakukan untuk membangkitkan kembali idealnya— kebenaran, keadilan dan belas kasihan — dan tidak menghidupkan semula penyimpangan, yang merosakkan akhlak.

Di sinilah terletaknya peluang baru untuk kerjasama dalam abad ini. Ketika masih banyak usaha digerakkan atas tema pemahaman dan dialog mengenai isu-isu teologi dan kepercayaan, maka sudah pasti satu peluang dalam detik sejarah ini untuk bersatu memperjuangkan nilai-nilai sejagat sekitar nilai-nilai sejagat kesatuan kemanusiaan dalam mencapai kebebasan dan keadilan.

Masalah teras kemiskinan, kelaparan dan buta huruf yang dihadapi dunia membangun masih membimbangkan. Turut serta dalam cabaran-cabaran ini adalah perjuangan untuk satu persekitaran yang bersih, percubaan untuk mengurangkan penyebaran senjata-senjata nuklear dan pergolakan ekonomi-ekonomi sekitar dunia .

Persidangan ‘Common World’ kali ini adalah satu pencapaian hebat. Kefahaman itu terus mara dalam satu siri peringkat tertinggi antara komuniti-komuniti agama global untuk membentuk satu legasi untuk generasi akan datang. Tetapi usaha tidak berhenti di sini, dalam mencapai kejayaan.

Sebaliknya, misi kita untuk keamanan dan keadilan mesti menjalar lebih dalam kepada masyarakat-masyarakat itu yang kita wakili secara kolektif. Dengan kerja kita untuk mempertingkatkan ideal kemanusiaan itu, pasti akan bertemu titik pertemuan antara Timur dan Barat.

AIDC menterjemah ucapan Anwar Ibrahim semasa persidangan ““Common Word Between Us and You”. Artikel asal klik di sini.



Tiada ulasan: