MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Okt 2009

Ronggowarsito juga bergema di Dewan Merdeka...



“Jaman Edan” karya popular penyair Indonesia, Ronggowarsito bergema semula di Dewan Merdeka PWTC bagi menggambarkan situasi dan cabaran politik yang dihadapi negara pada masa ini. Bezanya dahulu ia dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai sindiran kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu, kini ia dialunkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggambarkan wayang politik yang dimainkan oleh pembangkang.

Walaupun tidak menyebut secara langsung sasarannya, gambaran Jaman Edan atau Zaman Gila yang dilontarkan oleh Ronggowarsito itu dikaitkan oleh Muhyiddin apabila kini segalanya sudah menjadi terbalik.

“Gambaran zaman edan turut dapat dirasakan hari ini apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan. Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh.

“Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang ma’ruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi ma’ruf.

“Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak. Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara,” katanya.

Dalam ucapannya yang bertajuk Menggalas Tuntutan Perubahan, Timbalan Presiden UMNO itu turut menyatakan, disebabkan terlalu angkuh dan sombong apabila tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa mereka lupa diri dan melakukan pelbagai angkara yang bole merosakkan.

“Golongan yang membuat bencana dan kerosakan ini menjadi angkuh dan sombong ketika tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa. Lalu mereka berarak di jalan-jalan raya konon menunjuk jaguh kuasa, mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman negara konon dikasi oleh adikuasa, mereka membentak polis konon dikawal kuasa mereka, malah mereka menyanggah Suruhanjaya Pilihanraya bila keputusan-keputusan tidak berpihak pada mereka.

“Mereka alpa dengan peringatan Allah agar tidak memecah belahkan umat, agar tidak menabur fitnah, agar tidak menghina dan mencaci sesama manusia. Mereka berasa tidak berdosa ketika kononnya bercakap tentang keadilan dan keIslaman, tetapi terus menggugat dan meruntuhkan nilai keIslaman mereka,” ujar beliau.

Beliau yang menyampaikan ucapan sulung sebagai Timbalan Presiden merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, menggariskan empat rukun bagi melakukan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan parti itu.

Empat rukun yang digariskan beliau adalah sebagai jawapan kepada cabaran politik yang dihadapi UMNO ekoran situasi politik yang dihadapi oleh parti berkenaan hasil daripada perubahan landskap politik tanah air pasca pilihan raya umum Mac 2008.

“Kita pernah melalui babak-babak tragis dan jatuh bangun dalam perjuangan. Namun setiap kali kita melaluinya kita menjadi semakin kental dan berpantang maut sebelum ajal. Justeru, saudara saudari sekelian, marilah kita bingkas bangun segera merapatkan saf, bermula dengan wahdatul fikr (kesatuan minda), dihayati dengan wahdatul qalb (kesatuan hati), bergerak dengan wahdatul amal (kesatuan amal), dan menuju wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk melakukan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti.

“Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Dengan terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanahair,” katanya.

Muhyiddin juga mengajak wanita, Pemuda dan Puteri untuk menetapkan Penunjuk Prestasi Utama Politik (KPI) iaitu menambah ahli baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan kerajaan.

“Saya memberi tempoh masa dua tahun untuk saudara saudari mencapai sasaran. Kita sudah tidak ada masa. Gerakan ini mesti bermula sekarang,” tegasnya.

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: