Oleh Gelagat Anwar
Saat PAS beradu tenaga dan bertempur di Bagan Pinang, Anwar Ibrahim sedang berada di bumi Amerika Syarikat sambil mencari ruang untuk menampilkan dirinya sebagai pemimpin ulung. Inilah Anwar Ibrahim, dia mahu sahaja menampilkan dirinya sebagai ‘the man’ dalam kancah politik antarabangsa. Entah kenapa, universiti asing masih memberi ruang kepada seorang ‘desperado’ politik yang perasan ini.
Sejujurnya, Anwar ini sudah memasuki kategori ‘psychotic’ dengan kuasa dan darjat. Kepadanya, kekesalan kerana GAGAL menempatkan diri di kerusi Perdana Menteri adalah ’silly mistake’ yang tidak sepatutnya pun berlaku.
Anwar seharusnya menggunakan ‘kuasanya’ dalam menentukan Special Branch dan pihak Polis akan bekerjasama dalam menjaga nama baiknya. Sayangnya, itu tidak berlaku. Anwar tewas dalam gelanggang politik yang dia cipta sendiri.
Ketika berada di Amerika, Anwar menyampaikan banyak ucapan di universiti dan sebagainya. Paling menarik hati, apabila iklan ‘lecture’ nya mengenai
Islam and Democracy in East Asia lecture at UC Berkeley hosted by Goldman School for Public Policy, Center for Southeast Asia Studies, Institute for East Asia Studies, and the International House on September 29th, 2009.
Berkeley ini bukan calang-calang Universiti. Hebat dan ternama. Anwar pastinya melonjak gembira dengan jemputan Universiti ternama ini. Baguslah, sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia kita wajar tumpang bangga. Tapi kenapa ya, iklannya tercatat: FORMER PRIME MINISTER OF MALAYSIA??
Anwar sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak memalukan dirinya sendiri. Atau mereka sudah percaya dengan insiden Anwar merampas kuasa 16hb September tahun lalu. Para dekan di Berkeley mesti ter-percaya bahawa Anwar sudah berjaya merampas kuasa.
Secara sengaja, mereka mahu memberi semangat kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada suatu ketika. Kalau mereka menggunakan tarikh 16hb September 2008; bila masa pula Anwar kalah semula sebagai Perdana Menteri.
Inilah payahnya, bilamana kita disampuk dengan penyakit ‘gila kuasa’ dan darjat. Setiap gerakan kita akan menampilkan kebodohan yang memalukan dirinya sendiri.
Blog ini sempat juga meneliti kertas kerja Pak Sheikh dalam acara tersebut. Minta maaf cakap, TIDAK ADA nilai langsung. Berbanding mahu bercakap tentang bangsa dan negaranya sendiri, Anwar lebih gemar bercakap tentang ‘demokrasi Indonesia’.
Kalaupun Anwar mengutuk dan mengecam Malaysia – kita dapat faham; kerana ianya sifat seorang Ketua Pembangkang. Tapi kalau sibuk memuja negara dan bangsa orang lain, apa maknanya?
Anwar perlu bermuhasabah banyak dengan segala gerakan politiknya akhir-akhir ini. Harus, jiwanya tidak tenang dengan pelbagai masalah peribadi. Namun, mengangkat diri sebagai FORMER PRIME MINISTER OF MALAYSIA – is really WAY OUT OF ANWAR LEAGUE. Pak Sheikh kena banyak berpuasa. Hati sudah gelap gelita.
Kalau tak percaya lawati lah sendiri http://www.flickr.com/photos/anwaribrahim/
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan