MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Anwar Ataturk pernah temberang arwah Fadzil Noor

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Situasi di Sabah nampak gayanya akan membuatkan Anwar Atarturk terpaksa merombak sekali lagi pelan PKR untuk menguasai Sabah.

Selepas Naib Presiden PKR Jefry Kitingan meletakan semua jawatan dalam parti, tidak sampai 24 jam ia diikuti oleh Timbalan Pengerusi PKR Sabah sebelum ini Cristina Liew yang meletakkan jawatan ahli Majlis Tertingi PKR.


Seperti dinyatakan dalam Malaysiakini, Liew selama ini percaya yang parti itu adalah adil dan telus, namun apabila Datuk Kong Hong Ming dilantik timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah, kepercayaan beliau PKR sebagai parti yang adil telah pudar.

Hujah yang beliau berikan ini mungkin bersandarkan kepada kegigihan beliau mempomosikan parti tersebut di negeri Sabah selama 9 tahun sebelum ini.

Sebenarnya tindakan Jefry dan Cristina Liew bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana PKR sememangnya Parti Bateri 3A, hanya untuk Anwar,Azizah dan Azmin sahaja.

Sebelum ini ramai mengatakan ahli parti yang lebih hebat jasanya kepada PKR seperti Ezam, Chandra Muzafar, Abdul Rahman, Anuar Shaari, Marina Yusuf adalah pengkhianat kepada perjuangan menegakan keadilan gara-gara keluar dari parti pimpinan Anwar Atartuk tersebut.

Sedangkan kita mengetahui pengorbanan nama tokoh-tokoh tersebut, ada yang meringkuk dalam penjara, ada yang kehilangan jawatan dan pekerjaan dan ada yang bergolok gadai mencari sesuap nafkah kerana semata-mata membela Anwar, namun Anwar tidak pernah menghargai peranan mereka semua.

Pada Anwar yang lebih penting dalam pembuatan keputusan parti adalah mengikut suara hati Azmin dan Azizah, lebih-lebih lagi Azmin yang merupakan teman istimewa pada dirinya, seperti dakwaan bekas sahabat baik Anwar, Nalakarupan.

Itulah hakikatnya yang perlu diakui oleh sesiapa pun didalam PKR, telahan bahawa parti tersebut merupakan parti yang adil dan saksama hanyalah omongan kosong Anwar sahaja untuk dijadikan halwa penyedap rasa. Jika Fadzil Noor sahabat baiknya pun pernah dia temberang apalah sangat dengan Jefry dan Cristina Liew.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Subki Latif, Fadzil Noor ada menyatakan rasa kecewa apabila Anwar masuk UMNO awal tahun 1980-an dahulu, menjelang pilihanraya Anwar telah memilih untuk bertanding di Parlimen yang menempatkan Permatang Pauh, satu-satunya kubu PAS di Pulau Pinang.

Sedangkan jelas ustaz Fadzil UMNO telah memperuntukan kawasan di Kedah untuk beliau bertanding seperti kawasan Kulim. Tindakan Anwar bertanding di kerusi tersebut menyebabkan MP PAS kawasan tersebut sebelum ini, gagal untuk mengekalkan jawatan.

Begitulah liciknya Anwar sebagai kawan dan lawan, dia tidak akan mengira siapa janji kehendaknya dipenuhi.

Namun satu perkara yang cukup menjengkelkan adalah tindakan segolongan didalam PAS yang telah berkiblat kepada Anwar berbanding Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Keaadaan ini menyebabkan politik dalaman menjadi begitu panas, tuduh menuduh berlaku dan ahli PAS saling bercakaran sesame sendiri. Suatu senario yang telah lama hilang didalam PAS sesudah Dato Asri disingkirkan didalam PAS pada tahun 1982.

Namun kini ia menjelma kembali dengan kaedah yang berbeza dan sistematik. Kepada Jefry janganlah bersedih sangat dengan tindakan Anwar kerana itu baru secebis sahaja berbanding kemampuan sebenar Anwar Atartuk.

sumber - tomyampoktek


Tiada ulasan: