MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Okt 2009

Bila Masa Dr Pornthip Periksa Badan Teoh?



Oleh Analisisringan, AIDCclub

Kumbang sedikit pelik dengan pendedahan mengejutkan yang dikeluarkan oleh Dr Pornthip dari Thailand yang membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.Ini berikutan laporan TV Selangor yang disiarkan dialog rakyat seperti di bawah :

Hasrat untuk mendapatkan khidmat pakar Patologi dari Thailand tidak kesampaian, apabila keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, mahu mayat Teo dibawa segera ke Melaka untuk urusan pengkebumian.

Jika anda baca laporan di dialog rakyat ini bermakna tidak berlakunya proses bedah siasat yang dilakukan Dr Pornthip iaitu Pakar Patologi dari Thailand tetapi hanya melibatkan empat doktor bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah,Klang.

Ini bermakna Dr Pornthip jika benar laporan TV Selangor tidak melakukan pemeriksaan pada fizikal Teoh tetapi hanya memberi pandangan di dalam inkues mungkin menggunakan laporan siasat pihak ketiga iaitu 4 pakar bedah yang disebutkan tadi dan berpandukan kepada gambar-gambar tempat kejadian.

Jika benar Dr Pornthip melakukan pemeriksaan pada badan Teoh. Kumbang mohon masa dan tarikhnya didedahkan kepada umum kerana laporan TV Selangor yang merupakan proksi Kerajaan Selangor menyatakan pakar patologi dari Thailand tidak sempat untuk melakukan pemeriksaan dan bedah siasat kerana kehendak keluarga mendiang untuk mendiang cepat dikebumikan.

Jelas pendedahan ini amat meragukan apabila Dr Pornthip hanya mengulangi perkataan 'mungkin' terhadap hampir semua kenyataan beliau.Perkataan 'mungkin' ini menandakan Dr Pornthip sendiri tidak pasti terhadap kenyataan beliau mungkin disebabkan beliau sendiri tidak memeriksa fizikal Teoh.

Di dalam pendedahannya juga beliau tidak menyentuh mengenai aspek-aspek yang menyokong Teoh membunuh diri iaitu :

"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh.

Pelik juga Kumbang apabila Teoh dicekik dan dicederakan duburnya tetapi DNA si pelaku tidak ditinggalkan di tubuh badan Teoh.Jika ada sarung tangan digunakan si pelaku dan senjata yang mencederakan dubur Teoh. Dimanakah sarung tangan dan senjata itu?

Adakah kenyataan yang dibuat Dr Pornthip hanya ingin menimbulkan keraguan?
Kumbang rasa anda semua bijak menilainya...

Ayuh Gobind dedahkan tarikh dan masa pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr Pornthip serta jawab di mana DNA si pencekik Teoh.
Ada berani?

Takut-takut DNA Tan Boon Hwa yang jumpa pula.


Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: