MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

Hari Esok Penuh Debaran Tetapi Sudah Tahu Akhirannya?



Oleh MSO

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan akan menghadiri mesyuarat khas Pas di ibu Pejabat di Jalan Raja Laut jam 8:30 malam esok. Alhamdulilah. Hasrat semua orang untuk berdepan dan menanyai dan mendengar langsung dari mulutnya mengenai isu yang beliau bangkitkan kini tercapai. Beliau dijangka akan berlepas dengan peswat MAS dari Kota Bharu jam 4:45 petang dan mengambil tempat duduk seat No: 1 di ruang bisnes kelas. Nik Aziz dijangka mendarat di KLIA jam 6:30 petang dan akan menginap di Rumah Kelantan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Saya pernah sekali berpeluang duduk bersama Tok Guru Nik Aziz di ruang bisness kelas kira-kira 16 tahun lalu. Ketika itu saya dari Kota Bharu untuk pulang ke Kuala Lumpur, beliau hendak ke Alor Star. Dulu memang ada flight dari Kota Bharu - Kuala Lumpur via Alor Star.

Peluang itu sempatlah saya bersama beliau kira-kira 45 minit, berbual-bual fasal politik di udara dalamruang yang agak eksklusif bagi kita orang kampung itu. Saya masih ingat kami sama-sama memesan jus jambu batu merah dan sekeping kek.

Selepas Tok Guru turun di Alor Star tempat duduknya itu diduduki pula oleh Syed Hamid Albar. Jadi hari itu saya duduk bersama dua orang politik. Satu peluang yang cukup mentolgiakan.

Pertemuan atau mesyuarat khas malam bersok penting dan mustahak sekali. Ia menjadi perhatian umum dan ditunggu-tunggu ramai orang. Umno termasuk Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad juga menunggu-nunggunya. Apa yang orang mahu tahu ialah apakah hasilnya nanti. Mesyuarat itu boleh jadi akan jadi sejarah tersendiri dalam Pas dalam usianya sudah 58 tahun ini. Didoakan semoga esok tidak akan terjadi hal-hal yang boleh menyebabkan air mata membasahi pipi.

Saya telah melakarkan beberapa kesimpulan ataupun hasil yang mungkin dicapai atau berlaku dalam mesyuarat khas esok.

* Apakah mesyuarat itu akan menerima pandangan Nik Aziz agar Pas mengadakan muktamar khas (EGM) seperti mana dicadangkan awalnya dalam blog beliau.


* Apakah mesyuarat itu kelak akan meminta Nik Aziz mendedahkan maklumat yang diterimanya berhuhung dengan apa yang beliau sebutkan itu yang akhirnya membawa kepada perlunya tiga orang pemimpin utama Pas, Abdul Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Mustapa Ali dan Hasan Ali ditukar.


* Apakah Nik Aziz akan menceritakan segala-galanya dengan sejujur-jujurnya terhadap apa yang beliau tahu dan diberi tahu. Dan kalaulah makluamt itu datangnya dari orang yang bernaung dibawah ketiaknya apakah beliau sanggup mencerita dan mendedahkannya?


* Sekiranya Nik Aziz gagal menjelaskan dan beliau hanya akan berkata cadangan itu sebagai buah fikiran sahaja, yang sudah ternyata kini ia menjadi masalah kepada Pas, apakah Pas berani untuk mengambil tindakan disiplin ke atasnya?


* Sekiranya Nik Aziz menyebut nama-nama tertentu yang memberi tahu beliau, kononnya ada pertemuan antara mana-mana tokoh Pas dengan pihak Umno, padahal benda itu palsu, apakah Pas bersedia mengambil tindakan ke atas orang berkenaan seperti menggantung keahlian ataupun diberi tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas mereka?


* Dan sekiranya dalam mesyuarat itu ia sampai menyentuh aib dan wibawa Tok Guru apakah tindakan mengejutkan akan beliau ambil misalnya Tok Guru itu akan keluar dan meninggalkan mesyuarat khas itu?


* Ataupun mesyuarat khas itu akan berakhir dengan sidang akhbar menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa isu dan masalah dalam Pas ketika ini. Apa yang berlaku hanya strategi media penjilat buntut kerajaan yang sengaja memperbesar-besarkan isu saja.


Tujuh persoalan atau rumusan itu saya percaya sedang dinanti oleh banyak orang. Orang ramai khasnya ahli Pas yang sudah tidak dapat tidur dan tidak selera makan sejak semalam akan menantinya dengan penuh debaran dan suspen.

Dalam pada itu berhubung dengan apa yang berlaku kini saya sudah dengar berbagai andaian dan spekulasi mengenainya. Dapatan atau input ini yang saya perolehi dari berbagai sumber dari ahli biasa Pas sampailah dari pemimpin tertinggi sejak dari kelmarin hingga ke saat ini.

Kesimpulannya ke atas apa yang meletuskan kini ialah;

* Wujud tanggapana Nik Aziz telah diperalat oleh Husam Musa dan puak Prolib (Profesional - Liberal) yang tidak berpuas hati dengan keputusan muktamar yang lalu. Kononya Husam Musa telah menggunakan Annual Bakri dan Abdul Aziz Bari untuk memberi idea kepada Tok Guru.


* Masalah yang menganggu Pas kini juga turut sama disebabkan oleh adanya campur tangan Anwar Ibrahim sendiri menerusi Abdul Aziz Bari.


* Nik Aziz membuat kenyatan demikian kerana beliau mendapati masih ada kerja-kerja dan usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno.


* Ada juga yang mengatakan masalah yang berlaku sekarang ini adalah permainan Umno yang bijak menggunakan kebebasan media untuk menganggu Pas dan Pakatan Rakyat.


* Isu yang berlaku sekarang ini adalah sandiwara Pas sahaja untuk mempermain dan memperkenakan UBN.


* Ada yang beranggapan isu EGM ini dicipta khas oleh seseorang bagi mengambus isu dalam Pas iaini berkaitan dengan kejadian seorang Exco Pas yang menumbuk tetamu rumah terbuka Pas beberapa hari lalu.


* Dan ada juga yang membuat rumusan apa yang berlaku sekarang ini disengaja untuk damagekan Nik Aziz sebagai pemimpin dengan harapan Nik Aziz berundur sebagai MB sebelum menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Berdasarkan dapatan, simpulan dan ulasan-ulasan itu, marilah sama-samalah kita tunggu apa yang akan berlaku esok. Sesungguhnya hari esok penuh dengan debaran tetapi akhirannya sudah dapat dibaca. Daripada ramalan dan rumusan tadi sudah tentu salah satunya akan menjadi kenyataan. Kita lihat siapa yang kena! [wm.kl. 6:45 pm 27/10/09]

sumber - mso


Tiada ulasan: