MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Sep 2009

Liwat : Anwar minta nasihat pakar Amerika ?

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Semua pihak harus bersama-sama memastikan keadilan dikecapi dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan tidak mencari helah bagi menangguhkan proses menegakkan keadilan untuk pihak yang berhak.

Presiden Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, mereka yang sengaja menyebabkan proses keadilan tergendala untuk pihak yang berhak sebenarnya tidak menghormati keluhuran Perlembagaan.

Dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai contoh, kata beliau, keadilan terhadap Mohd. Saiful juga harus diambil kira.

Ini kerana, katanya, Mohd. Saiful juga merupakan rakyat Malaysia yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak seharusnya melengah-lengahkan perbicaraan kes ini dalam usaha kita untuk mencari keadilan. Semua pihak harus bersama dalam memastikan keadilan dapat dikecapi.

"Anwar tidak harus takut menghadapi apa jua keputusan mahkamah. Anwar sebagai seorang yang bertamadun tidak perlu takut, negara kita ada undang-undang yang adil untuk semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap Mohd. Saiful.

Mohd. Saiful yang juga bekas pembantu peribadi Anwar dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan demi penangguhan kes itu sekali gus seakan mempersenda sistem keadilan.

Abu Zahar yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berkata, semua undang-undang yang dibuat adalah untuk keadilan rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan latar belakang pendidikan, darjat, fahaman politik dan kaum.

"Walaupun wakil rakyat adalah penggubal undang-undang, namun mereka juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan. Dengan itu, prinsip kehakiman negara harus dihormati semua pihak," katanya.

Oleh itu, Abu Zahar menasihati Anwar, agar tidak mengguna helah untuk meraih simpati dan populariti melalui kes ini.

Dalam pada itu, profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang memberitahu, pelbagai permohonan daripada peguam Anwar sebenarnya mengikut budaya yang diamalkan peguam-peguam di Amerika Syarikat.

"Di Amerika Syarikat, peguam mereka akan memohon apa saja untuk melengah-lengahkan perbicaraan yang kadang kala mahkamah terpaksa ditangguhkan.

"Apabila asyik tangguh orang akan jadi bosan, lama kelamaan orang akan jadi lupa, itulah sebenarnya niat mereka," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip menjelaskan bahawa semua pihak sepatutnya tanpa sebarang kompromi dan prasangka perlu menghormati undang-undang negara.

Beliau berkata, semangat dan roh perlembagaan negara semasa digubal dan dipinda langsung tidak bertujuan untuk mendiskriminasi atau menafikan hak mana-mana pihak di negara ini.

"Semua pihak tanpa mengira perbezaan kaum, pangkat dan darjat kena percaya kepada keluhuran undang-undang negara, sekiranya kita sendiri sebagai rakyatnya tidak menghormati undang-undang, maka siapa lagi yang akan memartabatkannya," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, dari segi undang-undang semua akan diberi layanan yang sama.

Menurut beliau, tiada siapa mempunyai hak untuk mendapat layanan istimewa di mahkamah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan itu.

''Hakim mahkamah akan melihat fakta sesuatu kes itu dan memutuskan tidak memberi penangguhan atau sebaliknya mengikut budi bicaranya,'' ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail pula berkata, hakim mahkamah tidak boleh menangguhkan sesuatu perbicaraan tanpa alasan munasabah dan fakta kukuh bagi menyokongnya.

Katanya, mahkamah tidak boleh menghalang pihak tertuduh membuat permohonan berhubung tuduhan yang dihadapinya.

"Mahkamah akan mendengar setiap permohonan yang dikemukakan pihak tertuduh dan membuat keputusan berasaskan bukti dan fakta sahih yang boleh diguna pakai dalam kes terbabit," katanya.

sumber - utusan



Tiada ulasan: