Oleh NTanwar, AIDCclub
Ramai aktivis Parti Islam mempertikaikan kenapa Nik Aziz menjadikan cadangan Dr Aziz Bari untuk membersihkan parti. Dr Aziz Bari kata faktor kekalahan Parti Islam di Bagan Pinang, kerana faktor 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah' dalam parti. Dua tiga kerat individu itu adalah Haji Abdul Hadi Awang (Presiden), Nahsharuddin Mat Isa (Timbalan), Mustafa Ali (Setiausaha) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Ini bukan 'dua tiga kerat', ini seumpama memotong gerabak keretapi. Kepala gerabak dipotong, yang tinggal hanyalah badan, badan tidak berfungsi tanpa kepala. Maknanya Nik Aziz bersetuju dengan cadangan Dr Aziz Bari supaya memotong 'kepala gerabak keretapi' dan diganti dengan dua tiga kerat pemimpin baru. Persoalannya siapa yang layak ganti tempat Haji Hadi, Nasharuddin, Mustafa Ali dan Dr Hassan itu ?
Persoalan kedua, siapa Dr Aziz Bari dalam Parti Islam hingga pendapatnya menjadi 'fatwa' yang perlu disambut oleh pemimpin tertinggi Parti Islam, Mursyidul Am, al ustaz, tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ?
Dr Aziz Bari, penasihat parti Islam ? Rasanya tidak! Ketua dewan ulamak parti Islam ? Rasanya tidak! Ketua Dewan Majlis Syura Pusat ?. Pun tidak ! Kalau semuanya tidak, kenapa Muryidul Am mendengar pendapat orang luar, yang diistilahkan sebagai parasit oleh Faisal Tehrani, serta membelakangkan semua sistem dalam Parti Islam, termasuk Majlis Syura, Majlis Tertinggi dan Dewan Harian parti.
Persoalan ketiga, apa methodologi Dr Aziz Bari dan menjustifikasi punca kekalahan Parti Islam di Bagan Pinang itu kerana 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah itu'. Adakah Dr Aziz membuat kajian spesifik, berdasarkan kajian soal selidik atau panggilan telefon responden ? Kalau menggunakan kaedah soal selidik, boleh dibahaskan lagi, berapa ramai sampel dibuat? Di manakah target responden? Dan sebagainya.
Rasanya persoalan ketiga pun tidak dilakukan oleh Dr Aziz Bari. Jadi pendapatnya sekadar pendapat yang tidak pernah diuji sejauh manakah kebenarannya. Dan tidak boleh ditolak kemungkinan, Dr Aziz sendiri terpengaruh dengan sumber maklumat orang-orang yang berada di sekelilingnya, termasuk Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Husam Musa yang kesemuanya lebih dikenali sebagai inner cirle Erdogan.
Sebab itu Roslan Shahir Mohd Sharir (Roslan SMS), Ketua Penerangan Parti Islam Selangor menolak pendapat Dr Aziz Bari yang dianggap di luar dari segi kepakarannya.
"Dr Aziz berhak mengeluarkan pandangannya, tetapi apabila luar dari kepakarannya, tiadalah sehebat mana dia berbanding kita yang awam ini...Masakan seorang pakar bedah mahu menonjol berbahas dalam bab ekonomi atau seorang jurutera angkasa mahu berbahas bab nasib para penaja kecil atau seorang tok mudim mahu menganyam tikar...Bagaimana kalau pakar ini (Dr Aziz Bari) bermain politik?" Klik di sini
Untuk berlaku adil, di mana Dr Aziz, ketika PAS hanya menang dengan majoriti 65 undi di Manik Urai ? Kenapa ketika itu Dr Aziz tidak menyalahkan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz yang menjadi ketua badan perhubungan Parti Islam Kelantan, sebagai faktor liabiliti kemerosotan undi di Manik Urai ?
Sebab itu secara sinis Roslan SMS yang merupakan bekas setiausaha akhbar Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam merumuskan begini;
"Dimana Dr Aziz ketika PKR tewas di Batang Ai? Kenapa tak disuruh tukar Dato Seri Anwar, singkirkan Azmin Ali, contohnya?"
Dr Aziz Bari, proksi baru Anwar ?
Setelah Husam Musa, orang yang selalu disebut-sebut sebagai proksi Anwar dalam Parti Islam, tewas jawatan Naib Presiden, Anwar seolah-olah tidak berputus asa mahu menguasai parti itu. Walaupun Husam tiada apa-apa jawatan, tetapi Musyidul Am, Nik Abdul Aziz masih ada. Cuma 'penasihat'nya telah tewas, maka Anwar memilih 'penasihat baru', orang bukan politik, seperti Dr Aziz Bari.
Pertama, Dr Aziz Bari adalah produk UIA, ijazah sarjana muda di UIA [LL.B (Hons)(IIUM], ijazah sarjana (master) di Nottingham. Manakala Ph.D pula di Birmingham, United Kingdom. Bermakna Dr Aziz adalah benar-benar produk UIA, yang pernah di'tanam' Anwar ketika menjadi Presiden UIA satu ketika dulu. Masih ramai lagi produk-produk Anwar yang 'tertanam' di UIA, termasuklah Yusri Mohamad (bekas Presiden ABIM), Dr Osman Bakar (Istac), Dr Siddiq Baba (bekas Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar)dan ramai lagi.
Ketika Anwar berkuasa dalam kerajaan dan menjadi Presiden UIA, Anwar berusaha bersungguh-sungguh menjadikan UIA miliknya dengan menanam kesemua orang kepercayaannya di UIA. Bermula dari Rektor, ditanamnya Abdul Hamid Sulaiman, warganegara Amerika Syarikat, kawan baik Anwar, dari IIIT (International Institute of Islamic Thought).
Kemudian para pensyarah, termasuk Dr Jamal Berzinji, warganegara Amerika Syarikat, dari IIIT; Aminah Wadud, warganegara Amerika, pelopor perjuangan feminisme, Islam Liberal; Dr Badrul Amin, ustaz PKR yang suka memaki hamun para mufti dan sebagainya.
Bukan setakat itu, Anwar juga menanam orang-orangnya di bahagian Hal Ehwal Pelajar, termasuk Dr Muhamad Nur Manuty (bekas Presiden ABIM), Mustafa Kamil Ayub (bekas Presiden PKPIM)hinggalah ke legasi terakhir, Dr Siddiq Baba. Dari proses rekrut terancang inilah maka lahirlah produk-produk seperti Ezam Mohd Nor, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan sebagainya.
Setelah Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998, sebahagian besar akar Anwar telah terpelanting keluar, tetapi tidak bermakna, 'orang-orang yang ditanam' Anwar semuanya pupus di UIA. Masih ramai lagi, cuma mereka memilih pendekatan mendiamkan diri, atau menjelmakan diri dalam 'warna baju Islam' versi Parti Islam, seperti Dr Aziz Bari.
Kedua, Dr Aziz Bari turut dimasuki elemen-elemen anasir luar yang satu 'fikrah' dengan Anwar Ibrahim. Jika Dr Aziz adalah benar-benar produk Parti Islam, dia akan terhindar dari elemen-elemen asing, tetapi fakta latar belakang Dr Aziz sendiri menunjukkan dia mendapat asuhan dari United Kingdom, maka dia juga tidak terkecuali terdedah dari elemen-elemen anasir luar terutamanya yayasan Kristian yang mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya.
Selain penerbitan buku-buku Dr Aziz diterbitkan oleh DBP, buku-bukunya diterbitkan oleh IKD (badan pemikir Anwar) dengan bantuan kewangan dari KAF (Konrad Adenauer Foundation). Misalnya buku bertajuk " Politik Perlembagaan : Satu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang, Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar (IKD), 2006".
Hasil tulisan Dr Aziz berkenaan konrtadiksi undang-undang sivil dan undang-undang syariah juga turut disponsor oleh KAF. "Enforcement of Shari'ah in Malaysia : Divine Provisions in a Constitutional Democracy " in Islam and Democracy : The Southest Asian Experience, Singapore: Centre for Contemporary Islamic Studies (CCIS) and Konrad Adenauer Foundation (KAF), 2004.
Dr Aziz Bari adalah salah seorang aktivis dari waubebas.org [klik di sini]
WauBebas.org ialah salah satu aktiviti utama Malaysia Think Tank, di samping Libertarian Education Project (LEAP) dan Project to Advance Democratic Institutions (PADI). WauBebas.Org adalah satu portal web yang menghimpunkan hasil tulisan pemikir dan aktivis kebebasab dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
WauBebas.org ialah satu projek bersama Malaysia Think Tank dan 'Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity' yang dilancarkan pada 23 Ogos 2008.
Kumpulan ini digerakkan oleh Wan Saiful Wan Jan, bekas aktivis HIZBI UK. Penasihat dalam negara organisasi ini adalah YB Dato’ Kamarudin Jaffar(PAS), YB Yusmadi Yusoff(PKR)dan YM Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP).
Manakala penasihat luar negara pula Dr Tom G Palmer, felo kanan di Cato Institute dan pengarah Cato University. Beliau juga merupakan timbalan presiden program antarabangsa di Atlas Economic Research Foundation dan pengarah umum Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity; Dr Mark Pennington, Pensyarah Kanan di Jabatan Politk, Queen Mary, University of London, dan Felo di Institute of Economic Affairs, London; Linda Whetstone, ahli Lembaga Pengarah Institute of Economic Affairs, London; Atlas Economic Research Foundation, Washington; dan Mont Pelerin Society. Pengerusi dan pengasas bersama International Policy Network, London dan Professor Julian Morris iaitu Pengarah Eksekutif International Policy Network, London.Klik di sini
Melihat kepada individu-individu yang berada dalam WauBebas.org, sama ada penasihat dalam dan luar negara, semuanya tidak dapat lari dari daripada lingkaran Anwar Ibrahim.
Hubungan Anwar dengan Yayasan Kristian, Konrad Adenuer Foundation, tidak dapat disangkal lagi sejak 1987 hingga sekarang. Selain memilih Anwar, KAF juga turut memilih Dr Aziz Bari, sebagai salah seorang yang perlu dipromote di Malaysia. Sebelum ini KAF telah memilih Khalid Jaafar (IKD), Zainah Anwar (SIS), Malik Imtiaz Sarwar (peguambela murtad) dan Zaid Ibrahim (penentang undang-undang hudud Kelantan). Bukankah itu satu lingkaran gelap Anwar Ibrahim yang perlu disambung-sambung kaitannya ?
Seperti yang disoal oleh Roslan SMS, sejauh manakah pendapatnya Dr Aziz, benar-benar bebas, adakah dia juga sedang berpolitiking atau sedang membawa agenda pihak lain ?
Siapa pakar rujuk Nik Aziz ?
Haji Abdul Hadi Awang, apabila timbul sesuatu kemelut politik yang gagal diselesaikan, beliau akan ke luar negara menemui rangkaian gerakan Islam antarabangsa, termasuk Ikhwan Muslim yang salah seorang anggotanya adalah Dr Yusof Qardawi.
SongkokPutih bekas webmaster Tranungkite (pro Hadi Awang) dalam perdebatan Tulang Besi (pro Erdogan) merumuskan, Haji Hadi Awang bukanlah seorang Presiden parti Islam, yang mudah dipedaya dengan maklumat-maklumat palsu..
"Dia (Tulang Besi) fitnah bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi seolah-olah bodoh dan mudah diperdaya. Sebelum membuat keputusan Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membuat solat istiqarah 3 malam berturut-turut dan keputusannya ada kaitan dengan pertemuan beliau dengan Dr Yusof Qardawi di Paris. Tulisan SongkokPutih, klik di sini
"Apa yang nak sebut pertemuan ini (Haji Hadi dan Dr Yusof Qardawi) adalah atas isu antarabangsa. Sampingan daripada pertemuan itu Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim", Tulisan SongkokPutih, klik di sini
Seandainya Haji Hadi Awang merujuk kepada Dr Yusof Qardawi, siapa pula tukang rujuk Muryidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat ?
Nampaknya, Nik Abdul Aziz tidak merujuk kepada Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am), atau Datuk Haron Taib (Ketua Dewan Ulama), kerana kedua-dua dilihat sealiran dengan Presiden PAS, yang merujuk kepada Dr Yusof Qardawi.
Jadi Nik Abdul Aziz merujuk kepada siapa ?
Secara jenaka, ramai berkata, Nik Aziz hanya merujuk kepada Anwar Ibrahim. Sebenarnya, bukan berjenaka, kerana keseluruhan benteng penasihat Nik Abdul Aziz telah dihijack oleh Anwar. Bermula dari Husam Musa, hingga Anuar Bakri, Setiausaha Politik Nik Abdul Aziz.
Nik Aziz mengambil Anuar Bakri sebagai Setiausaha politiknya tanpa melihat asal usul sejarah politiknya. Mentang-mentang nama itu dicadangkan oleh orang kesayangannya, Husam Musa, maka diambilnya menjadi penasihat politik.
Sejarah membuktikan Anuar bakri merupakan salah seorang staff Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan. Apabila Anwar dipecat UMNO pada tahun 1998, Anuar Bakri, juga turut melepaskan jawatannya di kementerian kewangan dan menjadi seorang 'zuhud' dengan menongkat dagu di bawah Nik Aziz.
Nik Aziz sangat tertarik dengan kezuhudan Anuar Bakri itu, lalu diangkatnya menjadi Setiausaha Politik.
Bukankah Anuar Bakri inilah yang dituduh sebagai 'pembantu sesat' oleh anakanda Nik Aziz sendiri (Nik Abduh) satu ketika dahulu yang bertindak melaga-lagakan dua tok guru (Nik Aziz dan Hadi Awang) ?
Kalau beginilah tukang-tukang penasihat Nik Aziz, maka tidak hairan, satu ketika dahulu, jarum-jarum Amerika Syarikat cuba membeli hati Nik Aziz dengan memberi anugerah Nobel Keamanan oleh Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Klik di sini dan di sini
Namun setelah dinasihat oleh penasihat-penasihat lain(selain penasihat yang dihijack Anwar) di kalangan PAS, akhirnya Nik Aziz menolak anugerah itu.
"Badan Perhubungan Pas telah membuat keputusan agar Nik Aziz menolak anugerah berkenaan. Tidak diketahui sebab-sebab kenapa keputusan itu dibuat.Surat penolakan berkenaan telah pun dihantar kepada wakil yayasan itu di negara ini dan pihak Manila telah pun maklum mengenai penolakan berkenaan" Klik di sini
Sekarang kerana hijack Anwar yang menggunakan sepenuhnya payung Nik Aziz, akhirnya Parti Islam telah terbelah dua..
sumber -NTanwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan