MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

Hadi, Nasa, Harun, Hasan, Mustafa Vs Nik Aziz?

Nik Aziz cukup tertekan sekarang. Gesaannya untuk mengadakan EGM Muktamar PAS ditentang hebat oleh ramai pihak. Ustaz Harun Taib sebagai ketua Dewan Ulama PAS sekeras-kerasnya menolak gesaan "mursyidul am" PAS ini. Terdengar pula "sembang-sembang" mengatakan bahawa Nik Aziz menjadi "balaci" kepada beberapa "dalang" yang mendorong kepada EGM itu. Nik Aziz yang sudah "tua" dibebani dengan tekanan demi tekanan, namun "nafsu politik"nya masih gagah untuk "berlakon" di depan media dan menafikan wujudnya "dalang" disebalik gesaan EGMnya itu.

Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama PAS dan Nik Aziz pula "mursyidul am". Namun, dalam kes EGM ini, mereka berdua tidak sependapat. Nik Aziz kata PAS sedang mengalami masalah kepimpinan proUMNO, sedangkan Harun Taib menafikan kemelut yang melanda kepimpinan PAS. Yang mana satu yang "boleh dipakai"? Mursyidul Am yang memberi cadangan peribadi atau sebuah Dewan Ulama yang dianggotai oleh ulama-ulama PAS? Siapa yang menipu rakyat? Mursyidul Am atau Dewan Ulama'?


Pada ketika artikel ini ditulis, sudah panas kedengaran mengenai timbulnya 2 pihak berbalah di dalam PAS. Satunya diwakili oleh kumpulan Nik Aziz dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Nasaruddin. Nik Aziz dikatakan membawa "suara" Anwar, Anuar Bakhri, Khalid Samad dan Husam bersama-sama "erdogan"nya. Manakala Nasaruddin dilihat sebagai membawa "suara" Presiden PAS Hadi Awang, Harun Taib, Mustapha Ali, Hasan Ali dan pemimpin kanan PAS yang dikatakan "pro-perpaduan ummah Islam Melayu" atau lebih dikenali sebagai "proUMNO".

Mengikut senario ini, kita dapat perhatikan dua kelompok yang jauh berbeza. Satu kelompok "erdogan" profesional dibawah "tangan ghaib", yang berjaya "memperkudakan" Nik Aziz "tanpa disedari" oleh "kuda" itu sendiri. Nampaknya mereka agak "berjaya" dan nampaknya "kuda" yang agak "lurus bendul" dalam bidang politik itu "termakan rumput beracun" hidangan "erdogan". Bila "kuda" cuba disedarkan oleh "anak kuda", si "kuda" begitu sombong meng"hadiah"kan "sidekick"nya kepada anaknya sendiri. Senag sekali Nik Aziz dipermainkan oleh "orang-orang baru" yang menyusup masuk PAS.

Kelompok yang kedua pula mewakili satu "jemaah" golongan lama. Walaupun kumpulan ini dikatakan diketuai oleh Nasaruddin, kelihatan "bayang-bayang" Presiden PAS di"belakang"nya. Bukankah Hadi Awang yang memulakan "cetusan" perpaduan di antara PAS & UMNO pada Muktamar PAS yang lepas? Mustapha Ali, Harun Taib dan Hasan Ali pula adalah di pemimpin yang menyokong "idea" Presiden PAS ini. Namun, disebabkan oleh "suara" dari "mursyidul am" PAS yang membantah perkara yang diseru Allah ini, maka "terbantut"lah sedikit idea ini. Tentulah mereka tidak mahu "mengeruhkan" keadaan dengan berbalah terang-terangan, namun gerakan "bawah tanah" bersama UMNO dikhabarkan begitu "aktif" dan "lancar". Sejauh mana "gerakan" itu, hanya Allah dan "mereka-mereka yang terlibat" sahaja yang tahu!

Nampaknya "Mursyidul Am" PAS kini lebih terpinggir keseorangan. Di usia "senja"nya, dia semakin kuat "mengarut" dengan "fatwa-fatwa" politik yang menghalalkan segenap cara untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia. Semakin hari, Nik Aziz semakin "nyanyuk" dalam percaturanya sehingga senang ditipu oleh "orang-orang" dikiri dan kanannya. PAS teruk di"belasah" sama ada oleh pihak BN mahupun kawan-kawan "syaitan"nya. Akibat teruk dibuli oleh kawan-kawan "syaitan"nya jugalah maka pemimpin-pemimpin kanan PAS bertindak bijak untuk memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mengenal siapa "kawan" dan siapa "lawan".

Nampaknya mungkin Hadi, Nasaruddin, Mustapha Ali, Harun Taib, Hasan Ali dan ramai lagi yang "celik". Hanya seorang sahaja yang masih "kelam dalam kegelapan". Siapa orang itu? Faham-faham sajalah. "Clue"nya? Dia yang dimaksudkan kononnya "dia" maksum, memiliki "cop mohor ke syurga" dan "sentiasa benar dan tiada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka" adanya...

sumber -mykmu

Tiada ulasan: