MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Sep 2009

Polisi perubahan Presiden Obama gagal



Oleh Suhaimi Mokhtar

Beberapa polisi Barack Hussien Obama yang berkempen dan memenangi pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) November lalu dengan slogan 'Perubahan dan Harapan' kini tercabar, apabila beberapa kerat senator dari kalangan parti Demokrat di Kongres AS mempersoalkan kematangan dasar-dasar Obama.

Persoalan yang dibicarakan berupa dari persoalan ekonomi dan penjagaan kesihatan hinggalah kepada caranya menangani peperangan.

Obama dikritik hebat oleh senator dari partinya sendiri, parti demokrat kerana dikatakan gagal setakat ini untuk membawa perubahan dan menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan di peringkat nasional dan turut gagal dalam pengendalian perangnya di Afghanistan, Iraq, Pakistan dan lain-lain negara umat Islam.

Sejak Obama mengangkat sumpah jawatan pada akhir Januari lalu, pentadbirannya gagal untuk membuat permulaan yang baik bagi menyambung persidangan damai Palestin ke arah mewujudkan sebuah negara Palestin seiring dengan negara Yahudi. Dasar ini menjadi dasar utama AS bagi menyelesaikan konflik dan perang di bumi Palestin sejak lebih 60 tahun lalu.

Walaupun Obama melantik duta khas, George Mitcheal yang dianggap sangat berkebolehan, berwibawa dan dia telah berulang alik antara Tel Aviv, Baitulmuqaddis dan ibu kota negara Arab yang lain termasuk Ramallah, pusat pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana menemui Mahmoud Abbas, tetapi sehingga kini tiada sedikit pun riak rundingan akan disambung semula.

Apa yang berlaku, Perdana Menteri (PM) Benjamin Netanyahu yang memimpin regime berhaluan kanannya tetap tidak berganjak dengan polisinya dan berdegil melaksanakan polisi-polisi yang keras dan melakukan penindasan serta kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Ketika pelbagai pihak tercari-cari titik pertemuan untuk menyambung pelan damai Palestin, rejim Zionis terus melaksanakan dasar penempatan baru Yahudi di wilayah Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang ditawan oleh rejim Zionis dalam perang tahun 1967.

Wilayah Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur dikenal pasti sebagai wilayah untuk dijadikan negara Palestin bersama dengan genting Gaza yang kini dikuasai oleh Pergerakan Hamas yang disenaraikan oleh Pentagon sebagai organisasi pengganas dan kerana itu sebarang rundingan damai Palestin tidak memasukkan Hamas dalam sebarang rundingan.

Bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan Hamas termasuk Khaled Mashaal telah menggesa supaya menyertakan Hamas dalam sebarang rundingan yang diadakan kerana tanpa penyertaan Hamas, sebarang rundingan awal-awal lagi telah gagal.

Rundingan pelan damai yang turut diusahakan oleh Jawatankuasa empat penjuru yang duta istimewanya ialah Tony Blair, bekas PM Britain yang dilantik oleh bekas Presiden Bush, nampaknya kaget dan kaku, tidak berupaya membuat ‘breakthrough’ atau keserasian bagi menyambung rundingan yang tertangguh sejak berlakunya perubahan pentadbiran di AS dan perubahan pentadbiran rejim Zionis Yahudi.

Nampaknya rundingan yang diadakan selama ini bukan menyelesaikan atau meleraikan banyak isu dan sengketa tetapi telah menambah rumitkan isu dan kemelut, apabila Zionis Yahudi terus bermaharajalela membina penempatan penduduk baru, mengusir rakyat Palestin dari rumah-rumah mereka di Baitulmuqaddis Timur dan pembinaan tembak yang berliku-liku.

Pentadbiran Obama setakat ini tidak mampu meningkatkan tekanan terhadap rejim Natanyahu untuk kemeja rundingan, sebaliknya rejim Netanyahu terus tidak mempedulikan saranan-saranan AS dan terus melaksanakan agenda perluasan wilayah penempatannya.

Ketika konflik Palestin berada di persimpangan jalan yang tidak menentu, yang memungkinkan tercetusnya semula peperangan, pentadbiran Obama juga kelihatan gagal di Afghanistan, apabila pihak Taliban dikatakan menguasai keadaan dan meningkatkan tekanan terhadap tentera multinasional Nato.

Pendapat umum empat dalam sepuluh di AS, menyarankan supaya tentera AS dikurangkan di Afghanistan dan bukannya ditambah, yang menjadi dasar Obama dalam percubaannya menukarkan fokus peperangan dari Iraq ke Afghanistan.

Pendapat Obama yang mewarisi legasi perang Bush bahawa dalam peperangan menentang keganasan atau 'war on terror' fokusnya ialah Afghanistan dan bukannya Iraq bagi memerangi Al-Qaeda yang dianggap ancaman kepada keselamatan AS dan sekutu baratnya.

Bagaimana sebuah kuasa tentera yang tercanggih dengan apparatus perisikan yang hebat boleh menganggap Al-Qaeda, yang entahkan ada atau tidak, boleh menjadi ancaman kepada AS dan sekutunya.

Desakan supaya AS mengurangkan tenteranya di Afghanistan tercetus berikutan lebih ramai tentera AS dan sekutu Natonya terkorban dalam serangan-serangan bom kereta, pengebom berani mati dan bom-bom jerangkap di tepi-tepi jalan. Makin ramai tentera AS yang dihantar maka lebih ramai akan terdedah kepada risiko menjadi sasaran serangan.

Mengalihkan fokus perang ke Afghanistan tidak mengubah apa-apa pertimbangan. Dengan kekurangan tentera di Iraq kerana sebahagiannya dihantar ke Afghanistan, maka serangan menjadi kian meningkat di Iraq, yang tidak mudah ditangani oleh pasukan keselamatan Iraq yang kini diberi tugas dan tanggungjawab mengambil alih tanggungjawab yang selama ini dikendalikan oleh tentera penakluk AS dan sekutunya.

Polisi Obama tidak berupaya mencapai matlamat sasarannya, apabila berlakunya peningkatan perjuangan pejuang Taliban di sempadan Afghanistan-Pakistan dan juga peningkatan perjuangan para pejuang di Iraq.

Tentera AS dan sekutu Natonya cuma berjaya dengan kehebatannya di udara, tetapi dalam serangan-serangan dronenya, sasaran terhadap para pejuang Taliban turut melibatkan orang awam menjadi mangsa serangan udara.

Apabila orang awam menjadi mangsa, simpati rakyat terhadap para pejuang kian meningkat dan usaha kuasa penakluk untuk memenangi hati nurani rakyat menjadi kian sukar, sedangkan untuk memenangi peperangan di wilayah umat Islam ini, bukan sahaja ia memerlukan kejayaan operasi ketenteraan tetapi ia mesti dicapai juga dengan memenangi hati nurani.

Jika perang di Afghanistan berterusan dan berpanjangan yang kini telah melepasi tempuh lapan tahun, maka tekanan terhadap pentadbiran baru AS akan meningkat meminta AS mengeluarkan tenteranya dari kawasan-kawasan peperangan, apalagi jika lebih banyak keranda berisi anak-anak muda tentera AS dihantar pulang untuk dikebumikan di AS.



* Penulis ialah Perunding Media di Kuala Lumpur.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

Unknown berkata...

Se-gagal obama pun dia takde kite dengar dia menuding jari menyalahkan kerajaan yg terdahulu. atau menyalahkan org lain @ sesiapa saje lah melainkan diri sendiri.

kerana ape? kerana mereka Maksum