MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Sep 2009

Semuanya bermula dari kemarahan Tan Boon Hwa..



Oleh NTanwar, AIDCclub

Di tengah mood Aidilfitri, Bulkini Paharuddin dipanggil membuktikan bahawa merupakan saksi yang menyaksikan pertengkaran Tan Boon Hwa dan mendiang Teoh. Keterangan saksi itu membenarkan dakwaan saksi lain sebelum ini, Mohd Anuar Ismail(Pegawai Penyiasat SPRM), yang mendedahkan beliau mendengar daripada Bulkini bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dan Beng Hock di tandas SPRM Selangor.

Bulkini berkata beliau terdengar suara Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah dengan nada tinggi memarahi Teoh Beng Hock dalam bahasa Mandarin, 'Ni lor' yang membawa maksud: "Awak punya hal lah ni" Saksi boleh faham maksud perkataan itu kerana beliau mendapat pendidikan awal sekolah jenis kebangsaan Cina.

Menurutnya, pada pukul 2.30 pagi, 16 Julai lalu, Boon Wah menemuinya di ruang makan pejabat SPRM (ketika itu saksi sedang makan) untuk bertanyakan arah ke tandas yang terletak di sebelah hujung pejabat itu.

Oleh kerana, Boon Wah tidak faham dengan penerangan lisan itu maka beliau terpaksa meninggalkan makan dan mengiringinya dan menunjukkan tandas tersebut.

"Sebaik sahaja Boon Wah masuk ke bilik air, tiba-tiba seorang lelaki yang berseluar putih dan berbaju hitam (Beng Hock) turut masuk. Dia datang dari arah depan saya.

"Sejurus lelaki itu masuk, saya terdengar suara tinggi memarahi seseorang. Masa itu, saya dekat pintu tandas. Suara lelaki itu kedengaran suara Boon Hwa memarahi lelaki seorang lagi(Teoh)"

Bulkini menjelaskan bahawa beliau berada di luar pintu tandas tersebut kira-kira dua minit tetapi kemudian meninggalkan tempat itu untuk menyambung makannya di dewan makan.

Setelah kira-kira lima minit, beliau melihat Boon Wah berjalan melalui pantri tetapi beliau tidak bertanya apa-apa (tentang pergaduhan) dan Ahli Majlis itu juga hanya diam.

Bulkani berkata beliau dan dua lagi pegawai SPRM ditugaskan untuk mengiringi Tan dari rumahnya di Balakong ke pejabat SPRM Selangor untuk membantu siasatan.


Tan Boon Hwa berbohong

Secara ringkas dapat disimpulkan daripada apa yang telah didedahkan oleh saksi (Bulkini), pada jam 2.30 pagi (15 Julai), Boon Hwa telah habis sesi soal siasatnya dan telah meminta bantuan pegawai SPRM (Bulkini) yang sedang makan untuk membantunya menunjuk arah ke tandas. Oleh kerana Boon Hwa tidak faham dengan panduan lisan Bulkini, menyebabkan saksi itu terpaksa membawa sendiri Boon Hwa ke tanadas. Semasa di tandas, beliau melihat mendiang Teoh juga turut masuk ke tandas itu dan saksi mendengar sendiri Boon Hwa memarahi dengan suara yang kuat kepada mendiang serta meletakkan segala apa yang berlaku dalam siasatan SPRM itu kerana kesalahan mendiang.

Pendedahan Bulkini ini tidak pernah diceritakan oleh Boon Hwa sebelum ini. Malah semua kenyataan media Boon Hwa menafikan pernah memarahi mendiang Teoh sebelum ini.

Perhatikan kenyataan media Boon Hwa kepada Malaysiakini pada 17 Julai (Dua hari selepas mendiang ditemui mati).

The duo met only when Tan woke up at about 6am the following day while on the way to the toilet. "He was in the pantry. I greeted him, but he replied only with a 'Umh'. But when I came out of the toilet, he was gone. He did look a little tired," said Tan. Klik di sini

Dari 17 Julai - pertengahan Ogos, Boon Hwa berpegang dengan kenyataan ini, seolah-olah ingin memberitahu umum bahawa dia tidak pernah memarahi ataupun boleh disabitkan dengan mendiang Teoh.

Tetapi kenyataan Boon Hwa mula berubah pada 27 Ogos, apabila beliau terpaksa mengadakan sidang media menjawab pendedahan Mohd Anuar Ismail(Pegawai Penyiasat SPRM), yang membongkar berlaku pergaduhan antara Boon Wah dan Beng Hock di tandas.

Perhatikan kenyataan media Boon Hwa di Malaysiakini pada 27 Ogos;

Tan berkata, pada jam 2 pagi hari Khamis tersebut, beliau masih disiasat dalam sebuah bilik di pejabat suruhanjaya itu. Tambahnya, beliau hanya keluar sebentar untuk minum air di pantri dan membuat panggilan telefon kepada keluarganya setengah jam selepas itu.

Bagaimanapun, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas kira-kira jam 5 atau 6 pagi, beliau terserempak dengan Teoh di pantri.

"Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini?'

"Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi," katanya. Klik di sini

Bahagian bertanda 'bold' merupakan maklumat baru yang tidak pernah diceritakan kepada media sebelum ini iaitu aktiviti Boon Hwa keluar minum air dan membuat panggilan telefon kepada 'keluarganya'.

Siapakah yang dimaksudkan dengan 'keluarganya' itu ? Kerana Ronnie Liu juga dianggap sebagai 'keluarganya' oleh Boon Hwa atas jasa mengambilnya menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kajang, serta banyak memberi projek-projek kepadanya.

Sekarang bandingkan pula dengan kenyataan Bulkini Paharuddin, pada 17 September;

Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: "Saya yang bawa Tan ke tandas."

"Sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, saya berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan saya dan terus memasuki tandas yang sama.

"Ketika saya pusing nak berjalan semula ke arah pantry saya terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut "Ni Lor" iaitu "Awaklah" dalam nada kuat dan tinggi.
Klik di sini

Keterangan saksi itu yang mengatakan beliau sendiri membawa saksi ke tandas, menyebabkan peguam Gobind mati akal dan tiada soalan lanjut.


Kenapa Boon Hwa marah Teoh, "Ni Lor" ?


Saksi mendengar Boon Hwa memarahi dan meninggikan suara kepada mendiang Teoh dengan mengatakan "Ni Lor" (bermaksud "awaklah punca semua ini").

Kenapakah Boon Hwa memarahi mendiang Teoh ? Kenapakah Boon Hwa meletakkan semua kesalahan ini kepada mendiang Teoh dengan meninggikan suara "Ni Lor"

Semua ini kunci jawapan kepada kematian mendiang Teoh berdasarkan premis Tan Boon Hwa sudah membuat kesimpulan awal yang berbentuk prejudis memarahi dan menyalahkan mendiang Teoh dengan apa yang terjadi dalam kes siasatan itu.

Mendiang Teoh merupakan saksi kepada penyelewengan bosnya Ean Yong Hiang Wah, exco penempatan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Selangor. Di dalam komputer Teoh dilaporkan mengandungi bukti-bukti penyelewengan itu, termasuk invois-invois dan dokumen-dokumen syarikat yang ditugaskan untuk mencipta dokumen-dokumen palsu, sedangkan projek itu tidak wujud. Mendiang juga dikatakan telah bekerjasama dan mengesahkan berlakunya penyelewengan itu.

Sekiranya, Boon Hwa sudah membuat prejudis seperti itu dan turut memarahi mendiang, adakah tidak mungkin Boon Hwa turut menelefon kepada Ean Yong atau Ronnie Liu melaporkan perkara yang sama.

Lagipun, dalam kenyataan dalam Malaysiakini (27 Ogos), Boon Hwa secara tidak sengaja mendedahkan maklumat baru bahawa beliau melakukan aktiviti menelefon kepada pihak luar semasa selepas jam 2 pagi, 15 Julai lalu.


Misteri pertemuan Boon Hwa dan Mendiang Teoh


Terdapat dua masa berbeza tentang pertemuan Tan Boon Hwa dan mendiang Teoh yang diceritakan oleh dua saksi berbeza.

Pertama, Bulkini Paharuddin mendedahkan pertemuan antara Tan Boon Hwa dengan mendiang Teoh pada jam 2.30 pagi, 15 Julai, di tandas SPRM. Saksi mendengar Boon Hwa meninggikan suara kepada mendiang dengan mengatakan "Ni Lor". Hujah ini gagal dipatahkan oleh peguam Gobind, apabila saksi sendiri mendakwa, beliau sendiri membawa Boon Hwa ke tandas dan memahami bahasa Cina.

Kedua, Tan Boon Hwa sendiri mengakui bahawa pertemuannya dengan mendiang kira-kira jam 5.00 pagi hingga 6.00 pagi, 15 Julai, di pantri dekat tandas. Beliau mengakui berjumpa dengan mendiang dan nampak mendiang mundar mandir di pantri.

Kenyataan Boon Hwa yang menyatakan beliau nampak mendiang mundar-mandir di pantri, sudah menunjukkan bahawa Boon Hwa memerhatikan agar lama kelakuan mendiang, hingga beliau boleh membuat kesimpulan bahawa kelakuan mendiang adalah mundar-mandir.

Ini sudah tentu bercanggah dengan kenyataan awal Boon Hwa yang mendakwa, beliau hanya ternampak mendiang di pantri dan menegurnya "uhm", tetapi tidak dijawab oleh mendiang. Boon Hwa mendakwa, beliau terus masuk dalam tandas dan selepas itu, apabila keluar dari tandas tidak nampak lagi kelibat mendiang.

Dari keterangan kedua-dua saksi ini jelaslah Tan Boon Hwa merupakan suspek terakhir berjumpa dengan mendiang, sekurang-kurangnya dua kali pada hari kejadian, iaitu pada jam 2.30 pagi(saksi Bulkini) dan jam 5 - 6 pagi(diakui oleh Tan Boon Hwa), 15 Julai.

Jadi berdasarkan keterangan-keterangan ini, kenapakah Tan Boon Hwa tidak boleh direman polis untuk siasatan lanjut, memandangkan beliau saksi terakhir berjumpa mendiang dan beliau juga mempunyai motif ?

Saksi terakhir yang ternyata bersangkut paut dengan mendiang Teoh telah dikenalpasti, tetapi Gobind tidak berminat untuk menyoalsiasat saksi tersebut, sedangkan Gobind lebih berminat membawa saksi lain (India) yang tiada kaitan dengan kejadian kematian mendiang pada 15 Julai itu.




Sebab itu, sehari dua ini, kita lihat ibu mendiang selalu membawa foto Teoh bersama-samanya serta memeluknya setiap kali menghadiri inkues. Apa yang terpendam di hati ibu mendiang ?

Barangkali maksud tersirat, ibu mendiang sudah berpendapat, dia tidak mempercayai sesiapa lagi, kecuali anaknya sahaja. Gobind Deo yang kononnya mewakili peguam keluarga mendiang juga tidak boleh dipercayai, kerana tindak-tanduknya kebelakangan ini bukan mewakili mendiang Teoh, sebaliknya menjadi peguam kepada Tan Boon Hwa..

sumber - NTanwar

Tiada ulasan: