dari egroup AIDC
Majalah The Economist edisi Asia, 30 Julai 2009, menggunakan tajuk "Malaysia's Chameleon - The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia's most extraordinary politician", dalam menggambarkan dua watak Anwar di dua tempat berbeza.
Lokasi pertama, semasa Anwar berkempen untuk calon Parti PAS, di pendalaman Kelantan, di Manik Urai. Manakala lokasi kedua semasa Anwar berceramah dalam program Muslim-Christian Interfaith Conference, di Perth, Australia.
Kedua-dua program yang dihadiri Anwar itu, menurut majalah The Economist adalah acara agama. Di Manik Urai, Anwar berkempen untuk kemenangan PAS, yang dilabel The Economist sebagai 'Parti Konservatif Islam' yang menguatkuasakan larangan minuman keras, manakala di Perth, Anwar berucap di majlis kebebasan beragama dan persefahaman antara Kristian dan Islam.
Barangkali, itulah double stardard perwatakan Anwar yang cuba digambarkan oleh majalah The Economist; Ketika berada di Kelantan, Anwar menampilkan dirinya sebagai 'pejuang Islam konservatif' sama seperti PAS, tetapi ketika berada di Perth, Anwar menampilkan dirinya sebagai 'pejuang kebebasan beragama' sama seperti penganut-penganut Kristian.
Di Kelantan, Anwar sokong hudud, sama seperti PAS, tetapi di Perth, Anwar tidak sokong hudud, kerana menurutnya maqasid syariah, bukan berbentuk undang-undang atau hukuman, tetapi hanya satu matlamat dan matlamat tertinggi maqasid syariah menurut Anwar adalah kebebasan beragama.
Itulah sifat 'chameleon', seekor binatang sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.
Sebab itu pada bahagian kesimpulan, The Economist merumuskan;
"This points to a trap waiting to catch the silver-tongued Mr Anwar, who deftly tells different audiences—religious or secular—what they like to hear... Malaysians would then come to ask more closely: who and what exactly does Anwar stand for?"
Sebenarnya keraguan tentang perwatakan Anwar disuarakan sendiri oleh penyokong PKR bukan Melayu yang menulis surat terbuka di Malaysiakini.
Penyokong PKR yang menggunakan nama pena 'Proarte'(dipercayai Kristian) ragu-ragu dengan pendirian Anwar memperjuangkan sekularisme di Malaysia, walaupun Anwar sering kagum dengan sekularisme Thomas Jefferson, ketika berceramah di Amerika Syarikat.
Sepatutnya Anwar yang menjadi Penasihat Umum PKR yang menolak 'Ketuanan Melayu' dan 'Ketuanan Islam', dan hanya mahukan 'Ketuanan Rakyat' (sekularisme) diterapkan sepenuhnya dalam PKR, tetapi Anwar sengaja bermain tarik tali.
Oleh itu, 'Proarte' merumuskan hanya dengan kemasukan Zaid Ibrahim ke dalam PKR akan memperkukuhkan pendirian Anwar tentang penegasan sekularisme, khususnya berkaitan dengan kebebasan beragama seperti yang terjadi kes 'murtad' Revathi, Sharmila, Lina Joy dan sebagainya.
Tetapi dalam kes The Economist pula, majalah itu membongkar satu muslihat tersembunyi, di sebalik keramahan Anwar berbual dengan pemimpin-pemimpin agama di Perth.
'Anwar perlukan sokongan antarabangsa sekali lagi dalam menghadapi kes liwat terbarunya itu', tegas majalah itu.
"Apakah yang telah dilakukannya bersama Stephen Smith, Menteri Luar Australia ? “Berkomplot,” jawab Anwar, dengan kenyitan mata yang penuh konspirasi", tulis majalah itu dengan penuh sinis.
Sudah tentu sindiran seperti ini yang dituju kepada Anwar sangat mendalam maksudnya. Hanya The Economist dan Yahudi di belakangnya sahaja tahu maksud sebenarnya..
Rujukan
1. The Economist : Malaysia's Chameleon - The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia's most extraordinary politician. Klik di sini
2. Malaysiakini : Secularism: Zaid a good choice to back up Anwar. Klik di sini
sumber - egroup AIDC
1 ulasan:
dah lama dah tau.........
Catat Ulasan