MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Sep 2009

Tindakan Sivakumar panggil 'sidang' DUN sah - Anwar



Oleh NURUL AIN MIHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, v. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" hari ini adalah sah.

"Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.

"Soal negara ini hendak menjadi negara hukum kita kena ikut hukum. Kalau bila soal pembangkang sibuk bercakap soal hukum tapi bila Umno, dia langgar hukum pun diterima juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak hari ini.

Hari ini, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh mengadakan "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak di sebuah hotel di negeri itu hari ini selepas dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan DUN.

Mengulas lanjut mengenai Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN), Datuk R Ganesan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, MIC hanya diperkudakan sebagai Speaker dan mereka tiada apa-apa kuasa kerana kenyataan yang berlaku di Perak telah ditonton oleh jutaan orang melalui laman web.

"Kalau laporan media rasmi Umno dan kerajaan, liputan tidak diberikan. Tapi kita masih bertahan. Sidang sah hanya dipanggil oleh Speaker yang sah," katanya.

Selain memanggil sidang DUN, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim daripada menghalang ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK.

sumber - mstar



'Sidang' DUN Perak diadakan di hotel


BERIKUT adalah perkembangan situasi di "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak yang didakwa oleh Pakatan Rakyat negeri itu akan diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh hari ini.

1.37 petang: Sidang DUN itu ditangguhkan oleh Sivakumar selepas menerima cadangan daripada Mohammad Nizar.

11.45 pagi: 'Sidang Dewan' bermula dengan kemasukan Sivakumar ke dalam 'dewan' yang sebenarnya merupakan sebuah bilik majlis di hotel. Sivakumar kini sedang mempengerusikan 'sidang' Dewan. Semua ADUN Pakatan menghadiri 'sidang' tersebut kecuali ADUN Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah yang sedang mengerjakan umrah. Terdapat tiga perkara yang dibahaskan pada 'sidang' itu.

11 pagi: Mohammad Nizar, Sivakumar dan beberapa wakil rakyat cuba memasuki ibu pejabat FRU di Sungai Senam untuk bertemu dengan wakil rakyat yang ditahan.

10.30 pagi: Bekas Speaker DUN, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi. Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.

10.20 pagi: Selain Ngeh, Keshvinder dan jurugambar Tan, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan dua penyokong turut ditahan. Semua wakil rakyat Pakatan pulang ke ibu pejabat DAP dan mengadakan sidang akhbar. Mohammad Nizar terus mengulangi bahawa arahan yang dikeluarkan mahkamah hanya untuk penyokong dan wakil rakyat tidak boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Katanya, beliau bukan memanggil untuk berkumpul tetapi untuk mengadakan sidang DUN.

10.13 pagi: ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh ditahan. Mohammad Nizar meminta wakil-wakil rakyat Pakatan supaya bersurai.

10.07 pagi: Ngeh ditahan pihak polis.

10 pagi: Polis dan wakil rakyat Pakatan berhadapan bertemu dalam jarak 100 meter di luar bangunan SUK. Berlaku jeritan dan tolak menolak. Seorang jurugambar Nanyang Siang Pau ditahan.

Perbalahan berlaku. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berarak sambil menjerit ke arak pihak polis. Ngeh mendakwa arahan mahkamah hanyalah untuk para penyokong kerana katanya Seksyen 24, Kanun Keseksaan menyatakan tidak ada wakil rakyat yang boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Ngeh juga berkata, arahan yang diterima di bawah Seksyen 98, Kanun Acara Jenayah perlu diwartakan terlebih dahulu di bawah Seksyen 90. Polis mengakui arahan itu tidak diwartakan namun terus menolak mereka supaya berundur.

9.45 pagi: Wakil rakyat Pakatan mula berarak dari ibu pejabat DAP Perak ke arah bangunan SUK.

8 pagi: Peguam Pakatan, Chan Kok Keong berada di Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapatkan perintah.

IPOH: Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Pakatan telah memohon perintah mahkamah untuk mengenepikan perintah Mahkamah Majistret di sini yang membenarkan pihak polis menghalang sebarang perhimpunan dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, yang melibatkan Jalan Istana hingga ke sekolah Poi Lam, bermula dari pukul 1 pagi tadi hingga 11 pagi esok.

Pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di beberapa lokasi strategik yang menghala ke arah bangunan berkenaan.

Polis meletakkan pita kuning dalam lingkungan kawasan yang dilarang bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan bangunan SUK.

Hanya kakitangan kerajaan bangunan tersebut dibenarkan masuk.

Wakil rakyat Pakatan mula berkumpul di ibu pejabat DAP yang terletak bertentangan dengan bangunan SUK pada pukul 9 pagi sebelum berarak ke bangunan itu.

sumber - mstar


5 ulasan:

Shah berkata...

Pada dia main bontot pun sah. Main bini Azmin pun sah. Semua benda yang sedap pun sah. Ikut pintu belakang pun sah. Yang tak sah ialah Saiful

Mohd berkata...

lidah bercabang nih mmg suke bikin kacau. negara dah aman dia nak porak perandakan.

Sendiri suke buat hal, carik pasal sana sini.. lepas tuh tuduh org lain mcm2.

Dulu nak main lompat2. sekali gang dia lompat keluar, perak jatuh ke tangan BN dia bengang.

Sultan dah bertitah lantik MB baru, Mahkamah pun dah tentukan keputusan. hukum ape lagi yg dia nak? hukum kepala bapak dia ker?

MOHD JAMALUDDIN berkata...

shah sebelum nk cakap fikir dulu adakah perkara itu betul atau tidak kalau kepimpinan umno yg buat tutup cerita,lansung tk degar cirita adakah mereka kebal dr pada hukuman munkin di dunia mereka kebal tp tidak hukuman ALLAH.najib perompak hak rakyat hasil bumi malaysia mereka rompak naik kn minyak sesuke hati ada kah petronas hak mutlak kerajaan pusat kenapa rakyat tk dapat menikmati hasil buminya sendiri MANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN......MANA......

MOHD JAMALUDDIN berkata...

alo nk cakp tu fikir dulu kau orang tengok sendiri kepinpinan umno adalah perompak hak rakyat hasil bumi sendiri tk dapat di nikmati oleh rakyat mana slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.....MANA....MINYAK DI NAIKKAN SESUKA HATI MAK BAPAK DIA JE.hasil bumi malaysia adalah hak rakyat bukan hak mutlak kerajaan BN. LU FIKIR LA SENDIRI.......

Mohd berkata...

Rompak ker? High Chapparal tak rompak ker? buat janji .. amik duit dari developer, tanah org india tergadai, lepas tuh salahkan kerajaan pusat.

Guan Eng PRU12 janji mau kasik RM600 utk setiap keluarga kalau menang di penang. dah menang takde kasik duit pun? adakah itu satu janji berunsur rasuah atau penipuan semata2?

Bina kuil di tapak cadangan Masjid Org Islam di Seksyen 23.. tak rompak ker? bina kuil utk sape kat seksen 23 tuh? aku org shah alam.. kau mari sini rumah aku la.. jiran kiri kanan depan hujung sana blok sebelah manader org india? BINA KUIL UTK SAPE?

Anwar panggil Chin Peng Komunis tuh pulak nak buat ape?

Anwar dah bape jadi ahli parlimen? ape perubahan dia dah buat? apa dasar pembangunan dia dah buat? ape saje la kebaikan yg dia dah bawak sejak masuk parlimen?

Nuar tuh cakap jek banyak.. besok jadi PM bukan rompak lagi dah.. dia jual terus malaysia