MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Okt 2009

Malu Gagal Saman Tun Dr Mahathir, Anwar Atartuk Sengaja Alihkan Isu

Oleh Analisisringan, AIDCclub

Esok adalah tarikh di mana Mahkamah Rayuan menetapkan untuk mendengar rayuan pendakwa raya terhadap perintah agar pihaknya membekalkan dokumen yang dipohon oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.

Pada hari yang sama esok, mahkamah turut mendengar rayuan balas Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi mendapatkan contoh spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24.

Ini berikutan pada 16 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu agar pendakwa raya membekalkan dokumen-dokumen penting bagi membantu beliau menyediakan pembelaannya.

Ia termasuk rakaman percakapan Mohd. Saiful, Dr. Osman Abdul Hamid dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), pemilik kondominium, Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga lagi saksi.

Dokumen lain termasuk rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari pondok pengawal di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara dan kawasan lif Blok 11 kondominium itu di antara 25 Jun dan 27 Jun tahun lalu.

Mahkamah Tinggi pada 24 Julai lalu bagaimanapun membenarkan pelaksanaan perintah itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan pendakwa raya di Mahkamah Rayuan esok.

Tetapi seperti biasa Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang akan mengalih perhatian rakyat Malaysia dengan pelbagai perkara apabila tarikh perbicaraan yang melibatkan beliau semakin hampir.

Ini dibuktikan dengan beberapa hari yang lepas Anwar telah gagal dalam permohonannya untuk menyaman Tun Dr Mahathir dan Anwar terpaksa membayar kos perbicaraan Tun. Akibat malu besar, Dr Meletop telah diimport Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang dari Thailand untuk kononnya mendedahkan kepincangan bedah siasat Teoh.

Tetapi hakikatnya ramai menyedari ia adalah disebabkan Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang ingin menutup malu daripada kegagalan menyaman Tun Dr Mahathir yang mana kegagalan Anwar menyaman Tun Dr Mahathir seakan-akan mengiakan pernyataan Negarawan itu yang pernah menyatakan Anwar Ibrahim seorang pengamal Homoseksual.

Serta kenyataan Dr Meletop daripada Thailand ini sebenarnya juga mengalih perhatian masyarakat daripada mengikuti perbicaraan melibatkan Anwar esok. Jika benar diluluskan atau tidak permohonan Anwar. Lambakkan bahan bukti seperti DNA,CCTV dan rakaman percakapan saksi-saksi akan menyebabkan rakyat berfikir 2 kali, adakah ini sekadar rekayasa kerajaan seperti dikatakan Anwar atau sememangnya kenyataan.

Amat memalukan Anwar Ibrahim lagi apabila sebenarnya Anwar sengaja ingin kalah dalam permohonan menyaman Tun kerana peguam-peguamnya tidak berdaya melawan hujah yang dikemukakan peguam dan Tun sendiri. Lihat laporan rakan Kumbang NTAnwar di sini.

Justeru itu mahu atau tidak mahu perhatian masyarakat harus dialih terhadap perkara lain untuk menyelamatkan survival politik beliau. Lihat sahaja deretan isu melibatkan Komplot Pembangkang dewasa ini yang seakan-akan sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada mengikuti kes liwat beliau. Daripada Hassan Ali,Azmin Ali hingga sampai ke Sabah ,Sarawak dan terimportnya Dr Meletop. Isu-isu ini hanya sekadar ingin mengalih perhatian.

Ayuh kita tumpukan perhatian esok serta bulan depan terhadap Perbicaraan Tuduhan Kes Liwat Anwar Ibrahim. Liputan meluas perlu kita berikan untuk masyarakat tahu siapa Anwar Ibrahim.

Jika ingin tangguh lagi, Anwar jangan bicara soal perjuangan!

Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: