Menurut International Herald Tribune (3 November), zaman kemurnian telah berlalu. Laporan terbaru menunjukkan bukti DNA mengesahkan bahawa Thomas Jefferson (Presiden ketiga Amerika) mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak luar nikah dengan hambanya, Sally Hemings.
Berabad-abad lama, di sekolah-sekolah, anak-anak Amerika diajar dengan pandangan murni terhadap negara mereka. Seolah-olah dunia dengan mudah digolongkan kepada jahat dan baik, antara kebebasan dan perhambaan, wira dan penjahat, dan antara yang berwatak mulia dengan yang berwatak hina.
"Ingatan dan layanan kita terhadap Thomas Jefferson adalah contoh melampau terhadap pandangan murni (purist)... adalah tidak terfikir bahawa orang yang mempunyai perwatakan seperti Jefferson boleh melakukan sesuatu perkara sebegitu rupa, sedangkan dia dikenali sebagai seorang yang menentang perhambaan...''
Begitulah manusia dan pemimpinnya. Apa yang diucapkan adalah berbeza daripada apa yang dilakukan. Mungkin pada zamannya, perkara itu tidak diketahui, akan tetapi lambat laun dibongkar juga.
Pada zaman ini, orang lebih mudah menerima kesilapan pemimpin mereka seperti apa yang telah berlaku pada Bill Clinton. Manusia tetap manusia.
"Bagi rakyat Amerika berkulit hitam dan lain-lain pengkritiknya, kontradiksi dalam kehidupan Jefferson membuktikan bahawa dia adalah seorang hipokrit dan tidak mempunyai kualiti yang mulia,'' tambah rencana itu lagi.
Memang Jefferson yang dipandang sebagai berpekerti tinggi ini didapati hanyalah seorang manusia biasa yang tunduk pada hawa nafsu. Akan tetapi itu bukan soalnya. Yang menjadi soal ialah sifat hipokrasinya.
Tajuk rencana itu berbunyi: "Percanggahan terhadap Jefferson menggambarkan keadaan negaranya.'' Ya, Amerika, negara yang penuh percanggahan. Dengan membiarkan krisis ekonomi Asia Timur, akhirnya kesannya juga sampai ke negara itu juga.
sumber - Utusan Malaysia
2 ulasan:
Patutlah Anwar selalu menyebut nama Jefferson dalam setiap ceramahnya di luar negara. Rupa-rupanya banyak persamaan antara mereka berdua. memang patut Anwar mengidolakan Jefferson daripada tokoh Islam. Tokoh2 Islam tidak sesuai dengan Anwar.
Persamaan Anwar & Jefferson:
1. Hipokrasi
2. Ada anak haram?
3. Bela hamba seks
Bahan2 bacaan Jefferson tuh kene diajar kpd seluruh umat Islam,
Tapi Al-Quran kasik diperdagangkan kpd india dan cina pakai masa ceramah pilihanraya untuk mengaut undi & kepentingan politik.
Wujudnya diakhir zaman di mana org2 yg menggunakan agama islam sebagai topeng untuk mencari keuntungan dirinya sendiri
Catat Ulasan