MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Sep 2009

Menjelang 16 September : Rakyat Tidak pernah lupa!



Oleh My Longest Yard, AIDCclub

Pada tahun 2008, 31 Ogos pun boleh tenggelam. Ini semua 16 September punya pasal. Mana-mana tempat atau ceruk kampung, kedai kopi, pasar tani malah kat lobi hotel pun orang duk sibuk cerita pasal 16 September.

Orang cakap pada tarikh tersebut,kemungkinan berlaku satu kejutan dalam dunia politik negara. Kejutan macam mana? Bagi mereka yang angau, 16 Sept tu seolah-olah macam satu ’penawar yang menceriakan’.

Sekarang,sesiapun tak pernah lupa. Tanya la kawan, jiran,atau member sepejabat pasal 16 Sept 2008, pasti mereka akan cakap "kami tak pernah lupa!"

Kenapa 16 Sept 2008 menjadi tumpuan?

Kerana pada tarikh itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kurang daripada sebulan selepas pilihan raya umum, mendakwa beliau mempunyai sejumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi mahu melompat parti menyertai pakatan pembangkang yang dianggotai Pas, DAP dan PKR yang menamakan gabungan parti sebagai Pakatan Rakyat (PR).

Untuk makluman, pembangkang hanya memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi bagi "menumbangkan" kerajaan BN dan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Anwar juga penuh yakin menyatakan bahawa pakatan pembangkang akan "mengambil alih" pusat pentadbiran Putrajaya pada 16 September semasa bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, dengan slogannya "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya".

Beliau menguatkan lagi ramalan berkenaan selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.
"Ya. Kami mempunyai angka yang mencukupi, terutama daripada UMNO (parti yang menjadi tunjang BN). Saya akan mengumumkannya (lompat parti) selepas saya kembali ke Parlimen," kata bekas Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara berkenaan waktu itu.

Rakyat tak pernah lupa kata-kata Anwar. ”We have the number”. Menjelang 16 Sep 2008, kata-kata tersebut masih diucap berulang kali. ”We have the number, we have the number”.

Anwar kembali ke Parlimen pada 28 Ogos 2008, dua hari selepas beliau memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi masih tetap enggan memberitahu apa yang dikatakan "pembelotan" dan hanya menyatakan, beliau masih di landasan yang betul bagi mencapai impiannya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

"Saya akan hanya menamakan mereka pada masa yang sesuai. Inilah yang telah dipersetujui... perjanjian dengan rakan-rakan saya (Ahli Parlimen BN berkaitan)," kata Anwar pada 6 September di Jakarta, teguh dengan cita-citanya membentuk Kerajaan Malaysia yang baru pada 16 September dan beliau yakin tidak menghadapi masalah untuk merealisasikan impiannya itu.

Sejurus selepas mengumumkan beliau mempunyai Ahli Parlimen BN, Anwar yang dipecat daripada kerajaan pada 1998 ekoran tuduhan liwat dan menyalahgunakan kuasa, mendakwa kebanyakan Ahli Parlimen yang akan berpaling tadah adalah dari Sabah dan Sarawak.

Namun, semakin tarikh 16 September menjelang tiba, beliau berkata, pucuk pimpinan kerajaan pasti terkejut kerana Ahli Parlimen yang "bertukar kapal" kebanyakannya adalah daripada UMNO atau parti komponen BN yang bertapak di Semenanjung.

Inilah fantasia bulan madu 16 September ciptaan Anwar. Tiada nama dan tiada senarai mengenai mana-mana Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Walaupun hampir setahun berlalu, sampai sekarang senarai tersebut masih tersorok. Tiada siapa yang tahu. Bila berucap depan rakyat, macam nak runtuh pentas ceramah tapi tiada apa. Kosong belaka! Sekadar gembar-gembur bahawa Anwar akan membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri ke enam Malaysia.

Moralnya, tembelang serta kepura-puraan beliau ditelanjangkan. Ini kerana tiada lagi alasan dan hujah peristiwa 16 September tidak berlaku. Pada waktu tersebut, sudah semestinya pelbagai alasan akan keluar. Itu tak betul, itu salah bla bla bla...

Dulu, Anwar selalu cakap ”We have the number”. Ya betul, memang Anwar ada nombornya...

3 Adun Pakatan Rakyat di Perak isytihar keluar parti (klik sini)

1 Adun UMNO masuk PKR di Perak tapi bertindak keluar dan masuk kembali ke dalam UMNO (klik sini)

1 Adun PKR di Kedah keluar parti (klik sini)

Dan apabila 16 September 2008 melabuhkan tirainya, baru rakyat tahu dan sedar. Siapa sebenarnya yang berlagak seperti primadona!

sumber - my longest yard


6 ulasan:

cik kiah berkata...

Dialog Anwar,"We have the number, increase by hour."

Sampai lani dok ulang dialog tu, hingga nak masuk 16 Sept tahun kedua. Rasanya bukannya increase but decrease ADUN PKR.

Tapi, kita harus berwaspada dengan 16 Sept 2009 ni, Anwar sedang menggerakkan semula misinya yang tertangguh itu dengan menggempur Sabah & Sarawak secara senyap & teratur. Sekadar berhati-hati & berjaga-jaga, jangan terlalu asyik.

ricky berkata...

Ini lah dia ciri-ciri org munafik.Cuba lihat muka Anwar ni betul2 macam kongkang dah tak ada cahaya langsung.Muka dia dah nak color hitam da berbeza dgn DS Najib bercahaya silau mata memandang.

kembara putih berkata...

Kesan daripada krisis Anwar-Mahathir, baca di sini;

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/09/nizar-apakah-rakyat-malaysia-tahu.html

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

salam:

Kita tunggu 16 sept sebelum Aidilfitri ini benar atau satu lagenda..Tunggu!! mengejutkan kita semua.Insyaallah

wassallam

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

salam:

Kita tunggu 16 sept sebelum Aidilfitri ini benar atau satu lagenda..Tunggu!! mengejutkan kita semua.Insyaallah

wassallam

Mohd berkata...

kau mengarut ape ni siamang?