MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Sep 2009

Saiful tanya untuk apa Anwar hantar orang carinya...

Oleh: ROSLAN BIAN

Maaf Datuk Seri, Saya TIDAK akan menyerah kalah!. Pantang berundur sebelum ajal!...

Demikian antara luahan kecewa Saiful Bukhari Azlan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu menetapkan 3 November ini bagi sebutan semula kes liwat terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Malah dalam tulisan terbaru di blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com itu, beliau turut mendakwa Anwar mengarahkan orang-orangnya untuk mencarinya.

“Untuk apa? Wallahualam,” ujarnya yang mengulas keputusan terbaru Mahkamah Tinggi itu.

“Inilah 'hasil' helah atau dolak-dalih tertuduh, beliau buat pelbagai permohonan untuk melewatkan perbicaraan. Mahkamah pula perlu mendengar setiap permohonannya,” kata bekas pembantu Ketua Pembangkang itu lagi.

Menurut Saiful setelah keputusan permohanan dibuat, salah satu pihak pasti tidak akan berpuas hati dan membuat rayuan.

“Rayuan pula akan memakan masa. Tidak puas hati lagi, ke Mahkamah Persekutuan pula. Proses diulang untuk permohanan-permohonanya yang lain.Perbicaraan sebenar tidak juga bermula,” ujarnya.

Namun pada kali ini, katanya, Timbalan Pendakwaraya terpaksa mebuat permohonan rayuan terhadap penghakiman tersebut.

“Jika mereka tidak berbuat demikian, kesannya bukan sahaja terhadap kes saya, malah keseluruhan kes-kes jenayah di negara ini kerana mereka boleh rujuk pada penghakiman tersebut,” katanya.

Menurut Mohd Saiful, sekiranya ini tidak dipertahankan, beliau ibarat seperti pergi berperang (perbicaraan) tanpa senjata dan kelebihan, kerana tertuduh merampasnya sebelum perbicaraan bermula.

Kesimpulannya, kata beliau semua ini hanya untuk melunturkan semangatnya dan berharap beliau akan mengalah.

Menurtnya lagi, walaupun perit menahan sabar, namun beliau tetap akan terus bersabar, berdoa dan berserah pada Allah kerana yakin, pasti ada hikmah disebaliknya.-2/9/2009

Kes liwat Anwar...tangguh lagi

Tangguh lagi…Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Rabu menetapkan 3 November depan bagi sebutan semula kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tarikh tersebut juga Hakim Datuk Mohamad Zabidin Diah menetapkan untuk mendengar rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen serta barang bukti termasuk sample DNA pengadu setelah ia ditolak oleh mahkamah sebelum ini.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuh unit di Kondominium Bukit Damansara paa 26 Jun tahun lalu.

Kes ini yang mula dibawa ke mahkamah sejak Julai 2008 telah ditangguh beberapa kali ekoran beberapa permohonan Anwar dalam soal teknikal perbicaraan hingga ada yang melihat ia seolah-olah satu usaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan sebenar. – 2/9/2009

sumber - agendadaily

Tiada ulasan: