Dari egroup AIDC
Apabila kita membaca ucapan Anwar Ibrahim yang dipaparkan di blognya [klik di sini], untuk mencari jawapan mengenai kebenaran Islam berbanding dengan Kristian, kita pasti kecewa kerana tidak menjumpai jawapannya.
Ucapan Anwar semasa persidangan "Common Word Between Us and You", Hubungan Muslim Kristian dalam abad ke 21 di Universiti Georgetown, pada 7 Oktober 2009 lalu, hanya merupakan sektsa sejarah pengalamannya dalam memperjuangkan dialog Muslim-Kristian dan dialog peradaban sehingga melayakkannya diberi anugerah 'Presidential Medal' oleh universiti itu pada tahun 1996. Anugerah yang diberikan oleh Universiti Georgetown, Amerika Syarikat kerana menghargai sumbangannya dalam mempromosikan persefahaman antara agama. Klik di sini
Menurutnya, usaha mempromosi persefahaman antara Muslim-Kristian, dirintis bersama Anwar dan John Esposito (guru Anwar, seorang Kristian), pada tahun 1993, sebaik sahaja Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian (CMCU), dibentuk di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, Pada tahun sama juga, John Esposito, selaku Pengarah CMCU telah menjemput Anwar Ibrahim untuk bercakap topik satu jalan ke hadapan untuk mengejar satu masyarakat 'convivencia'.
'Masyarakat convivencia' adalah satu masyarakat 'harmoni' di Cordoba, Andalusia, Sepanyol yang menggambarkan kehidupan tiga rumpun agama (Islam-Kristian-Yahudi) yang hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam.
Seandainya masyarakat 'convivencia', benar-benar aman dan harmoni, di manakah kerajaan itu sekarang ?
Sebenarnya 'keharmonian' masyarakat 'convivencia' sepertimana yang diimpikan Anwar hanya sekejap sahaja, kini masyarakat 'convivencia' itu telah lupus, apabila tentera Kristian berjaya menghancurkan tentera Islam di Cordoba, Andalusia.
Naiknya kerajaan Kristian Sepanyol, di bawah Raja Ferdinand dan Ratu Isabella bukan sahaja memansuhkan masyarakat 'convivencia', malah saki baki umat Islam yang hidup di Andalusia, dibunuh secara beramai-ramai, dibakar hidup-hidup tanpa peri kemanusiaan.
Kisah ketakutan dan ancaman keselamatan umat Islam di Sepanyol di bawah kerajaan Kristian digambarkan secara terperinci dalam buku 'al-Ihatah fi Akhbar Gharnatahâ' (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan 'al-Muqtabas min Akhbar al-Andalusâ' (Sekelumit Sejarah Andalus).
Ketika tentera Kristian menakluk Andalusia itu, umat Islam bersembunyi di dalam rumah masing-masing, tetapi dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa umat Muslim boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol.
Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sebuah kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudiannya mengambil keputusan menerima tawaran itu.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka dan membakarnya.
Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak.
Selepas menerima arahan raja, tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh mereka yang tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah melimpah di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Klik di sini
Itulah kesudahan episod masyarakat 'convivencia', di mana selepas 300 tahun, pemerintahan kerajaan Kristian di Sepanyol, semua saki baki, simbol-simbol Islam telah dihapuskan. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol. Orang Kristian tidak mahu Islam wujud lagi di negara itu. Oleh itu, terdapat umat Islam sangat tersepit dia antara kepercayaan dan kehidupan sehingga ada yang terpaksa mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Adakah ini satu masyarakat yang dibanggakan Anwar ?
Dalam ucapan terbaru di Universiti Georgetown itu (7 Oktober 2009), Anwar mengakui beliau berusaha mempromosi dialog Islam dan agama-agama lain di Malaysia. Antaranya usaha mencari titik persamaan antara Islam dan Confucianism (Cina), Islam dan Kristian (Jose Rizal) yang kesemuanya dilakukan oleh badan pemikirnya, IKD (Institut Kajian Dasar) yang mendapat sponsor daripada Yayasan Kristian Jerman, KAF (Konrad Adenauer Foundation).
Cuma Anwar tidak sempat mengadakan persefahaman antara Islam dan Hindu (Rabindranath Tagore) [klik di sini] kerana Anwar telah dipenjarakan pada tahun 1999-2004, kerana bersalah melakukan penyelewengan dan meliwat bekas pemandu peribadinya, Azizan Abu Bakar.
Usaha-usaha Anwar mencari titik persamaan/persefahaman antara Islam dengan agama-agama lain, termasuk Kristian, Confucianism dan Hindu inilah yang dinamakan pluralisme, iaitu usaha menyamaratakan semua agama. Semua agama benar dan sama rata, tidak ada yang lebih tinggi berbanding dengan agama lain.
Tetapi dalam konteks di Sepanyol hari ini, agama Kristian adalah lebih tinggi daripada agama lain, malah penganut Islam terpaksa menyembunyikan identiti keislamannya di atas faktor keselamatan nyawa.
Dalam konteks Malaysia, Islam adalah agama yang paling tinggi sebagai agama rasmi negara. Di dalam Al Quran menyebut Islam adalah agama paling benar, walaupun Al Quran menganjurkan agama kamu untuk kamu dan agama aku untuk aku (Kebebasan beragama).
Walaupun kebebasan beragama dianjurkan oleh Islam, tetapi Al Quran melarang penganutnya berusaha merendahkan martabat Islam apatah lagi menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain.
Umat Kristian di Amerika Syarikat, tidak berusaha untuk merendahkan martabat agama mereka dengan mencari titik persamaan Kristian dan Muslim di Amerika, tetapi Anwar di Malaysia yang Islam sebagai agama rasmi pula beriya-iya mencari titik persamaan Islam dengan agama-agama lain.
Apa motif Anwar, mencari simpati undi atau mencari kebenaran, sepertimana yang pernah ditemui oleh Akbar semasa kerajaan Monghul, di India satu ketika dahulu.
Akbar mencari titik persamaan antara Islam dan semua agama, akhirnya tercipta satu agama baru yang dinamakan 'Din Illahi'. Klik di sini
sumber - egroup AIDC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan