MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Okt 2009

Pernah Tengok Anwar Naik Angin???

Oleh gelagat anwar

Mungkin bagi mereka yang baru mengenali Anwar, ‘angin’ dan ‘tsunami’ Anwar belum mereka kenal dan faham sepenuhnya. Ramai yang mengatakan dahulu, sewaktu Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, masalah paling ketara Anwar adalah – ‘temper’ dan anginnya yang kadangkala tidak mampu diramal. Ramai yang dah cuba nasihatkan, termasuk dato’ Dr Siddiq Fadhil – tetapi tidak berkesan.

Anwar baru ini naik angin kerana kehadiran di Bagan Pinang tidak seperti yang Anwar harapkan. Hanya 500 orang yang hadir, sedang Anwar sudah memaklumkan kepada Pengerusi PKR Negeri bahawa dia mengharapkan kehadiran lebih 3′000 orang. Kamarul Bahrin pun sanggup berjanji kepada Anwar bahawa dia akan memastikan pengundi turun dengan full force. Kamarul akan memastikan event ini akan memberikan semangat politik kepada PKR/PAS dalam pertembungan dengan BN di Bagan Pinang.

Sementara BN sedang membuat ‘calculation’ tentang calon terbaik di Bagan Pinang, Anwar menjangkakan ‘open house’ PR di Bagan Pinang akan memberikan petanda positif kepada PRK nanti. Momentum politik ini mesti tepat dan berpanjangan. Jangan sekadar asal buat dan laksana sahaja. Anwar memang pantang bab ‘mediocrity’ ini. Dia tidak boleh terima.

Makanya, berbakul si Pengerusi PKR Negeri kena balun dengan Anwar kerana kelemahan tersebut. Anwar mengatakan bahawa dia pasti akan dimalukan BN kerana melaksana program sekadar ‘melepas batuk di tangga’. Pengundi tidak ramai. Penyokong masih sibuk dengan keluarga. Kamarul pun kena seranah tak cukup tanah. Kata orang yang ada dalam kereta dengan Anwar, ’sampai dah tak cukup ayat Anwar balun’.

Anwar memang berhak berasa risau kerana ini pertaruhan yang sangat penting buat dirinya. Dia nak buktikan bahawa dia mampu membuat kejutan dengan memperoleh kemenangan di Bagan Pinang. Tetapi dengan respons terbaru yang dia peroleh, nampaknya Anwar sudah maklum bahawa peluangnya sangat tipis.

Ini yang Anwar tidak boleh terima, Anwar masih merasakan dia adalah ’supremo’ politik di Malaysia. Dia yang menentukan sama ada Malaysia ini akan ‘berubah’ atau tidak. Kalau kalah di Bagan Pinang, apa maknanya kepada politik Anwar? Segala-galanya ‘at stake’. Termasuk lah kes dirinya sendiri yang akan berlangsung di mahkamah. Kalau Anwar kalah di Bagan Pinang, memang menempah petaka besar kepad politik PKR.

Malahan, sudah ada di kalangan ‘inner circle’ yang mencadangkan Anwar ‘membeli’ Isa Samad untuk bersama dengan PKR. Anwar memang kenal Isa lama – tetapi Anwar juga tahu bahawa ‘harga’ yuran perpindahan Isa bukannya kecil. Walaupun kurang tinggi, Isa ibarat Maradona dalam politik Negeri Sembilan. Kalau Isa sudah menggelecek politik NS, ada potensinya untuk suasana jadi terbalik.

Sayangnya, cubaan Anwar gagal. Isa Samad tetap dicalonkan oleh UMNO/BN. Pada ketika yang sama pembangkang menuduh Isa Samad sebagai korup dan sebagainya; mereka berusaha dengan keras untuk membeli Isa. So, siapa yang lebih korup?

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

TebuHitam berkata...

padan dengan muka dia.
wakaka...