MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Okt 2009

Kenapa Azmin begitu istimewa?

Skandal Anwar & Shamsidar Tahrin


Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar membuat penjelasan kenapa beliau terlalu memberi keistimewaan kepada Azmin Ali sehingga melantiknya untuk menerajui parti itu di Sabah.

Bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan mempersoalkan kenapa Azmin tetap menjadi pilihan Anwar sedangkan di Sabah, terdapat ramai pemimpin veteran yang berpengalaman termasuk Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

''Anda (wartawan) sepatutnya tanya Anwar kenapa Azmin begitu istimewa? Kalau dia tidak mahu jawab bolehlah tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

''Kalau semua orang tidak mahu jawab, barulah saya akan mengambil tugas itu, saya akan jelaskan apabila tiba masa yang sesuai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Krisis kepimpinan PKR Sabah semakin meruncing apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin yang merupakan Naib Presiden PKR sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri.

Perkara itu disahkan oleh Jeffrey kelmarin yang menyatakan 18 Ketua Bahagian terbabit sudah pun menandatangani memorandum bantahan.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim yang berucap di Kota Kinabalu malam tadi menyatakan harapannya supaya parti itu tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda peribadi.

Menurut laporan sebuah laman web, hasrat Zaid ke Sabah sebenarnya tidak direstui oleh Azmin dan kerana itu, Anwar telah menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Sementara itu, Nallakarupan sewaktu memberi gambaran mengenai jawapannya itu sekadar berkata:

''Azmin telah melakukan pengorbanan besar untuk Anwar dan ia tidak dapat ditandingi oleh mana- mana individu di negara ini.

''Saya pun dulu banyak berkorban, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor juga pernah berkorban, tetapi ia tidak setanding dengan Azmin,'' dakwanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan berkata layanan 'anak emas' yang diterima Azmin daripada Anwar menyebabkan beliau dan ramai lagi pemimpin lain bertindak meninggalkan PKR.

sumber - utusan


Tiada ulasan: