MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Okt 2009

Kenapa semakin ramai tidak menyukai Azmin ?

Oleh Analisisringan, AIDCclub

Isu percutian Zaid Ibrahim daripada jawatannya di dalam PKR merupakan konflik terbaru yang melibatkan Azmin Ali dengan pimpinan PKR. Daripada dahulu lagi sesiapa sahaja yang berada di dalam Parti Keadilan Rakyat pasti tidak akan senang dengan kelebihan yang diberikan Anwar kepada Azmin Ali dan Auntie Shida isterinya.Daripada Chandra Muzaffar, Ezam hingga ke isteri Anwar sendiri iaitu Kak Wan dikatakan cukup meluat dengan Azmin dan isteri.

Kali ini adalah giliran Zaid Ibrahim untuk berasa tidak puas hati kepada Azmin. Ini disebabkan Azmin dikatakan membantah hasrat Zaid untuk menyelesaikan masalah PKR Sabah iaitu PKR Sabah dikatakan membantah perlantikan Azmin Ali sebagai pengerusi PKR negeri itu yang mana Zaid Ibrahim ingin menjadi 'wira' dengan menyelesaikan masalah ini.

Azmin Ali melihat campur tangan Zaid ini seakan-akan ingin menggugat kedudukan beliau di Sabah dan seperti biasa, Azmin melaporkan perkara ini kepada Anwar Ibrahim. Juga seperti biasa Anwar akan menunaikan apa sahaja permintaan Azmin dan mengarahkan Zaid supaya tidak mencampuri urusan di sabah. Hasilnya adalah cuti 6 bulan dikemukakan Zaid sebagai tanda protes kepada Anwar dan pimpinan PKR.

Kumbang turut mendengar yang Chua Jui Meng dikatakan turut ingin menyelesaikan masalah PKR Sabah yang melibatkan Azmin. Kita sama-sama lihat apa yang akan terjadi kepada Chua Jui Meng jika beliau berani untuk mencampuri hal ehwal Sabah pimpinan Azmin Ali.

Kumbang kira dari segi logiknya bantahan yang dikeluarkan oleh PKR Sabah terhadap Azmin ada asasnya apabila Jeffrey Kitingan yang banyak membawa masuk ramai ahli ke dalam PKR di Sabah seharusnya diberi jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah tetapi Anwar di dalam dilema kerana merasakan formula BN di Sabah iaitu meletakkan Melayu Islam iaitu Musa Aman di jawatan Ketua Menteri dan abang Jeffrey iaitu Pairin Kitingan selaku penganut Khristian di jawatan nombor dua ternyata berhasil menstabilkan negeri Sabah dan menerima sokongan menggalakkan daripada kedua-dua penganut agama terbesar di Sabah iaitu Islam dan Khristian.

Disebabkan itu Anwar terpaksa berpegang kepada formula ini dan meletakkan Melayu Islam iaitu Azmin Ali di jawatan nombor satu PKR Sabah untuk meniru dan menarik sokongan rakyat Sabah kepada PKR serta memberi keyakinan kepada PAS Sabah untuk menyertai gabungan Pembangkang di sana. Kita sama-sama lihat apakah yang akan terjadi kepada PKR Sabah selepas ini di bawah Azmin Ali dan Jeffrey.

Adakah PKR Sabah mampu bertahan di bawah Jefrey yang memang arif dalam menghancur dan memecahbelahkan parti yang disertainya?

Berbalik kepada krisis Azmin dan rakan-rakan dalam PKR. Kini Tian Chua dan rakan-rakan bekas aktivis PKR seperti Elizabeth Wong dikatakan juga turut tidak berpuas hati dengan Azmin kerana jelek melihat kelebihan yang diberikan Anwar kepada Azmin Ali serta sikap Anwar yang kini membawa masuk ramai golongan profesional ke dalam PKR. Perkara ini seolah-olah seperti ingin menekan dan mengusir reformis serta bekas aktivis PKR yang kurang pendidikan dan pengaruh daripada memegang jawatan di dalam PKR. Saifuddin Nasution juga turut dikatakan bermasalah dengan Azmin tetapi hal ini didiamkan beliau kerana bantuan dana yang diterimanya daripada Azmin Ali.

Jika disoal seorang demi seorang pemimpin di dalam PKR. Nescaya mereka akan menyatakan mereka tidak menyukai Azmin kerana memegang remote control dalam menggerakkan boneka bernama Anwar Ibrahim. Apatah lagi sekarang ini Anwar dikatakan sibuk mengembangkan pengaruhnya di luar dan tidak mempedulikan hal Pakatan Rakyat. Pengaruh Azmin kini dikatakan berkembang ke Komplot Pembangkang dan seolah-olah Azmin kini berperanan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar Ibrahim mungkin selamanya akan terus berdiam diri dan merelakan semua kehendak Azmin kerana semua rahsia Anwar Ibrahim berada di tangan Azmin serta seakan-akan berkongsi segala-galanya dengan Anwar Ibrahim.

Apa pilihan anda?

Kita protes dan tolak Azmin Ali dan Anwar Ibrahim!

Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: