MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Sep 2009

'Salah Khalid, Dr Xavier'

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 31 Ogos - Penduduk Seksyen 23 hari ini menyalahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco kerajaan negeri, Dr. A. Xavier Jayakumar sebagai pencetus yang mendorong demonstrasi mengarak kepala lembu untuk membantah pembinaan kuil ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri menegaskan, jika Menteri Besar dan pemimpin lain bersikap adil, ia tidak akan berlaku.

Sebaliknya, tegasnya, kejadian itu boleh dielak sekiranya kerajaan negeri membincangkan isu pembinaan kuil tersebut terlebih dahulu dan mendengar rintihan serta masalah dihadapi majoriti penduduk Islam di situ jika ia dibina.

Beliau berkata, pihaknya memang tidak merancang untuk membawa kepala lembu tersebut semasa demonstrasi diadakan.

Bagaimanapun, menurutnya, mungkin kerana ada individu yang marah dengan kerajaan negeri kerana bersikap berat sebelah, perkara itu boleh terjadi.

''Jadi, saya minta Menteri Besar dan Xavier bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana apa yang saya faham, kepala lembu itu ditujukan kepada kedegilan mereka yang enggan mendengar masalah serta rintihan rakyat.

''Ia tidak sekali-kali dituju kepada masyarakat India dan jauh sekali menghina penganut kaum itu.

''Inilah akibatnya jika pemimpin yang berat sebelah dan tidak adil. Apabila rakyat marah, mereka salahkan rakyat yang melampau pada hal mereka yang menjadi punca apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pihaknya juga kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail yang langsung tidak mempedulikan penduduk setelah apa yang berlaku.

Malah, katanya, penduduk Seksyen 23 yang memperjuangkan agar cadangan pembinaan kuil di kawasan mereka dihentikan seolah-olah dianaktirikan dan dipinggirkan oleh kedua-dua pemimpin itu.

''Mana janji mereka sebelum menang pilihan raya dahulu untuk memberi keadilan kepada semua. Bukankah kami juga rakyat yang patut dilayan dengan adil," ujarnya lagi.

Ibrahim turut mengakui beliau adalah antara yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian mengarak kepala lembu di bangunan SUK Jumaat lalu.

''Kami akan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis kerana perjuangan kami adalah untuk membantah pembinaan kuil bukan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di negeri yang aman ini," katanya.

Jumaat lalu, kira-kira 200 orang penduduk Seksyen 23 di sini bertindak mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan kerajaan negeri itu sejurus selepas solat Jumaat dengan berarak sambil membawa kepala lembu ke bangunan SUK.

Tindakan itu adalah lanjutan tindak balas mereka yang membantah cadangan mahu mengalihkan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan mereka di Seksyen 23 yang terdiri daripada majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun demonstrasi sambil mengarak kepala lembu itu mendapat bantahan pelbagai pihak kerana dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum.

Polis yang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Akta Hasutan memberi jaminan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan.

sumber - utusan


1 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Baguslah polis dah janji nak ambil tindakan ..

Cuma kita nak tahu juga, bagaimana pula peserta demo dan penganjur demo anti ISA, tempoh hari. Apakah tindakan polis ke atas 11 individu yang kononnya sedang dikesan untuk diambil keterangan kerana terlibat mendalangi perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu telah diistiharkan haram dan amaran telah diberi oleh KP Kuala Lumpur melalui kenyataan media. Tetapi perhimpunan terus juga dilakukan mencabar kewibawaan pasukan keselamatn dan kerajaan.

Terdapat kenyataan bertulis, gambar, rakaman video, dan ribuan saksi yang melihat kehadiran belas individu yang dianggap 'pimpinan' dalam majlis haram itu - masih susahkah pihak polis untuk melakukan pendakwaan??

Mereka membantah satu akta yang telah diluluskan di Parlimen dan telah diperkenankan oleh YDP Agung, sedangkan mereka terdiri dari ahli parlimen yang menjadi sebahagian pengubal undang undang?? Tidakkah tindakan itu merupakan satu penentangkan kepada institusi Raja dan Parlimen???

Apakah ada pihak sudah takut untuk menangani kerenah al juburi??

Jangan sampai orang yang arak kepala lembu dituduh, sedangkan orang yang telah mengangkat sumpah taat setia di Parlimen menunjukkan penentangan terhadap institusi Raja dan Parlimen boleh diabaikan!!

Jangan pula selepas kes kepala babi dan kepala lembu...ada kepala lain pula yang menjadi 'mangsa'!!!!