MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Okt 2009

CIA cari ejen baru di kalangan umat Islam

JAKARTA 18 Nov. - Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dilaporkan sedang mencari ejen-ejen baru di kalangan umat Islam untuk berkhidmat dengan agensi itu.

Untuk memikat umat Islam bekerja dengannya, CIA dilapor menawarkan kemudahan dan gaji paling rendah 16,000 pound (kira-kira RM112,00) sebulan.

Majalah berita Ummat yang memetik iklan yang disiarkan oleh sebuah akhbar Britain The Guardian melaporkan banyak ejen baru diperlukan dari Timur Tengah, Pakistan, Iran, Turki dan beberapa buah negara lain.

''Peluang menggiurkan untuk bekerja di bahagian bahasa sebagai penterjemah dan penulis laporan-laporan rahsia dalam bahasa Inggeris,'' jelas iklan itu sebagaimana yang dipetik oleh majalah Ummat edisi 9 November.

Apa maksud CIA mengambil ejen-ejen baru di kalangan umat Islam di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam?

Seorang pegawai tinggi CIA dipetik sebagai berkata bahawa langkah mengambil umat Islam sebagai ejen mereka kerana agensi perisikan itu kerap kali gagal menembusi rahsia gerakan Islam yang dianggap radikal.

''Meskipun CIA memiliki jaringan ke seluruh gerakan Islam radikal tetapi kita sering tidak mampu mengetahui pusat gerakan mereka,'' jelas pegawai itu.

Dengan tawaran gaji besar, CIA sudah tentu mencari calon yang benar-benar berwibawa dalam memenuhi objektifnya.

''Syarat pemilihan mudah. Seseorang itu harus faham benar keadaan di negaranya, mampu menganalisis data serta peka kepada peristiwa semasa,'' jelas pegawai CIA itu lagi

sumber - utusan


Tiada ulasan: