MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Okt 2009

Ibrahim Ali : Kisah katak dan lalat hijau bermata biru

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Kisah katak dan lalat hijau bermata biru mewarnai sesi perbahasan di Dewan Rakyat petang ini apabila Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membandingkan sifat kedua-dua haiwan itu ketika perbahasan Bajet 2010.

Cara bercerita bersahaja itu menyebabkan ahli-ahli Parlimen lain tidak kering gusi.

Kiasan Ibrahim itu adalah bagi menyindir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ekoran Anwar mengaitkannya dengan katak pada sesi perbahasan rang undang-undang yang sama semalam.


''Saya nak sebut bab katak ini... katak lompat, katak di bawah tempurung kononnya otak tidak berkembang, beku. Itu kata Ahli Parlimen Permatang Pauh (semalam). Katak bawah tempurung hanya lompat dari bendang ke bendang, dia tak lompat sampai ke Amerika, tak jauh lompatannya... dekat je.

''Saya hendak ingatkan, katak puru atau katak lompat tidak bawa penyakit. Yang bawa penyakit ialah lalat hijau. Lalat hijau nampak cantik, mata biru... cantik dan ada bunyi apabila berjalan tapi apabila hinggap di mana-mana dia bawa penyakit sama ada denggi, taun dan sebagainya.

''Ini lalat hijau, jangan jadi lalat hijau. Sekarang ini kita ada masalah dengan lalat hijau. Apa pun, katak akan awasi lalat hijau dan katak juga boleh makan lalat hijau,'' katanya.

sumber - utusan

Tiada ulasan: