MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Okt 2009

Kerana bela Anwar Atarturk, Tok Guru Nik Aziz semakin kalut?



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS),yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan terus mendesak parti itu mengadakan muktamar khas bagi menyelesaikan beberapa isu dalaman, termasuk kemelut barisan kepimpinan yang 'bermasalah' di peringkat pusat, menurut beberapa laporan media semalam.

Nik Abdul Aziz mengusulkan PAS supaya mengadakan muktamar khas itu bertujuan untuk membincangkan isu 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah', termasuk presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seperti dipetik laporan Malaysiakini.

Cadangan itu dibuat kerana kemarahannya terhadap beberapa orang pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, berkaitan isu kerajaan perpaduan. DAn berharap muktamar tersebut dapat memberi pilihan kepada pewakilan untuk menentukan halatuju parti tersebut.

'Kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain- pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat.
'Kita panggil mesyuarat parti yang tergempar, misalnya mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu, demi tajdid, kita perlu buat mesyuarat agung luar biasa ini,' kata beliau menerusi blog peribadinya, http://www.blogtokguru.com/.

Sementara itu laman berita mStar Online berkata Menteri Besar Kelantan itu turut mengaitkan isu kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi, Datuk Mustafa dan Dr Hassan yang menyebabkan terpaksa dicadang buat Muktamar Khas.

'Bila mesyuarat agung tak mahu tukar presiden, misalnya, maka tidak mengapalah, kita pakat-pakat belalah.

'Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG (Unity Government). Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan, kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?' kata beliau, yang dilaporkan mStar Online.

Menurutnya, satu muktamar khas akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam parti itu.

'Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuas hati untuk mengatakan begini: Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan timbalan presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?' tegas Datuk Nik Abdul Aziz.

Ekoran desakan Nik Aziz tersebut telah menyebabkan beberapa pihak mengatakan Tok Guru semakin gelenyar seperti dinyatakan Sayuti Omar seorang penganalisis politik dan penulis buku yang pro PAS didalam laman blognya.

Sementara beberapa blogger yang pro kepada Presiden PAS Haji Hadi Awang pula menyatakan Tok Guru Nik Aziz semakin mengarut kerana masih dikelilingi oleh pembantu sesat seperti Husam Musa dan Anuar Bakri Harun.

Malah kumpulan ini menyatakan tidak mustahil yang menulis artikel tersebut adalah Anuar Bakri Harun.Sehingga saat ini Husam dilaporkan masih berdiam diri apabila isu ini muncul dan lansung tidak mengulas isu pergaduhan di Taman Melewar yang dikaitkan dengan dirinya.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin pula apabila ditanya saranan Mursyidul AM tersebut menyatakan bahawa majlis syura parti akan mendapatkan pandagan terlebih dahulu dari Nik Aziz, sebelum diambil tindakan yang perlu.

Manakala PAS Selangor pula dikatakan telah menolak saranan diadakan Muktamar Khas seperti didesak oleh Tok Guru Nik Aziz. Menurut Roslan Mohd Shahir seperti dilapor media

"cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti samaada peringkat pusat maupun negeri ketika ini."

sumber - tomyampoktek


Tiada ulasan: