MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Okt 2009

Anwar tidak demokratik - Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR, - Saintis politik Dr Chandra Muzaffar berkata cubaan Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui "pintu belakang" dengan menghasut lompatan parti besar-besaran adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang -- dua cabang penting dalam tabir urus -- akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya."

Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya dan menambah kata Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi perdana menteri negara ini secepat mungkin.

Oleh itu, beliau berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen -- sekurang-kurangnya 30 daripada mereka -- untuk berpaling tadah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secepat mungkin, kata bekas timbalan presiden PKR itu.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu --- yang malahan tidak berada dalam Parlimen --- sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr Chandra.

Beliau berkata usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan melalui perbuatan lompat parti telah mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negara sejak beberapa bulan lepas.

"Jika ancaman lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan ramai rakyat tahu bahawa pada satu ketika dahulu Anwar sebagai pemimpin BN dan kerajaan persekutuan telah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.

Dr Chandra menegaskan walaupun Anwar menyatakan yang pujukannya tidak melibatkan wang atau ganjaran lain, daripada segi moralnya adalah masih salah bagi wakil rakyat untuk melompat parti kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

"Dalam demokrasi, wakil rakyat yang dipilih menerusi platform tertentu perlu mengembalikan mandat itu kepada rakyat dan melepaskan kerusinya sebelum berpaling tadah menyertai parti lain. Ini yang dikatakan menghormati pengundi," katanya.

Dr Chandra berkata amat menyedihkan politik yang keji begini dilakukan oleh ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar.

"Mereka sepatutnya cuba menyakinkan beliau yang ianya lebih bermaruah untuk memasuki Putrajaya melalui pintu depan. Ini dengan cara memenangi pilihan raya umum ke-13 di peringkat persekutuan dan membentuk kerajaan menerusi undang-undang, dengan cara beretika," katanya.

Dr Chandra berkata jika Anwar memasuki Parlimen selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau sepatutnya cuba merapatkan jurang yang memisahkan parti-parti Pakatan Rakyat dengan merumuskan program dan visi pembaharuan bersepadu, dan melupakan perkara lama yang sudah lapuk dan basi.

"Harapannya ialah beliau juga akan, sebagai Ketua Pembangkang, membentuk Kabinet bayangan yang akan mendesak kerajaan BN untuk memperkenalkan sebanyak mungkin perubahan yang diperlukan.

"Inilah yang rakyat mahu beliau lakukan. Anwar tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi melalui pintu belakang."

sumber - bernama


Tiada ulasan: