Oleh NTanwar, AIDCclub
Nik Aziz menulis di blognya, 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah. Dinamakan Mustafa Ali (Setiausaha Agong), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Turut disebut juga nama Haji Hadi, tetapi kalau dia tidak terlibat, kita pakat-pakat belalah, tulis di blog Mursyidul am Parti Islam itu.
Sehingga petang semalam, geng-geng Erdogan masih mencari-cari video ucapan Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali berjumpa dengan blogger-blogger yang kononnya Nasharuddin dan Dr Hassan Ali ada sebut 'soal kerajaan perpaduan'.
"Tok Guru nak tengok video rakaman ucapan Nasha dan Hassan itu, untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat khas malam ini. Sesiapa yang mempunyai rakaman video diminta serahkan bukti itu", tulis salah satu blog pro Erdogan yang mengiklankan pencarian 'bukti' video ucapan pemimpin yang dituduh 'bermasalah' bersama blogger. Tetapi hingga ke malam mesyuarat (semalam), tiada siapa pun tampil memberi bukti video dan sekiranya diberikan bukti video pun, tiada apa-apa pun ucapan Nasha dan Hassan seperti yang didakwa.
Begitu terdesak geng-geng Erdogan berusaha menghapuskan kepimpinan bukan pro Anwar Ataturk di dalam PAS. Hinggakan terdengar, 'gosip-gosip' di internet, terus disampaikan ke telinga tok guru, kononnya ada bukti kukuh. Kononnya Nasha dan Dr Hassan ada beritahu blogger, pasal nak masuk UMNO.
Tetapi terbukti dalam mesyuarat khas Parti Islam semalam, soal masuk UMNO, soal kerajaan perpaduan tidak benar. Tidak ada apa-apa bukti yang boleh mensabitkan berkenaan dengan 'perbincangan terbaru kerajaan perpaduan' seperti yang didakwa dalam blog tok guru.
Habis tok guru dapat maklumat dari mana, hinggakan dia sanggup menulis dengan penuh yakin di blognya bahawa dua tiga kerat pemimpin bermasalah sedang runding dengan pemimpin UMNO ?
Habis kenapa tok guru yang dianggap sebagai 'pemimpin maqam paling tinggi' dalam hireaki kepimpinan tidak double check ke, maklumat yang disampaikan ke telinganya, hinggakan terlalu yakin menulis Mustafa, Nasha dan Dr Hassan sebagai pemimpin bermasalah ?
Kalau ada bukti seperti yang didakwa oleh geng Erdogan, kenapa sehari sebelum mesyuarat, blogger-blogger pro Erdogan masih mencari-cari video rakaman Nasha dan Dr Hassan bersama blogger ?
Ini sudah termasuk kes 'bisikan halus' aka fitnah yang sengaja ditiupkan ke telinga tok guru.
"Pening..pening", begitulah kata-kata Nik Aziz, ketika keluar awal (10.20 malam) dari mesyuarat khas semalam. Ada yang menyebut beliau pening disebabkan berlaku 'kekecuhan' dalam mesyuarat berkenaan seperti yang dilaporkan oleh wartawan Siasah kepada MSO semalam. Mesyuarat semalam habis sekitar jam 1 pagi.
Keghairahan geng pro Anwar untuk menjatuhkan geng anti Anwar, nampaknya sudah masuk ke fasa kronik. Bermacam cubaan dilakukan, termasuk yang terakhir menggunakan pengaruh muryidul am menulis di blognya, hingga memaksa diadakan mesyuarat khas dan akhirnya tok guru terpaksa keluar awal dalam kepeningan.
Sebelum ini, difahamkan ada seorang geng pro Anwar menyerahkan 'bukti', foto Nasharuddin bersama Shafie Afdal.
"Kalau itulah buktinya, saya ada berlambak lagi gambar bersama-sama dengan Shafie Afdal. Aik tak kan berjumpa dan berbincang dengan Shafie pun tak boleh. Saya dilantik sebagai pembantu Shafie dalam jawatankuasa parlimen, jadi memang banyak lah gambar-gambar kami bersama", jawab Nasha.
"Kalau tak boleh berjumpa dengan pemimpin UMNO..pemimpin UMNO dianggap seperti 'Firaun'..ish..saya rasa perjuangan kita sudah lari jauh", jawab Nasha lagi.
Benar seperti kata Nasha, di parlimen, tiada pengasingan meja makan antara UMNO dan PAS. Mereka boleh duduk dan berbincang di mana-mana, tanpa mengira parti politik.
Logik juga jawapan Nasha itu, kalau begitu, Anwar duduk semeja dengan Muhyiddin hari itu, adakah perbincangan Anwar untuk masuk UMNO ?
Nik Aziz sendiri yang dirakamkan foto dipimpin oleh Pak Lah dulu, adakah perbincangan untuk masuk UMNO ?
Setelah ketiadaan bukti lain untuk mensabitkan Nasha dan Mustafa, akhirnya mesyuarat semalam berakhir dengan acara mengkambinghitamkan Dr Hassan Ali.
Kasian Dr Hassan Ali, dia yang mempertahankan maruah Melayu-Islam di Selangor daripada digadai oleh Cina-Cina dari parti Amerika (PKR) dan Parti Singapura (DAP) akhirnya dimangsakan.
Salahkah Dr Hassan kerana mempertahankan penjualan arak di Selangor ? Kalau begitu, Parti Islam sudah tidak sensitif lagi dengan jualan arak kepada Melayu di Selangor ?
Salahkah Dr Hassan kerana mempertahankan maruah kakitangan kerajaan (majoriti Melayu) yang diperlakukan seperti budak-budak tadika oleh Cina, Teng Chang Kim ? Kalau begitu, Parti Islam sudah tidak mempedulikan lagi nasib masyarakat Melayu/Islam di Selangor ?
Menurut geng pro Anwar, Dr Hassan wajar dipecat daripada Pengerusi Pesuruhjaya Selangor dan Exco Selangor, kerana kritikan terbukanya tempohhari menyebabkan PAS kalah di Bagan Pinang.
Kalau begitu, selepas ini semua pemimpin PAS yang ada 'dua tiga kerat' dalam kerajaan Selangor kena 'tutup mulut' dan membiarkan Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok, Ean Yong Hian Huah bermaharaja lela di Selangor atas nama kebebasan asasi.
Minum arak adalah hak kebebabasan asasi. Berbogel dan 'main' seks secara rambang juga hak kebebabasan asasi. Itulah hujah Elizabeth Wong kepada Hassan Ali.
"Kalau nak disabitkan kekalahan di Bagan Pinang kerana faktor pertikaian isu SELCAT di Selangor, Parti Islam kena buat post mortem semula. Macam mana Parti Islam nak menang, kalau di Bagan Pinang, Parti Islam hanya ada dua cawangan dan keahliannya tidak sampai 100 orang", kata Hassan Ali.
Parti Islam sepatutnya belek semula sejarah. Dr Hassan Ali adalah bekas orang Anwar. Dia masuk PAS pun kerana faktor Anwar. Dan kena belek lagi, kenapa orang yang pernah sokong Anwar seperti Dr Hassan Ali sekarang ini boleh berpaling tadah, tidak lagi menyokong Anwar. Kenapa ?
Kalau Dr Hassan Ali pun nak dikorban, semata-mata faktor, kini dia tidak sokong Anwar, maka alamaknya, Parti Islam terpaksa berhadapan dengan masalah yang lebih besar.
Hukum Hassan Ali tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi akan lebih menambahkan masalah..
Percayalah, selagi PAS berhajat memikul dan menjunjung Anwar sebagai ketua, selagi itulah Parti Islam akan terus ditimpa masalah demi masalah..
sumber - NTanwar
1 ulasan:
sebenarnya ramai bermasalah...bukan sekadar dua tiga kerat...
Catat Ulasan