MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Pegawai khas Ronnie Liu disiasat isu kongsi gelap



SHAH ALAM: Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman hari ini mengambil keterangan daripada pegawai khas seorang Exco Selangor di sini berhubung dakwaan ada pejabat Exco digunakan sebagai tempat untuk mesyuarat ahli kongsi gelap.

Daniel Chong, 22, pegawai khas kepada exco kerajaan Selangor Ronnie Liu Tian Khiew, dilihat memasuki pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK Selangor) yang terletak di Tingkat 5, Bangunan Umno, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dan difahamkan beliau memberi kenyataan selama hampir empat jam.

Barubaru ini, anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dalam blognya mendakwa ada Exco Selangor menggunakan pejabatnya untuk mengadakan mesyuarat dengan mereka yang dikaitkan dengan perniagaan haram, dab pada 16 Julai lepas beliau turut dipanggil ke IPK Selangor untuk memberikan keterangan berhubung dakwaannya itu.

Ketika ditemui pemberita, Chong berkata beliau memberikan keterangan sebagai saksi berhubung dakwaan berkenaan dan soalansolan yang ditujukan kepadanya adalah berkaitan dengan bidang tugasnya sebagai seorang pegawai khas dan kedatangan pelawat ke pejabat Ronnie Liu.

Katanya notis yang dikeluarkan oleh polis Isnin lepas yang meminta beliau hadir memberi keterangan hanya diterimanya kira-kira pukul 8 malam semalam di rumahnya di Klang.

Sementara itu, Liu yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan exco di sini berkata beliau dimaklumkan pegawai khasnya diminta memberi keterangan berhubung dakwaan pejabatnya digunakan sebagai lokasi mesyuarat untuk kumpulan kongsi gelap.

"Tidak ada benda, kami sudah buat penjelasan sebelum ini, tetapi bila polis panggil kami kena beri kerjasama dan saya minta dia ke sana (Daniel Chong). Saya yakin mesti ramai yang tidak percaya dakwaan ini.

"Tidak ada sebab untuk kumpulan gengster buat mesyuarat di pejabat saya, mereka ada tempat lagi canggih, mereka ada pejabat lebih baik, tidak perlu pejabat kami," katanya.

Bagaimanapun, Liu berkata prosedur yang dilakukan oleh pihak polis kali ini lebih baik berbanding dahulu dengan meminta pembantunya datang ke pejabat mereka untuk memberi keterangan.

sumber - mstar


1 ulasan:

sanee berkata...

"Tidak ada sebab untuk kumpulan gengster buat mesyuarat di pejabat saya, mereka ada tempat lagi canggih, mereka ada pejabat lebih baik, tidak perlu pejabat kami," katanya.

hei!! macam besa pi meeting kat office gangster ja dia ni..muka pon memang gangster tendang pintu..apa nak heran dengan geng DAP ni..