MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Okt 2009

Melayu akan diperalatkan Barat sekiranya Anwar menjadi PM, kata Mahathir

Pulau Pinang, 30 Mac – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh kuasa asing sekiranya mereka memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menggambarkan Anwar sebagai “manusia yang mempunyai pelbagai watak”, dia berkata Anwar mempunyai lidah yang petah berkata-kata dan ini dapat menarik perhatian orang ramai daripada pelbagai kumpulan dan latar belakang.

“Apabila dia bercakap tentang Islam, Muslim akan berfikir bahawa dia adalah pejuang Islam. Dia juga bagus dalam berucap di hadapan penduduk kampung dan mereka yang berada di kuil”

“Kita tahu bahawa Barat percaya Anwar akan menjadi perdana menteri dalam masa terdekat. Mereka dapat mengawalnya dengan mudah,” kata Dr. Mahathir ketika sesi soal jawab selepas dia merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Melayu Tanjong (Penang Malays Association), di sini , pada hari Ahad.

Salah seorang hadirin telah bertanyakan kepadanya tentang laporan media Barat tentang Anwar yang tidak lama lagi akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Sekiranya orang Melayu sanggup untuk tunduk kepada bangsa asing, mereka boleh memilihnya (Anwar). Maafkan saya.....dia telah memburukkan nama saya di seluruh dunia, menyalahkan saya kerana menahan dan menghantarnya ke penjara,” kata Dr. Mahathir.


AIDC menterjemah artikel Bernama bertajuk " Malays Will Be Made Tools By West If Anwar Becomes PM, Says Mahathir". Artikel asal klik di sini



Tiada ulasan: